Kalau nak diikutkan dah masuk hari ke 39 abah terlantar atas katil pesakit. Tapi bila abah ditukarkan ke HKL aku lihat seolah abah nmpk lebih lesu dari sebelum ni. Kalau kat Hospital sebelum ni abah bleh juga bangun tapi sejak di HKL ni abah terlantar dan seolah agak sukar untuk menggerakkan dirinya.
Kini Abah ditempatkan di Wad 5 iaitu Wad Pemulihan Jantung (CRW) disini kesihatan abah dipantau dengan lebih terperinci. Untuk minggu yang pertama aku dan yang lain bergilir berganti menjaga abah dihospital.
Tapi kami terpaksa menunggu diluar wad so kira aku berkampung le kat situ. Siap bawa tikar ngan bantal kecil untuk pengalas kepala barang seminit dua. Dan untuk minggu itu juga aku berjaga semalaman...iayalah kalau nk tdo diatas kerusi duduk tu mana lah sama ngan tdo diatas tilam yang empuk. Mujur juga aku ni jenis lasak dan x kisah apa juga keadaan so semua ini tidak menimbulkan kesukaran untuk aku. Itulah org selalu berkata pengalaman yang ditempuh itu akan berguna untuk masa hadapan.
Tempohari keadaan abah agak kritikal hingga memaksa aku menjadi begitu lemah untuk menghadapi hari tersebut. Diri aku yang aku rasa begitu tabah ahkhirnya tewas dengan deraian airmata. Arghhh...pedulikan apa jua orang sekeling akan kata bila melihat aku sebegitu rupa.
Aku menangis bukan kerna aku tidak redha jika telah ditentukan bahwa dia akan kembali kepada pencintanya tapi aku sedih kerna abah terpaksa melalui saat2 yang sebegitu. Aku tak sanggup melihat kesusahan abah ditika itu. Seandainya Allah telah menjanjikan bahwa kematian itu pasti lalu aku mohon usah disiksa abah sebegitu...bawalah dia pergi tatkala dirinya sihat tatkala dibibirnya setiasa menyebut kalimah2 suci.
Kini aku antara pengunjung setia di HKL..ada saja waktu lapang kesanalah arah tujuan aku. Aku berdoa dan berharap biarlah diantara anak-anaknya aku yg terpilih untuk menabur budi tatkala hayatnya masih ada.
Namun begitu aku tersepit seketika antara kerja dan masa untuk abah. aku tahu yang aku perlu membuat suatu keputusan namun kasih ku apa abah melebihi segalanya.