Friday, December 23, 2016

R I N D U....KAMU

apakah ia yang datang tiba-tiba seperti angin lalu dan menyapa dihati 
apakah ia yang bisa membuat diri resah 
ada ketika tangisan mengundang ada ketika ketawa kedengaran 
ada ketika sendirian yang diinginkan 
apakah ia yang hadirnya bisa membuat jantung berdegup 
laju dengan irama yang tidak sekata 
degupan ada masa tenang dan ada masa bergetar kencang 
apakah ia sentiasa ada walau apa pun keadaanya 
apakah ia hanya muncul tatkala hati merasa sesuatu
dalam hening malam selalu menggamit jiwa
menjadi tidak keruan buat seketika 
hati ini terasa sakit bila ia datang membuat jiwa resah fikiran melayang 
apakah ia harus datang dan pergi berlalu begitu tanpa sebarang ungkapan 
apakah yang harus diungkap jika ia datang 
apakah dengan ungkapan bisa meredakan kegelisahan jiwa 
suatu ketika dahulu ia pernah hadir bertahta dihati
membuai indah perasaan ini namun ia dibawa pergi tanpa kata-kata 
tanpa memperdulikan yang hati ini tersiksa 
marah kecewa hati meronta ronta 
hingga ada waktu hati bertanya 
dimana kurangnya dimana silapnya hingga ia dibawa pergi 
tapi disaat ini ia kembali lagi mengetuk kotak hati 
menerjah kedalam diri merayu agar diterima 
dihargai walau hati diam membisu tanpa kata 
namun jauh disudutnya begitu mendambakan
 hadirnya bisa merubah apa jua 
kalau dulu diam terkaku 
tapi kini diam tersenyum alangkah indah 
bila ia hadir lagi mewarnai perjalanan hidup yang kian suram
ia selalu ada ia selalu hadir 
namun sejauh mana kita hargai kehadirannya 
sekuat mana hati ini mampu menanggungnya 
biarlah takdir dan waktu pembuka bicara 
agar ikatan yang dibina tersimpul menjadi satu 
bila RINDU bertandang lagi hatiku merintih 
kerana KAMU!

Tuesday, December 20, 2016

Aku dan Kamu

kau hadir tanpa kupinta
kau pergi tanpa kurela
kau yg kunanti x kunjung tiba
kau yg kuidam entah dimana

indahnya perasaan itu tatkala ia hadir dihati
bisa membuat aku khayal dalam dunia sendiri
namun perit dan kecewanya meruntun diri
bila ia sekelip mata hilang tanpa aku sedari

pergilah sejauh mana yg kau nak pergi
tinggalkanlah aku selama mana yg kau ingin tinggalkan
lupakanlah aku selagi boleh kau lupakan
aku x mampu merayu atau memaksa utk kau kembali

andai pungguk rindukan bulan
andai bunga mekar ditaman
begitulah diriku dikamar sepi sendirian
wahai sang bayu tolonglah sampaikan
yang aku inginkan dirinya
rindu akan kehangatan pelukannya
damba akan kucupan mesranya
betapa indahnya diri dilamun hangat asmara

kadangkala aku kalah dgn pujukan cinta
dimulut menafikan tapi dihati meronta
puas sudah aku cuba sembunyikan
namun kalimah kata seakan menidakkan

ingin sekali aku meluah pada sidia
biar dari hati ke hati sebagai bicara
tapi resah dan gusar menjelma tiba
bagaimana jika ucapan x seindah yg dipinta

Saturday, August 13, 2016

Kek Lapis Sarawak

Bagi penggemar kek lapis sarawak jangan risau sebab anda x perlu lagi terbang ke Sarawak semata² ingin menikmati akan keenakkan kek lapis.
Hubungi saya dan saya akan melakukan penghantaran pada anda.
Rasa yang moist dan menjadi pilihan ramai.
Anda x perlu risau kerana anda mampu untuk memilikinya walau hanya 1 loaf.
Hubungi saya untuk selanjutnya dan saya akan melakukan penghantaran hingga ke muka pintu anda...
Nombor untuk dihubungi 📲0122064089

Pearl Secret Collagen

KELEBIHAN
✔Mencerahkan dan memutihkan wajah & badan
✔Merawat jerawat dari dalam dan mengeringkan jerawat
✔Merawat masalah resdung
✔Menghilangkan jeragat
✔Menaikkan seriwajah secara semula jadi
✔Mengecilkan pori2 muka
✔Melambatkan penuaan dan menegangkan kulit
✔Menbekalkan vitamin C dan nutrisi harian yg lengkap
✔Melembapkan kulit
✔Mencantikkan dan mencerahkan mata
✔Mengurangkan keguguran rambut
✔Mengawal berat badan

⏩Mengandungi bahan extrak terpilih⏪ 👉collagen,exstrak mutiara, exstrak sakura, exstrak strawberry, exstrak epal, exstrak tomato,vitamin c, mirifika👍👍 amat baik untuk membantu membaiki lapisan sel dalaman kulit kita..

