Rezeki yang ada harus kita berkongsi kerna kita sbgi hambaNya yg serba kekurangan sudah pasti x tahu bilakah akan saat sesuatu itu. Mungkin rezeki yg sedikit ini jika dikongsi ianya akan bertambah atau juga mungkin akan berkurangan dek kerna sifat yang ada didlm diri kita.
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi akan rezeki yg diberikan pada aku. Aku berkongsi apa yang aku mampu baik berasa keluarga ataupun teman-teman.
Tempohari aku ke pasaraya membeli barang2 keperluan dapur...erm boleh dikatakan byk juga belanjanya tapi aku x kisah asalkan apa yg diingin tercapai.
Kadang kala aku terkenang akan zaman aku suatu ketika dulu. Apa yang terlihat atau terpegang atau keinginan hati hanya mampu terpendam jauh disudut hati.
Dengan rezeki yang ada kini walaupun x setinggi gunung namun aku bahgia kerna aku mampu buat apa yang aku inginkan.
Tersenyum aku bila melihat aksi sikecil aku begitu seronok tatkala aku tunaikan permintaannya. Bukan main lagi dia siap pesan "Nanti mama balik belikan baju Ben 10 yer." Selepas dapat Ben 10 lain pula minta nye "Nanti mama beli pulak baju transformer ye..daniell nk baju..suar..topeng tau" dan pastinya hati siapa yang sanggup untuk menolak akan permintaan itu. Kugagahi jua megorak langkah mencari kedai yang menjual semua itu. ALhamdullilah tercapai jua apa yg sikecil itu mahukan. Kepenatan aku hilang tatkala menatap akan aksi dan celoteh mulut sikecil seharian. Tapi menurut kata seorang temanku...walau sekaya mana sekali pun kita pasti kita ada kekurangan dan kadang2 aku merasakan begitu kesunyian sedangkan aku mampu miliki apa yang aku mahu. Begitulah akan kuasa tuhan kan...DIA maha adil...kalau kita kaya x semestinya kita senang...kalau kita miskin x semestinya kita susah.
Benar teman...aku pernah alami apa yg kau alami mgkn juga orang lain pernah rasai apa yg kau rasa cuma jalan cerita kita berbeza tapi punya maksud yang sama.
Alhamdullilah kerna dari dulu hinggalah kini aku masih seperti dahulu...x pernah berkira2 ngan apa yang aku buat. Semuanya aku ikhlas sebab aku percaya jika kita buat kebaikan pasti kebaikan yang dibalas cuma cepat atau lama saja jadi pemisahnya.
Mungkin apa yang aku impikan disaat ini masih belum terlaksana dek kerna diri aku masih belum mampu untuk menghadapinya. Aku redha Ya Allah jika saat itu belum berhak untuk aku miliki.