Sunday, October 31, 2010

sabar yer...

Hari ini dah masuk 2 hari tiada sms mahupun panggilan dari sidia. Bukanlah sebab kami bergaduh atau perang besar tapi sidia memberitahu kawasan yang bakal ditinjaunya tiada liputan untuk sebarang komunikasi.
Saat ini hati aku menjadi tidak keruan. Pelbagai persoalan bermain difikiran bilamana ada ketika hati mula berbisik nakal.
Oh hati...usah berkata begitu sedangkan kau sendiri berbelah bagi...Pelbagai perasaan mula singgah dikota fikiran aku. 
Aduhaii perasaan... usah kau mula gundah gulana. Mula berbicara sesuatu yang kau sendiri tidak pasti akan kebenarannya.
Aduhaiii hati...bersabarlah seketika. Usah tergoda dengan perasaan buruk sangka. Usah biarkan ianya menguasai minda.
Tapi sememang hatiku resah...hatiku takut....hatiku bimbang....hatiku merintih....hatiku menangis. Aku berharap segala keberangkalian itu tidak benar.
Aku berharap itu adalah antara dugaan kecil yang perlu aku hadapi. Sedangkan hatiku terlalu rapuh dan goyah untuk menghadapinya.
Hanya Tuhan yang tahu gelodak dijiwaku disaat ini.
Maafkan aku yer sayang andai segala tafsiran minda nakalku ini tersasar dari kebenaran tapi ada masa hatiku tak mampu melawan.


Saturday, October 30, 2010

Perasaan aku diwaktu ini...

Sering aku bertanya pada diri sendiri mengapa aku sangat mengasihi mu dan hati ini sentiasa ingin berada disisimu. Bagaimana harus aku huraikan akan setiap gelodak dijiwa ini dengan kata-kata ditambah pula perasaan yang aku sendiri tak pasti.
Ada ketika aku resah ada ketika aku gundah ada ketika aku begitu merindui ada ketika aku begitu sayu dihati dan ada ketika saat rindu itu datang bertandang air jernih bergelinangan dikelopak mata. Hanya tuhan saja yang tahu akan jawapan setiap perlakuanku.
Andai aku mampu gambarkan segalanya padamu alangkah indahnya tapi saat bersamamu lidahku menjadi kelu untuk berkata-kata hingga aku tak mampu untuk bercerita.
Andainya aku pelukis handalan sudah pasti setiap itu akan aku lakarkan dikanvas putih bagi menceritakan isi hatiku.
Andainya aku sasterawan yang terkenal sudah pastinya akan kutulis sebuah novel cinta antara kau dan aku. Dimana sudah pasti ianya akan bermula saat-saat terbitnya rasa sayang dan cinta disulami rasa kasih hingga terpeteri ikatan sebuah janji.
Aduhaii hati...aduhai jiwa....begitu sengsara bila mana kerinduan pada kekasih hati bertandang tiba-tiba. Benarlah kata org Penantian itu suatu Penyiksaan...walau pada zahirku terpamer senyuman namun batinku merintih kerinduan.
Andainya kau fahami dan mengerti akan resah dihati lalu ingin aku katakan bahwa.....
AKU MERINDUI KAMU!!!!!!!

