Hati aku pernah terdetik sesuatu sebelumnya cuma aku tak mahu dgr kata hati. Sebab kadangkala hati pun pandai menipu perasaan. Aku jalani hari² dengan membuat kerja yang adakala aku rasa seolah ianya berat. Namun sudah jadi sifat aku yang akan cuba dan terus mencari ...terus mencari jalan penyelesaian.
Cuma aku tak faham sikap sesetengah orang yang bertalam muka nya. Ha Ha Ha. Amboi depan aku bukan main lagi bahasa lembut senyum sampai ke telinga tapi sebaliknya sabar sajalah.
Susahnya bila manusia ni meminta pendapat tapi sekadar dengar dan agenda nya mereka telah pun punya.
Nak pulak yang jenis bercakap tak guna akal tapi guna hati yang suka memberontak tak boleh nak terima teguran orang lain.
Jangan ingat kalau kita punyai pangkat yang lebih kita akan berjaya tapi sesekali pandanglah ke bawah kerna mereka yang tak punyai apa² itu lebih bernas pendapatnya. Aku jenis yang lantang bersuara sebab aku tak suka nak semakkan otak dan hati aku dengan sesuatu yang menyakitkan silap haribulan boleh jadi barah kan...Ngee
Tapi biasalah bila aku bersikap begitu mana ada orang suka kan. Mereka lebih suka pada orang yang mengikut kata telunjuk mereka. Yang akan mengia yang akan mengangguk walau dalam hati hanya tuhan yang tahu.
Berita yang aku terima memang telah teman jangkakan ditambah dengan sikap mereka sebegitu.
Tapi sayang belajar hingga ke puncak tapi hati penuh prasangka punyai hasad didalamnya. Allahu moga aku dijauhkan dari orang² yang sebegitu.
Bila saat kau telah jatuhkan orang lain dari terus jalan beriringan kau tiba-tiba kau boleh bertanya "R U ok?"...Ya Allah permainan apakah yang kau lakukan saat ini?
Jika ikut hati aku yang sentiasa merah menyala ingin saja aku kembalikan segalanya.
Namun Alhamdulillah kerna akal aku masih berfungsi dengan elok dan kata² arwah abah tersemat segar diingatan lalu teman serahkan pada Yang Esa untuk berikan ingatan pada mereka.
Sedarlah bahawa langit tak selalu cerah dan bumi ini berputar pada paksi nya dimana ada siang dan malam....faham²lah sendiri ye.
dlm duka ada airmata dlm ketawa ada riang dlm suka ada bahgia dlm derita ada sendu....
Sunday, March 18, 2018
Manusia hipokrit
Subscribe to:
Posts (Atom)