Rasailah Kehebatannya.
⏩Cara Pengambilan⏪
☕Ambil 2 sudu kecil letak bawah lidah atau  boleh dilarutkan dalam air minuman dan diminum.
☕Ambil 2 kali sehari (pagi dan malam)
🔒Simpan ditempat kering

Bagi yang berminat boleh whatsapp 📲0122064089

Friday, April 29, 2016

Kek Lapis Sarawak

#sisikikan
#3rasa
#choccadburry
#chocchips
#choccheese
#blueberrycheese
#rempah
#oreopandan
#oreo
#cheese
#redvelvet
#horlickchoc
#idola
#frozen
#mixedfruits
#masammanis
#coffee
#evergreen
#strawberrychoc
#tembikai
#4madu

Untuk detail sila whatsApp 👉 012 2064089 💕

Tuesday, February 02, 2016

2hb February 2016

Hari ini 2hb Feb... genap sudah 18 thn arwah Bonda Kam @ Kamariah Binti Mohd Dom pergi kembali menemui Yang Esa. Pergi buat selama²nya pergi yg x akan kembali pergi yg tiada pengganti. 
Ketika itu pagi 4 syawal...saat kepergianmu sama sekali tidak pernah menyusahkan sesiapa begitu senang nya dirimu dijemput Ilahi. Aku cuba menjadi seperti mak menjadi seorg yg penyabar tapi tegas menjadi seorg yg penyayang yg penuh rasa kasih dihati tapi sukarnya aku utk memiliki hati seperti mak.
Demi Allah betapa hati kecilku terlalu merinduimu...rindu masakanmu..rindu leteranmu..rindu saat mak mengingatkan waktu solatku...rindu bila aku perlukan seseorg utk berbual.
Ya Allah mgkn aku bukan diantara anak² yg solehah namun aku sentiasa berharap disetiap akhir solatku moga Kau makbulkan setiap doa² ku...kumohon Kau ampunilah dosa² mak  dan abahku... kasihilah kedua mereka sebagaimana mereka telah mengasihi aku sejak dari kandungan.... tempatkanlah mak dan abahku dikalangan mereka yang bertakwa beramal soleh dikelilingi penghuni² Al Jannah...Al Fatihah..



Saturday, January 30, 2016

Broga Hill

Bila bebudak opis usul kat teman pasal nak p hiking wow! apalagi mmg excited sungguh teman dibuatnya. Tapi tetiba hati teman gusar le skit pasal jari teman yang bengkak ariti blum lagi pulih sepenuhnya. So bukan main gigih lagi le teman sapu ubat le rendam ngan ais batu le siap berbalut sbb semua ni gara² nak join hiking.

 Alhamdulillah rasa sakit kian hilang bengkak pun makin reda. Teman try sarung sport shoe sesambil jalan and nampak macam dah ok. Hehehe... So teman bermalam kat umah mbr sbb dah plan nak gerak awal pagi. 

Niat hati nak tgk matahari timbul aiceh... Seawal 4.30 pg kitaorg memulakan perjalanan ke destinasi yang dlm perkiraan sejam perjalanan. Bila masa tdo dipendekkan dan ditambah laluan perjalanan yang memang penuh "misteri" akhirnya sampai ke destinasi.
Boleh dikatakan diperkarangan kawasan sudah byk dipenuhi berbagai jenis kenderaan. 

Jam 6.40 pg...kitaorg memulakan langkah utk menuju ke puncak. Dah lama teman x join buat aktiviti yg "hardcore" camni. Klau 3 tahun sudah bleh dikatakan ada le jugak event yg slalu teman join. So yg ni warm up ala kadar jee...ha ha ha..nampak cam pro aje kan. 

Laluan menghala keatas bukit mmg mencabar kekuatan mental dan fizikal. Permukaan jalan yang x sekata...curam...ada tempat tinggi yg agak 45° dgn kwsn yg gelap dikiri kanan.Banyak kali juga teman terpaksa pit stop sbb mmg giler kepenatan melanda. 