Keresahan dihati

Semalam aku didengarkan suatu cerita yang aku rasa begitu agak terkejut. Apa yang aku dengar biarlah ianya hanya untuk halwa telingaku sahaja. Malah kini pelbagai cerita yang singgah dipendengaran aku yang ada kala membuatkan hati bertanya sendiri membuatkan otak berfikir mengapa sebegitu.
Aku tidak pasti agenda apakah yang bakal terjadi yang bisa membuat setiap hati berdetik. Mungkin ianya suatu yang bagus bagi yang tidak tahu hujung pangkal. Mungkin juga ianya sesuatu yang duka bagi yang mengikuti setiap jalan cerita.
Bagi aku pula apakah daya aku...adakah setiap tutur kata...buah bicara ini bisa mengubah apa saja??? Malah aku rasakan ianya tidak mendatangkan apa jua kesan terhadap mereka yang punyai segalanya. Lalu seharusnya aku diamkan diri....apa yang terjadi baik atau buruk hadapi sajalah.
Kata temanku...untunglah aku kerna kelibat aku disini sudah semakin dekat untuk melangkah jauh pergi. Sedangkan dia masih disitu bakal menghadapi segala yang tiba yang masih samar2 akan kejelasannya.
Entahlah teman...mungkin juga apa yang akan aku hadapi itulah yang terbaik buat diriku lalu aku harus belajar untuk menerima serta menjalani sesuatu yang baru.
Semalam juga sidia menyatakan satu perkabaran buat diriku...aduhai hati usahlah bersedih atau merintih sayu kerna sidia pergi buat seketika demi tugasan yang masih berbaki. Aduhai fikiran usah berkecamuk lalu mula membuat andaian sendiri hingga meresahkan perasaan menjadi gulana.
Kerinduan dihati teruji lagi walau rasa sayang makin menebal disanubari tapi aku harus persiapkan diri untuk apa jua kemungkinan yang bakal aku hadapi.
Ya Allah....aku mohon dariMu...setiap kata hatiku setiap resah perasaanku setiap hembusan nafasku setiap detik yang kulalui Kau lebih mengetahui apa yang tersirat.

Wednesday, October 27, 2010

Gaya seorang pemimpin...

Kalau mengikut pada jadual yang ada ditangan sepatutnya ketibaan pada jam 8.15 mlm tp jarum jam ditangan aku telah tercacak ke angka 8.25 mlm tp jgn kata bayang siren polis pun xde.
Lima minit kemudian semua orang bergegas2 menyambut ketibaan yang dinanti tapi sayang betoi hadirnya pemimpin tu sendirian tanpa isteri disisi.
Ermm...adakah mereka dari istana hinggap yang berbeza yang menjarakkan mereka??? Aku terdengar suara2 kecil dibelakang..."Datin Seri datang kemudian.." Aikkk...ada plak camtu??? getus hati aku.
Mengapa sampai begitu? Mengapa berasingan? Mengapa harus yg ini datang dulu yg itu datang kemudian??? Alahaiii mulut buat apa ler bertanya itu ini...biarlah mereka kan mereka itu pemimpin no.1...siapa yg berani mempersoalkan secara terang-terangan...hahahaa..
Oklah yg telah datang telah memasuki kedalam dewan dimana acara gah akan berjalan. Tapi yang diluar masih tertanya2 ternanti2 tertunggu2 dimanakah sang puteri merong mahawangsa??? bilakah akan ketibaannya.
Inilah sikap pemimpin kita...bukankah sepatutnya harus menetapi masa?? Bagaimana rakyat nak ikut kalau pemimpin sendiri sebegitu?
Nak kata jalan jem masakan begitu...bukankah mereka ini ada polis pengiring yang akan mendahului dan menyuruh org memberi laluan. Nak kereta rosak...mustahil le pulak kan...hahaha..
Akhirnya setelah 1 jam menunggu maka muncullah sang puteri Merong Mahawangsa dengan penuh bergaya. Kehitaman rambutnya begitu terserlah...mgkn br selesai dandanan. Ternyata sentuhan hair designer nya begitu memukau mata tatkala melihat kearah sanggulan itu. Bak bisik hatiku...rambutnya muda 10 tahun...huhuhu.
Mungkin jika suatu hari nnt aku menjadi org penting sebegitu...mgkn jua aku akan bersikap sebegitu namun aku sering berdoa moga keutuhan hatiku x bisa digoyah walau apa sekalipun dugaan yang datang...insyaAllah!

