Wednesday, December 24, 2014

"kekasih baru hatiku..."

Sudah terlalu lama aku x bercerita bukan kerana tiada bahan tapi masa yang seringkali menghantui perjalanan hidup aku. InsyaAllah banyak yang ingin aku kongsikan dan kupaparkan. So inilah antara paparan permulaan aku yang hampir sekian lama terkubur je dalam simpanan.....hahaha ~
Woow...ayat pertama yg tersembur dari mulutku. Alhamdulillah...detik dihatiku dan akhirnya dapat jua aku milikinya. Inilah hasil dari mengepaw Encik Mimpi...aku rasa nama itu sesuai untuk dia sbb dia mmg sebegitu...
Microwave oven...40L

So for sure le korang tahukan apakah kegunaan benda yang berkilat tu....hahaha...aku memang suka sgt bila dah dapat benda ni so kat rumah tu hanya aku je yg menggunakan nya. Insan2 lain dalam rumah tu takut nk guna sbb biasa le aku ni suka bebel klau brg2 aku digunakan tapi x dijaga...so sorry ye my family...

Ermm...so aku perkenalkan itulah kekasih baru hatiku....lalalaa...

Tuesday, June 10, 2014

Menuju perubahan "throwback"

9 June 2014..
Hari ini hari pertama aku bekerja setelah hampir 2 tahun aku menyepikan diri dari melakukan tugas pejabat. Memang aku akui yang mulanya aku agak kekok melakukan segalanya. Iyalah maklum dah lama x memegang pen...buat kira-kira bak kata aku berpinor le jugak biji mata aku nih...hahaha.
So dah berbulan-bulan le jugak aku x update anything yang latest didalam blog aku ni. Kalau nak ikutkan bermacam-macam benda yang ada didalam kepala otak aku nih yg aku nk coretkan namun apa kan daya aku hanya mampu merancang namun ketentuan dari Yang Esa. Berkepuk ajelah segalanya didalam otak ini dan hampir sekali menyesakkan perasaan aku.
Kini segalanya telah berubah..mungkin kerana peredaran masa ataupun keadaan yang membuat perubahan itu. Namun segalanya mendewasakan aku didalam menongkah arus kehidupan ini. Mungkin aku x berharta namun aku masih ada keluarga yang sentiasa disisi aku walau ketika aku sedang alami saat-saat yang paling menyedihkan didalam hidup aku.
Memang ada masa aku menyesali namun apa gunanya sebab semua dah berlaku. Walau aku mengalir airmata darah sekali pun semuanya sudah x boleh lagi kembali seperti sebelumnya. Yang aku harus lakukan adalah hadapi segalanya dengan penuh ketabahan dan semoga segalanya berjalan sebaik-baiknya. Terima kasih my famili...love uols so much 😘