Monday, May 30, 2011

Sujud syukur padaNya

Petang tadi abah br sampai dari kampung bersama adik lelaki aku yg bongsu, iwan tapi kali ini mak x ikut serta. Dua hari sudah iwan balik ambil abah datang ke KL sbb selasa ni abah ada temujanji kt IJN.
So mlm ni aku skip dari ushering..lepas abis keja aku gerak balik. Singgah jap kt kedai bwh beli sayur dan udang kering ngan niat nk buat mee hoon goreng buat sarapan.
Kebetulan esok aku ambil cuti sebab nk bawa abah ke IJN. Cadang aku nk keja separuh hari lepas lunch terus balik tp kt tmpt kerja aku tiada istilah kerja separuh hari. So terpaksa le aku ambil cuti tapi adik aku akan dtg ke IJN waktu lunch sbb tmpt dia ada istilah separuh hati. Ha Ha sabar ajelah kan.
Sesampai dirumah aku br aje berkumandang azan maghrib dan waktu itu abah dah bersiap nk menunaikan solat maghrib. Abah cakap kat aku yg abah nk sembahyang dlm bilik aku dan aku mengangguk.
Alhamdullilah...untuk seketika hati aku sebak tatkala melihat abah sujud syukur pada yg Esa. Terima kasih Ya Allah kerna Kau begitu mengasihani kami. Abah dah boleh sembahyang dgn sempurna. Tiada lagi aduan terasa sakit cuma sekali sekala kedengaran batuk2 degil.
Selesai aku bersolat...kami makan malam bersama. Sambil makan aku bertanya akan kesihatan abah dan sedikit kata-kata aku berbentuk nasihat aku berikan pada abah.
Bukanlah kerana ingin bersikap kurang ajar tapi aku nyatakan sebab aku dah alami saat2 seperti itu. Yang mampu aku lakukan kini hanyalh berdoa moga segalanya berjalan dengan lancar.