Monday, October 25, 2010

Kentucky Fried Chicken a.k.a KFC

Hari ini badan masih blum cukup sihat..ada masa seram sejuk tp aku kena juga lawan rasa sakit ini. Aku x boleh manjakn diri sgt nnt aku akan menjadi cukup sensitif.
Kerja aku hari ni pun macam biasa mgkn monday blues..so agak kurang stress. Pagi tdi aku bersarapan bubur tp tekak aku sedikit pahit dan agak perit utk menelan.
Waktu lunch aku dimeja aje..x kemana2...lunch aku skip. So sebelum balik tadi tekak aku terasa ingin hirup sup panas. Aku terjah ke level 4 food court KLCC....wantan mee sup aku beli....terasa lega sedikit tekak. Honey hot lemon aku minum....ermm kata org elok jika sakit tekak. Aku harap batukku kian reda.
On the way nk balik tadi didlm teksi..pakcik drebar tu siap kasi advise kt aku mgkn sbb dia dgr aku batuk2 lam taxi tu.
Terima kasih pakcik....aku pun kalau bleh x sanggup nk ada batuk2 ni buat sakit dada je. Sampai dirumah sikecik tu berparut plak diperutnya. Aduhaiii...kt mana plak tersagat nih....ermm..
Tiba-tiba sikecik tanya aku..."mama x beli k ap c???" "ehh...luqman x suruh pun mama beli camne mama nk beli.." jawab aku.
"alaaaa mama luqman nk k ap c ni...lapa nih.." balas sikecik sambil pegang perut. Segera aku mendail no telefon adik aku tp dia ada kerja plak....haaa anak buah aku yg sorang lagi...nasib dia ada.
Aku minta anak buah aku belikan KFC untuk sikecil. Sudahlah sikecik aku ni terlalu susah nk makan so bila dah dia minta tu sebolehnya akan aku cuba tunaikan.
Ermm...bila dah smpi KFC...bukan main lagi dia beria2 buka kotak...seketuk peha ayam terus dicapai. Tapi gayanya aje lebih...makan tu xde le seberapa sgt. Seketul peha tu pun x abis dimakan.
Bila suruh makan sampai abis mula ler jawabnya " adoii x bleh mkan manyak nnt beyak a.k.a berak" Ha ha ha..
Aduhai sipengarang jantung aku ni....keletah mu bisa menjadi pengubat sakit demam ku dengan segera. KFC oh KFC....alamat sikakak le yg jadi tukang sapu sampai bersih...

Sunday, October 24, 2010

Demam lagi..

Setahu aku rasanya belum pernah lagi kalau aku demam atau x sihat sampai pergi klinik buat kali kedua...tapi inilah yg terjadi pada aku sekarang.
Tempohari tekak aku sakit..perit dah rasa cam terluka kt anak tekak so aku p klinik..doktor bagi aku MC..katanya jgn keja terlalu kuat..makan ubat dan rest aje kt umah. Lepas balik dari klinik aku mkn skit roti buat alas perut kemudian aku telan ubat...tup! tup! aku terlena baik punye lam bilik.
Aku bangun makan apa aje yg ada kt bwh salji tu. kemudian aku mkn lagi ubat dan terus bermimpi lagi. So aritu aku seharian diumah didlm bilik...badan terasa lesu betoi.
Keesokkan hari seperti biasa aku mulakan kerja...badan ada ketika aku rasa seram sejuk dibuatnya. Tapi aku  tak mahu manjakan sgt diri so aku buat x tahu aje.
Walaupun camtu tekak aku masih perit...dah berliter air aku teguk tp tekak ku seolah cam kalis air...tetap kering. Aduhai terasa perut ni dah kembung ngan air dan apalgi bila nk tido aje asyik bgun ke bilik air le jwb nye.
Waktu tido aku kembali terganggu dek sebab batuk2 kering ni. Bila batuk terasa sakit didada...bagai nk luruh kurasa. Ubat yang ada telah abis tp sakit aku belum baik juga.
Aku kembali ke klinik yg sama...erm kalau dulu bila demam ubat belum abis tp demam dah ok. Tapi yang ini aku kena ke klinik buat kali kedua...adoiiiii.
Kali ini doktor beri aku ubat batuk dan ada ubat yg ditukarkan. Makan ubat batuk ni betoi2 buat aku khayal je pala ni. dah le pahit tp terpaksa le aku telan.
So aku lebih selesa berbaring sahaja sbb tiba2 aje aku boleh terlelap x perlu utk menanti msa tido.
Siang hari aku agak sihat dan cergas tp bila mlm menjelma aku akan rasa seram sejuk badan ni. Mulalah pakai sweater pakai stokin segala bagai....tp aku rasa itu adalah adat bila bdn x sihat kan.
Menjadi pesakit ni bukanlah sesuatu yg menyeronokkan tp merimaskan....hahahaa

Thursday, October 21, 2010

Karenah Daniell Aliff Luqman...