Dari jalan dlm satu group bertujuh smpi satu pit stop kitaorg berpecah kepada 2 group. Kawan teman yg sorang tu agak semput so dia suruh yg mana ok jalan dulu. Teman dan lagi yg 2 mendahului deme kedepan. Teman pun x sangka dalam jemari kaki yg sakit bleh plak teman redah laluan tu nk ke atas bukit.

Bila teman rasa agak kurang stamina teman berhenti kumpul semula kekuatan. Nasib kawan teman yang berdua tu ok siap sabar tunggu teman ok. Tq yer guys. Bila dah jalan dan hmpir ke puncak bukit semangat teman kian berkobar and yes!! kian hampir sbb teman dah bleh nmpk matahari yg dah x bleh tunggu teman utk terbit.

Subhanallah...cantiknya ciptaan Allah dgn udara yg segar dan dingin benar² membuai perasaan teman. Tapi silap teman jugak sbb sblm memulakan perjalanan tadi teman x mkn apa pun so badan teman dah rasa semacam. 

Teman cuba merilekkan diri sendiri dikaki puncak dgn harapan ianya akan pulih. Dan Alhamdulillah x sangka juga kwn teman yg lain meneruskan perjalanan dan dikaki bukit kami kembali berkumpul. Dan juga nasib baik sbb kwn teman ada bw bekal roti so apalg terus le teman ngap utk memulih kembali tenaga teman. 

Bila semua dah ok kitaorg terus memanjat menuju kepuncak bukit. Laluan yang agak curam dan mencabar berjaya dilalui juga so akhirnya kitaorg berada dipuncak bukit broga. Apalagi berselfie sambil mencuci mata le kitaorg semua....yeay! Yeay! Layan je pixel yg suka suki diambil.















Wednesday, January 27, 2016

Oh kaki ku

Aduyai gara² telan ubat batuk so pala teman pun sudah "high".  Dalam jalan huyung hayang tup! tup! Kaki kanan teman tersepak sofa yang dah memang dari dulu statik kat tepi tu.
Uwaaa!!!!...sengal siot pala yg "high" pun dh jadi down...Hahaha.
Apalagi jari manis kaki kanan teman membengkak le so nak p kroje dah tentu le idok boleh pakai kasut terpaksa pakai selipar.
Pheww!! x dpt teman nak crite prasaan bila pakai selipar ke opis. Dah tu time jalan terpaksa tukor gear yg paling rendah skali...slow n steady.
Mmg le rasa teramat sgt x selesa bila dah jadi camtu. Nak dibuat criter plak weekend ni bebudak opis udoh plan nk hiking ke bukit broga.
So teman kena berusaha utk sembuh secepatnya sbb teman nak g jugakkkkkk.
Member ckp tuam ngan ice batu lps tu sapu minyak panas then balut. Hahaha tu yang nampak semacam je kaki teman.
Hopefully kaki teman kan cepat back to normal...doakan ye... ngeee :)

Saturday, January 23, 2016

My Homemade karipap

Bila tekak teman ni rasa nak makan for sure teman akan masak dan cari. So this time rasa nak makan karipap dr air tangan teman sendiri. Macam biasa le ke kedai p beli bahan² utk buat karipap..tepung gandum..serbuk kari daging..bwg besor...sardin tin yg kecik dan ubi keledek. Ada org suka kentang tp teman lebih suka buh ubi keledek merah yg ni akan rasa cam sweet skit bila dah siap masak nnt. Dapat makan karipap panas ngan secawan kopi che nah pepetang camni mmg terbaik 👍. Moh layan je gambo dibwh ni maleh teman nk crite panjang lebor sbb jejari temn udoh rasa kebas dok menguli tepung tadi.

Monday, January 18, 2016

18hb Jan 2016

Hari ni genap 4 thn arwah ayahanda Hj Abd Hamid Bin Hj Mohd Akib pergi meninggalkan kami semua dan menemui PenciptaNya yg Esa yg menjanjikan bahwa mati itu pasti.
Sekalung Al Fatihah buat arwah ayahanda moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditmptkan dikalangan org² yg beriman dan beramal soleh.
Rindu serindu rindunya hanya Allah yang maha mengetahui namun apakan daya teman tak mampu utk meluahkan rasa itu.
Tapi Alhamdulillah kerna teman berkesempatan menjaga arwah ketika hayatnya. Mungkin jagaan teman bukan yg sebaiknya tp sebagai anak perempuam teman sudah melakukan apa yang termampu teman lakukan.
Moga arwah ayahanda berasa disisi bidadari syurga..amin yarabbal alamin

