Sewaktu aku didalam bilik training adik aku call tapi disebabkan coverage dan suasana dalam bilik itu x sesuai untuk bercakap panjang lalu aku minta adik hantar sms aje.
PON! PON! bunyi sms diterima lalu aku jeling tertera nama adik diskrin phone aku. Perlahan-lahan aku membuka sms. Ianya cukup ringkas dan membawa seribu makna.."ada terima call x yg abah admitted". Berdebar dada aku. Mujurlah training untuk hri itu makin sampai kepenghujungnya.
Selesai training aku segera menelefon adik untuk bertanya selanjutnya. Kata adik, dia pun br tahu itupun sbb emak call adik aku yg seorang lagi. Bila call emak telefon mak x berangkat. Macam2 benda berlegar dikepala otak aku. Andai aku ada sayap dah lama aku terbang balik.
Dalam perjalanan menuju kerumah aku tetap cuba menelefon emak. Alhamdullilah emak yang menjawab. kata emak tak berapa serius cuma kaki abah makin bengkak dan doktor menasihatkan agar abah dimasukkan ke wad untuk memantau akan kesihatan abah. Tambahan sejarah kesihatan abah juga bukanlah sesuatu yang memberangsangkan.
So malam itu emak menemani abah di hospital. Aduhaiii hati mana yg x gusar atau resah. Sudah le emak pun x berapa nk sihat ini kan pula menjaga abah yang x sihat.
Kalau ikutkan hati aku mahu aje waktu itu biar aku ganti emak menjaga abah...tapi apakan daya aku terikat dgn tugasan yang menanti. Kalau aku bercuti bagaimana pula dengan tugasan yg telah aku rancang sebelumnya.
Bukan cara aku untuk membiarkan kerja2 aku diselesaikan oleh orang lain. Malah sudah pasti hati aku juga x akan tenang memikirkan apakah tugasan itu terlaksana dengan sebaiknya.
Kata emak lagi aku x perlu risau sgt tentang abah...insyaAllah semua ok. Tapi aku tahu sikap abah bila diwad tambah pula kalau emak yang menjaga. Ada saja silapnya...semua yang emak cakap ada saja salahnya. Hingga ada ketika sedih aku melihat cara abah melayan emak dan betapa tabahnya hati emak melayan sikap panas baran abah.
Aduhai abah...dalam sakit2 sebegitu masih x sedarkah akan pengorbanan emak didalam kehidupan abah. Betapa emak itu sentiasa setia disisi x kira siang atau malam.
Ya Allah kumohon moga Kau lembutkan hati abah dan tabahkan hati emak didalam mengharung kehidupan ini.
Ya Allah..permudahkan urusan hambaMu ini dan berilah aku peluang untuk berbakti kepada mereka walaupun aku tahu semuanya tidak terbalas sekalipun.