Aduhaiii...inilah permata buah hati kitaorg. Tanpa dia pasti rumah ni sunyi sepi. Masih kuingat dan jelas dimataku saat dirinya dipangkuanku. Seketika umurnya 3 hari selepas dilahirkan dengan tubuh badannya masih kemerahan dia telah sedia ada disisiku.
Menjaga dirinya saat hari ke3 lahir hinggalah sekarang dengan rasa syukur kehadrat Illahi aku panjatkan Alhamdullilah Ya Allah pemberian yg tiada tolok bandingnya...tiada ternilai dgn apa sekali pun..terima kasih atas kelahirannya dimuka bumi ini.
Daniell Aliff Luqman...nama diberi hanya mengambil masa x sampai 15 minit nama dipilih. Dari usianya 3 hari hingga lah usianya kini...dia kujaga dgn penuh kasih. Apa jua yg aku lakukan ingatan ini pasti pada sikecil itu. Tiada satu pun perkara yang dia lakukan yang boleh membuatkan aku berduka.
Jika penat pulang dari kerja tatkala menatap wajahnya senyumannya...hilang sudah kepenatan seharian.
Dalam diam x sedar kini dia dah berumur 3 tahun. Aduhai keletahnya mengalahkan org dewasa. Ada saja peel yang dibuat hingga kita ni x kering gusi menahan ketawa.
Movie ultraman..Ben 10..kartun dah pasti pilihannya. Kalau remote tv didalam genggamannya usahkan sesapa pun berani mengambilnya. Jam 11 mlm...seolah tahu tiba siaran kartun muncul so isi rumah yg lain pendamkan aje perasaan jika ingin menonton cerita lain. Hinggakan aku sendiri pun dah makin hafal dgn setiap cerita kartun yg ada di kaca tv.
Aduhaiii Luqman...ada saja jawapannya..sayang aku padanya hanya tuhan aje yg tahu. Kasih sayang ini tiada berbelah bagi..malah tidak akan kubezakan dengan apa sekalipun. Sering aku berdoa moga dia bakal menjadi anak soleh...amin ya rabbal alamin.

5 hari 4 malam...