Sunday, January 17, 2016

Kisah Ujung Minggu

Kalau dulu bila cuaca tak menentu aje hati teman udah gusar dibuatnya. Iyalah bukan apa cuma bila ujung minggu banyak baju nak dibasuh lps tu ingatkan panas hingga ke petang tapi gupernya hujan ditengahari.
So baju² yang dibasuh akan jadi ler lembab sbb x kena pancaran matahari. Lepas tu plak baju akan ada bau semacam aje.
Tapi sekarang ni bila kita dah semakin moden dah tentu teknologi pun semakin canggih kan. Dulu kita antor baju ke dobi lps tu 2 ke 3 ari br siap br le kita g ambik tapi skrg no no no idok lagi.
Ater lorni udoh ada mesin segera utk basuh dan keringkan baju kira self service le kan.
So now lega udoh ati teman klau cuaca mendung ke hujan sepanjang hari ke truih je mai kat sini melepak kan diri sesambil tunggu baju kering teman main games.
Selalunya baju² tu teman basuh kat umah dulu cuma bawa mai sini keringkan aje. Lagipun tempatnya idok jauh mana dekat aje ngan rumah teman.
Kat sini ada disediakan mesin membasuh baju...mesin mengeringkan baju dan juga seterika utk sesapa nak iron baju. Woow!!! miker rasa best dok ater udoh rasa mcm kat umah.
Mesin utk tukarkan syiling pun ada. Masuk aje RM1 ke RM5 ke RM10 ke then automatik ditukar ke 50 sen sebab setiap mesin kat situ guna 50 sen. Kekadang teman sajer tukor duit kat sini buat simpan ke tabung. Ha! Ha! Ha!
Nanti miker nengok pic² yg teman tempek kat bawah ni ye.
Pssttt...yang paling best juga kan ada free wifi....Hahaha miker rasa???
Oppsss....jgn x tau ada gak mesin urut taw...bijak betoi marketing owner laundry ni...kipidap👍

Thursday, January 14, 2016

"Kebebe"

Wow...dikatakan telah wujud hampir 200 thn dulu....macam x percaya plak bila teman terbaca artikel ni.

Tapi mmg sedap dan terbaek makan kebebe ni. Nak plak tumbuk dalam lesung kayu dan makan atas daun pisang.

Dulu² era tahun 80an selalu le teman dapat mkn sbb deme iaitu arwah mak...arwah makcik²...sepupu sepapat rajin noo buat kebebe.

Ater kalau tanya teman apa bahan² yang deme letak nak kata 100% mmg teman x igt tp yg teman igt ada letak jambu batu..cili padi..gula eh byk lg le. So nampak nye teman kena balik kg then tanya org² terdahulu apa bahan² lam tu.

Adoii...jgn le gelakkan teman...yer teman taw teman x brape nk teror bab ni yg teman taw...MAKAN je...

Bahase daerah teman...

Hahaha....ni antara bahaso yang sempat teman cari dan hampir ingat² lupe. Jenuh jugak le teman nak tulis sbb kdg² perkataan yang kita ucapkan lain tp sebutan lain. Ada juga le teman² teman yg nanye camne nak sebut atau apa makna nye so agak macam kesukaran le nk explain....Hehehe...layan ajelah miker wey..

"Senarai bahaso dlm kamuh pusako lenggow"

Damuh
Menggeliaung
Menggelewok
Semereh
Satgih
Khrodek
Hirik
Helik
Wokpo
Geli geleman
Blotaug
Senyak dik
Gogeh
Gonggaung
Kiker
Kokak
Sedek
Suko klekeq
Tgende
Tomok
Tehambo
Pelaka
Merening
Colek
Chokeh
Lonjaung
Tinggi jelangge
Kerah kong
Lebek petek
Chelepeteh
Gedobok
Kupang tembago
Panas chering
Busuk banga
Krotaung
Jebaing
Beradau
Cey😂😂
Jamaning
Sakei bandung
Sakei lokne
Glete punei
Masam kiaq
Manis meleting
Melola
Belarak
Kemaya
Menodek
Begeno
Pahit melepang
Panah ching
Nanar
Kelik
Setanbou
Beceretek
Belana ta'
Kenaleng..
Berselabir
Brlotei poren
Beneney
Begholahs
Menata Penamo
Mengombeng
Anak hinung