Thursday, February 28, 2013

Siapa aku dihati dia??

    Hingga ke saat ini hati aku masih berteka teki dan masih cuba mencari akan setiap persoalan yang kian bersarang diminda aku. Mengapa setelah apa yang aku lakukan inilah balasan yang aku terima. Adakah kerana aku belum cukup bagus untuk menjadi teman hidupnya. Adakah kerana aku masih punyai kekurangan yang aku tidak sedari. Tapi megapa ianya harus menjadi sepi tanpa perkhabaran tanpa penjelasan tanpa segalanya aku dibiarkan sendirian dan hanya dibiarkan didalam seribu pertanyaan.
   Jika tiada jodoh atau aku bukan pilihan hatinya mengapa tidak berterus terang sahaja, Mengapa aku diberikan harapan dan diberikan sinar tapi tiba-tiba harapan hanya tinggal harapan dan sinar itu kian lama kian malap. Terlalu payahkah untuk menyatakan kebenaran walau aku tahu betapa pedihnya akan kebenaran itu. Dan bukankah sakitnya itu hanya seketika dan lama kelamaan ianya akan hilang ditelan masa.
   Mengapa sukarnya dia untuk menjelaskan sesuatu itu pada aku? Adakah aku ni jenis yang terlalu payah untuk terima sesuatu kenyataan itu? Bukankah aku mengerti bahawa jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan dari Yang Esa.
   Puas aku cuba mencari akan jalan penyelesaiannya namun sering kali aku menemui kebuntuan. Aku cuba berfikir dan merenung kisah lama aku cuba mencari akan setiap kesilapan yang mungkin telah mengaburi mata aku dimasa lalu tapi aku hampa. Segalanya cukup sempurna cukup indah buat aku, Segala yang berlaku tanpa aku pinta ianya hadir secara tiba-tiba.
   Mengapa dia biarkan aku tanpa sebarang kata-kata? Dimana silap percaturan aku kali ini? Mengapa terlalu sukar untuk aku melenyapkan namanya dari ungkapan bibirku? Semakin ingin aku melupai semakin kuat hati ini merindui. 
     Tuhanku mengapa harus perasaan ini masih berada dihatiku jika dia bukan lagi milikku? Mengapa ada ketika perasaan dan ingatan aku terhadapnya menjadi begitu kuat sekali. Adakah kerana dia juga berperasaan begitu terhadap aku namun dihalangi oleh sesuatu perkara yang mungkin menjadi penyebab kepada semua ini?
   Siapakah aku dihati dia disaat ini agaknya? Tuhanku apakah yang sedang berlaku diketika ini? Bagaimana untuk aku menghadapi hari-hari yang bakal kutempuhi kelak? Berikan aku jawapan untuk setiap persoalan yang terbuku dihatiku ini agar mudah untuk aku menjalani kehidupan aku dan merancang perjalanannya.
   Jika ditanya pada diriku siapa dia dihatiku disaat ini? Pasti jawapannya dialah segalanya untuk aku. Hati dan rindu serta kasih ini untuk dia disaat dia menyatakan niatnya dihadapan kedua orangtua ku. Diketika itu betapa aku melihat akan keikhlasan hatinya dan betapa sering kali aku berdoa moga saat-saat bahgia itu akan tiba jua.
  Namun jika jawapan yang aku nanti sekian lama itu bakal mengecewakan aku lalu aku redha dan mengertilah ini yang dikatakan takdir dan tiada siapa yang dapat menidakkan takdir itu.
   Ya Allah...walau dimana dia berada dan walau apa jua yang sedang terjadi Kau lindungilah dirinya dan bukakanlah pintu hatinya untuk mengerti bahawa aku sering menanti dirinya. Andai semua ini sudah bernoktah rapi lalu akan aku simpul semua kenangan ini jauh disudut hati. Sesungguhnya aku redha....