HolidaYYyyyyy!!!! ermm sape yg x seronok kan kalau sebut cuti...semua org nk dan nk plak klau ada yg menanggungnya. So aku tergolong dlm keadaan yg camtu...tp xde le 100% ditaja.
Sempena ulangtahun kelahiran aku kali ni aku p bercuti agak jauh skit dari kebiasaan. Xde jamuan seperti sebelum ini yg ada cuma perasaan dan debaran hati utk bercuti.
13 - 17 Oct..
Jam 7 pagi aku dah keluar dari rumah menuju ke KL Sentral menaiki putra-lrt. Sesampai di KLSentral teman aku menanti dgn sabar. Dia nk hantar aku lagipun aku ok je sbb aku pun bkn pandai sgt nk berurusan di airport tu.
Jam 8 pagi...menaiki shuttle bas ke LCCT...aku menggunakan penerbangan AirAsia. Perjalanan ke LCCT memakan masa selama 1 jam...aku tertdo ayam jugak lam bas tu.
Jam 8.50 pagi...sampai di LCCT...perkara pertama aku cari toilet dulu...Hahaha asyik nk terkucil le plak. Check in kt kiosk aje..senang gak kan. Aku breakfast dulu cam biasa mkn di McD aje...mula2 sorang 1 set tp dek sebab masa tu lama lagi nk berangkat so kitaorg share 1 set bfast lagi.
Jam hampir ke pukul 11...so aku pun mula le gerak2 khas melangkah kaki ke tempat departure. Nasib baik le ada Si Ika ni mengajor aku klau idak aku akan jd tourist ditmpt sendiri. Tq frens..
Sementara menanti masa penerbangan aku jam 11.45am so biasa le aku jadi ulat buku kejap. Tub! tub! ada announcement mengatakan yg flight delay...adoii harap2 jgn le lama. Nnt kesian sidia menanti lama aku kt terminal sana.
HorraYyy...time to fly away...masa utk berangkat...beratur baik punye...aku ikut je mereka tu berjalan ala2 aku pun tahu...ha ha ha..memang lawak le aku ni kan. tp cam biasa aku kan suka terjah jek.
Jam 12 tghari br le kapalterbang aku meninggalkan kawasan LCCT...Zoommmm....aku terlelap dan terjaga bila menyusuri awan biru...phewww!! dh lama x naik rasa gayat le plak. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit.
Jam 1.45 minit...aku selamat mendarat ke Kuching International Airport...alhamdulillah dan cam x cayer je yg aku dah sampai sini.
Bila aje melepasi imigresen aku terus on phone. Aduss byk plak panggilan rindu...yer aku pun rindu gak.,.ha ha...Sebaik kakiku melepasi pintu keluar aku melihat dia sabar menanti aku. Ermm..rindu terbalas jua.
Makan tengahari di McD lagi...mmg perut aku pun tgh lapar ni..Ngappp!...
Segera menuju ke Kuching dimana dia telah menempah bilik utk aku di Tune Hotel, Waterfront Kuching.

Tune Hotel Waterfront Kuching

this my room number

Selesai merehatkan diri lalu bermulalah episod jalan-jalan cari makan malam...sudah pasti aku ingin mkn...dan disinilah salah satu tempat yg dituju.
landmark

gerai ABC seafood

dr kiri sayur campur...prawn nestum..gamat campur...ikan kerapu mangga 

Cuaca kat Kuching ni dasyat gak...jam 6 ptg dah gelap...sabar ajelah..asal malam salji pun turun...hahaha..
So aku dua malam aku diKuching dan utk hari ke3 aku berangkat ke Sri Aman. Suatu tempat yang memakan masa hampir 3jam dari Kuching. Suatu tempat yg kukira agak kurang penduduk dan juga kurang kepelbagaian makanan. Agak susah juga utk makan disini bagi aku le. Kot org lain tu aku x tahu le plak.
Apapun aku cukup berterima kasih pada sidia yang tetap sudi luangkan masa bersama aku. Kadang kala aku terasa kedatangan aku kesana bukanlah satu masa yang sesuai. Kesian bilamana sidia terpaksa berkejar masa demi memenuhi kemahuan aku. Maafkan aku yer syg...mgkn aku ni x sebaik hati seperti insan lain mgkn aku ini juga suka mendera perasaan kamu...mgkn aku juga terlalu pentingkan diri tapi sejujurnya aku terlalu mengasihi kamu. Aku bisa menitiskan airmata hanya kerna sekadar mengingati kamu...aku berdoa moga diriku masih bisa diberikan kesihatan yg baik utk membalas apa jua kebaikan yg telah kamu berikan padaku.
Saat bersamamu selama 5 hari tidak sama sekali aku merasainya.
Masa beredar begitu pantas...begitu cemburukan kita. Hati terasa sebak...langkah terasa begitu berat utk melangkah. Namun apakan daya kutahu masa utk kita bersama aku tiba jua. Aku selalu bersabar moga impian kita bersama direstui.
Bukan aku x ingin menoleh saat kau melangkah pergi tatkala dahiku dikucup tp hatiku terlalu sebak dan pasti air jernih ini akan mengalir jua....mengapa ye hatiku terlalu rapuh kali ini??? Aku seolah tewas didalam perasaan ku sendiri. Janjiku padamu...akan aku cuba menjadi sebaik mgkn sebagai isteri dan jua teman..yg sentiasa akan ada disisimu walau didalam senang susah sekalipun...insyaAllah.
aku sayang kamu

Sunday, October 17, 2010

Speechless...unexpected

Kalau nk diikutkan mmg le aku dan mbr2 yg lain suka sgt buat kejutan utk org lain. Mana2 mbr yg nk sambut besday kitaorg akan bt collection senyap2 beli kek...siap nyanyi2 lagi...so kt ofis tu akan terdengar le jeritan suara sumbang kitaorg menyanyi gelak ketawa...Kah Kah ha ha ha..
So hari ni kitaorg nyer plan nk buat surprise party utk Nora sbb besday dia arini 12 Oct. So cam biasa mastermind lam hal2 camni for sure aku salah sorang ahli terjah selain Hana...Jaja dan beberapa back up mbr yg lain.
X-boss aku panggil diam2..suspen gak sbb time tu aku dok ralik main games zombie...stress sbb intranet problem so aku x bleh nk buka system...padahal byk aku nk buat nih. Nak plak sok aku dah start cuti...yezza..
Opss berbalik citer  x-bos aku tu tadi...so aku pun jalan ngadap dia...Hehehe guper nya dia tanya pasal besday party utk Nora...so aku pun citer le apa yg diplan. Dan as usual dia akan hulur duit utk top up apa yg perlu utk jayakan party itu. Hehehe.
Seperti selalu juga aku dan hana terus p beli KFC...beberapa small tart sebagai penyeri dibeli..nmpk cantik kan...

Lunch time ni depa yg lain ada meeting kelab so apalg...tub! tub! kitaorg serbu masuk sambil nyanyi lagi happy birthday to u...happy birthday to u...happy birthday to Nora dan  mmg aku x sangka siot..tiba2 nama aku plak yg disebut sebut...aduhaiiii terkejut beruk terloncat aku...ishh depa buat surprise kt aku plak...adessss. Igtkan sok bila aku cuti aku bleh larikan diri x mau celebrate tp lain plak jadinya...
Dok tengah mkn2 tu sibuk depa suruh aku buka gift....aku pun buka penuh sopan dan....OOoooooHHhhh Tidakkkk....tiba-tiba aku plak yg tersyahdu...berderai airmata...im so speechless...unexpected...cantik nya apa yg aku dpt...cantikkkkk betoi..

.terima kasih to all my fren yg susah2 buat collection belikan aku hadiah ni.

Saturday, October 09, 2010

Psycho

Mlm ni concert bertema "Psycho" utk tontonan PG13....hahaha...irama muzik agak cam scary jek. Ater dah nama nya camtu so trimalah seadanya.
Lega concert ni xde interval dan late comer pun setgh jam sebelum tu. So apa lagi time tu lepak2 le. Asyik dok membaca je sampai aku rasa cam dah bleh hafal semuanya. Buhsan le plak bile camni xde yg bleh mencabar minda.
So concert yg sama ni berlangsung selama 3 hari. Bila aku tgk audience yg datang xde le ramai mana pun. Aduhaiii camner le depa ni bleh buat concert camni...agak2 le mana ada untungnya walaupun dah mmg "non profit" kan.
Aku rasa audience kt dalam hall pun terpsycho le nampaknya. Dengan keadaan yg gelap serta cahaya lampu suram..irama musik yg agak seremmmm...karang ada plak membuat irama sendiri berdengkur ZZzzzz...Krohhhh...
Balik nnt cam biasa aku naik taxi ajelah. Kot aku naik lrt pun sama gak sbb nnt sampai sana aku kena tukar naik taxi juga utk sampai rumah. So dari aku terkejar2 nnt baik aku ambik taxi dari sini dan terus ke rumah.
Overall keja mlm ni ok je xde le sampai berpeluh2 terkejar2 cam selalu. Esok nya concert start petang dan balik pun petang bleh le aku cuci mata kejap tgk apa yg bleh dibeli...Opsss bukan shopping tau...ronda2 aje.
Sebab shopping time nnt bersama sidia....YabedabedUUuuuu!!!

Friday, October 08, 2010

situasi aku..

Tgh aku dok layan mengetuk2 berirama kt meja workstation aku...tub!tub! puan aku dtg...dia panggil aku masuk RC...sambil cakap sambil tgn dia dok tunjuk sana sini. Aku pun dok le mengangguk sambil jawab apa yg aku rasa perlu.
Aduhaiii...br jek nk hiburkan hati dgn bershopping sakan arini ada plak keje yg dtg bergolek. Dah le arini ada sale kt Isetan..hanya utk mbr aje plak tu. Mbr aku pun dah tepon kasi tau sale giler2...murah siot. Tapi apa kan daya terbantut ler harapan aku.
Aku masuk lam bilik RC...mengeluarkan buku2..majalah2..cabinet pun nk kena alihkan...aku cari kotak...nasib le ada 3 kotak x kisah le kecil pun aku blasah janji aku bleh sumbat brg2 tu.
Ada gak mbr2 aku nk tolong bukan aku x nk tp tahu ajele brg2 lam RC tu...kot salah letak karang aku plak yg pening pala nk cari nak susun balik. So terpaksa le aku buat pelan2 dgn penuh dedikasi. Cayalah.
So lunch aku arini terpaksa le aku skip sbb dah penat sgt. Lagipun selagi kerja aku ni x siap hati aku x senang. Dalam kesibukkan kerja sorang diri tu...panggilan dari sidia muncul. Ingatkan hati yang stress...penat yg ada hilang le sekejap tp bertambah le plak. Entah le kdg kala aku rasa cam aku ni nyusahkan dia plak. tub! tub! mata aku berair...uishh pesal plak aku ni emosi.
Mana idaknya dah begitu le peel aku kan. Kot penat skit...kalau nk marah ke kena marah ke mula le hati aku sayu. Nak marah aku penat...kot aku layan gelodak dihati aku risau plak silap haribulan lain plak jadinya. Alih-alih aku diam paling kurang pun aku sebak. Sana nk cepat...sini nk siap...abis tu penat aku ni sapa yg nk ambil tahu.
Tiba2 sidia letak telefon. Aku diamkan aje sbb aku malas nk ambil pusing semua tu. Sememangnya arini aku betoi2 penat. Urat belikat aku yg sakit aritu kembali sakit. Mgkn sbb aku tersalah angkat barang tadi.
Nasib baik ada budak2 crew yg selalu ada bila aku minta tolong. So depa le yg rajin tolong aku angkat2 barang ni.
Bila dah siap semua barang2 br le perut aku berdondang sayang. Aku ringankan kaki menuju ke KFC...aku belanja budak2 crew tadi sbb tolong aku tanpa byk soal.
Bagi aku bila org baik dgn kita jadi kita harus layan org itu dgn baik.

Sunday, October 03, 2010

Oktober..

Oktober dtg lagi...haha dah macam lagu iklan keropok mat sentul plak rasanya. Tapi yang pasti kali ni aku rasa kehadiran oktober lebih bermakna dari sebelumnya.
Kali ni aku punyai perancangan yang lain dari tahun sebelumnya. Aku ada dia...insan yg cukup bererti didalam hidup aku hari ini. Aku tidak mengharapkan apa-apa dari dia cukup seandainya ucapan dibibir dia lafazkan. Aku harapkan ulangtahun aku pada kali ini juga lebih bermakna disamping dia.
Kalau mengikut perancangan aku pada kali ni...aku akan terbang berada disisi dia untuk menyambut ulangtahun kelahiran aku dan aku juga ingin meraikan ulangtahun dia yg x sempat aku lakukan.
Aku benar2 berharap dan berdoa moga Yg Esa memakbulkan permintaan aku untuk terus berada disisi sidia. Aku sayang dia....sayang aku kerna perasaan ini adalah anugerah yg paling indah dari Yg Esa...Terima kasih tuhanku.

Saturday, October 02, 2010

Majlis kawin yg aku hadiri..

Alhamdullilah....dah selamat teman sekerja aku yg sorang ni dan kini telah memegang gelaran yang bernama ISTERI. Aku doakan semoga ianya kekal keakhir hayat...aman bahgia selamanya...dan sudah semestinya segala yg terbaik dan terindah kita doakan dan moga ucapan yg diucap itu selari dgn bahasa jiwa. Apapun segala kemungkinan selepas ini adalah ketentuan dari Yg Esa.
Ha Ha Ha...saat aku tgk dia diatas pelamain sungguh kelakar kurasakan. Seolah pengantin yang sedang bersanding itu adalah sebahgian dari lakonan waktu kecil2 dahulu...ataupun agak tepat kalau aku katakan pondok2.
Tentu korang rasa heran nape camtu aku kata..Iyalah sewaktu aku tiba di majlis tadi sedang elok sang tuah pun sampai bersama hulubalang2 nya,
Aku dan rakan2 lain terus ambil makanan walau sebenarnya itu bknlah tujuan utama ke majlis kawin. Aku lebih suka melihat sang mempelai bersanding dipelamin dan gelagat2 mereka.
Paluan kompang dah bertukar rentak...aduhai sudah hilang irama kemelayuan. Terasa aku bukan dimajlis kawin pada waktu itu. Member aku pun berbisik hal yg sedemikian. Rentak paluan kompang agak kontemporari boleh aku kata. Tiada lagi alunan bunyi seperti "kepung kepung kepak kepak kepung"...yg ini agak janggal dihalwa telinga aku. Mungkin ianya mengikut perkembangan zaman.
Tiba-tiba keluar puteri ..ermm cantik warna baju dan design bisik member aku ke telingaku. Yang itu aku akui padanan warna yg lembut sejuk mata memandang.
Kalau kt kg dulu bila pengantin perempuan datang menjemput...muka nya dihalang dgn kipas supaya seri pengantin itu masih kekal. Tapi td sang puteri berjalan didpn dayang2 dibelakang....Ha Ha Ha nampak no x sabar nya yer.
Paluan kompang mengiringi raja sehari ke singgahsana. Amboiii kalau bab bergaya didepan kamera mmg x bleh lawan...hahaha...macam2 le depa tu.
Aku pun sempat jua menepung tawar ambil berkat kata member aku. Apapun aku doakan yg terbaik didalam kehidupan kalian berdua. Hadapi segala rintangan dgn penuh kesabaran kerna Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya.

Friday, October 01, 2010

Kasut ku...

Uwaaaaa.....pesal le arini semua serba x kena...agak bz dgn menyusun..mengemas...memunggah lps tu mengangkat barang2 ke stor tup!tup! aku rasa semacam je bila berjalan.
Ohhh tiDAKKkk...tumit kasutku patah le plak. Adoiii pesal le time2 camni ko patah plak dah. Dah le kedai kasut Vincci dh tutup...Nose plak kasutnya cam tahap gaban tp harga amboiii...bodoh2 camtu pun mahal bebenor.
So apa bleh buat aku balik pakai jek selipar yg mmg aku standby kt ofis. Ermm sok kena le aku kuarkan duit beli kasut baru. Camner nk ada simpanan kekal...br simpan skit ada jek pengeluaran nya.

Geram

Entah nape hari ni mmg temperature keja aku melambung naik. Geram betoi aku dibuatnya. Pangkat je tinggi...skolah sampai PHD..p oversea tp akal kt bucu meja.
Pesal le x bleh nk pk sendiri agaknya otak tu xde fungsi. Cuba le buat sesuatu dgn berfikir buat dgn perancangan ini x buat tu klau x nyusahkn org lain mmg x bleh.
Korang pk aku ni tmpt cetak kertas ke apa??? Senang2 je bila nk benda tu dpn mata...sebut je terjongol dpn mata....ermmm....singkatnya akal korang.
Kalau hari ni nk gaduh pun aku dah x peduli apa...lantak le nk jd apa....ade aku kesah????