Nampaknya sekarang ni aku semakin lama menyepikan diri dari terus meluahkan apa aje yang terlintas di dihati. Macam yang aku katakan sebelum ni bukannya aku dah kekeringan idea untuk ku titipkan disini tapi masa lapang yang aku ada kini semakin pendek.
Kini banyak masa aku habiskan dengan bekerja. Memang le keje yang aku buat ni xkan bisa buat aku jadi kaya dalam jangka masa yang pendek tapi sekurangnya aku terhibur dan masa aku terisi. So dari aku melepakkan diri baik aku kerja sekurangnya poket aku penuh gak. So kat sini biar aku stori skit pasal apa yang aku alami dan sedang berlaku dipersekitaran aku.
Kisah cinta aku masih seperti dulu...bila berjauhan rindu tu makin terasa. Pernah le juga hampir 10 hari aku x dapat berita dari En. MS so apalg aku pun mengelabah giler le...kira cam meroyan le jugak. Terasa hidup aku x aman..kejap2 tgk tepon...kejap2 tgk tepon. Mula le fikiran jahat dtg tiba2 berlegar kat kepala otak aku nih. Iyalah disebabkan kawasan kerja En. MS tu agak jauh ke pendalaman so line tepon tu kadang2 ada kadang2 xde...dah mcm chipsmore.
Mulanya aku igt aku dah kena tinggal sendirian sbb xde khabar berita...sms x berbalas...talian asyik x dpt dihubungi so aku dah kira tahap reda je. Aku x kisah cuma klau betoi jodoh aku dan dia dah tiada biarlah perhubungan ini terputus dengan yg kata-kata terakhir.
Sambil tu aku berdoa juga moga Allah bisa beri petunjuk buat aku untuk teruskan kehidupan dan alhamdullilah Allah itu Maha Mendengar...suatu hari aku dapat panggilan dari En. MS. Biasa le kan kalau dah nama perempuan ni airmata tu memang le x dpt nk dipisahkan...so kira bergenang le jugak dikelopak mata aku.
Ha ha ha..En. MS bertanya nape suara aku serak2 basah je...so bila aku cerita apa yg aku rasa sewaktu peninggalan nya En. MS ketawa kan aku. Ermm geram betoi aku....nasib le dia jauh klau dekat dah lama aku terkam dia...hehehe.
Kata En. MS...insyaAllah dia xkan tinggalkan aku dan seandainya perpisahan itu telah ditakdirkan biarlah hanya maut jadi pemisahnya...amboiii dahsyat betoi ayat mamat ni. So apalagi kata2 tu membuatkan hati aku berbunga mekar seperti sakura...tersengih aku.
So sekarang ni aku semakin faham akan situasi En. MS dan hati aku xde lagi mnyimpan seribu rasa cuma iyalah kekadang risau akan keselamatan dia yang jauh di sana. Cuma aku dan En.MS masih belum mendapat masa yang sesuai untuk mengikat sebarang ikatan.
Kesihatan abah yang kian hari ada ketika ok dan ada ketika lemah sedikit sebanyak meresahkan hati aku.
Malah pertanyaan demi pertanyaan yang keluar dari mulut abah dan emak benar2 menyesakkan nafas aku. Sesungguhnya aku faham akan kerisauan dihati mereka cuma aku mampu berdoa moga urusan ini dipermudahkan oleh Yang Esa. Ada saja halangan yang datang hingga membuatkan setiap keputusan terpaksa ditangguh...doa2kan yer...terima kasih!
dlm duka ada airmata dlm ketawa ada riang dlm suka ada bahgia dlm derita ada sendu....
Thursday, September 22, 2011
Thursday, September 01, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011
Memang agak lama aku x menerjah ke laman bicara aku. Setiap hari setiap masa ada saja butir bicara yang ingin aku titipkan tapi apa kan daya masa banyak menjadi penghalang untuk aku berbuat begitu dan terpaksa le aku pendamkan segalanya menjadi pekasam dihati.
30hb Ogos bersamaan 1 Syawal 1432...diumumkan sebagai Hari Raya Aidilfitri 2011.
aku dan famili yang lain pulang kekampung seawal 2 hari sebelum raya. Tapi bagi famili aku yang dah berkeluarga macam biasa mereka bergilir2 pulang berhari raya.
Secara zahir aku ketawa gembira tp batin aku berduka. Mengharapkan kepulangan En.MS namun tidak jua kunjung tiba. Tiada deringan mahupun pesanan ringkas darinya membuatkan aku makin menemui kepastian.
Soalan-soalan yang ditujukan pada aku makin membuatkan hati aku berduka. Yang mampu aku ucapkan memohon mereka mendoakan akan jodoh untuk aku. Semua nya membuatkan jiwa aku makin kacau...aduyaiii
Kesihatan abah juga membuatkan aku sedikit gusar dan berduka. Selera makannya makin tiada...badan terasa lenguh2 katanya. Ada ketika hati aku ingin sentiasa disisinya tapi akan daya aku. Aku hanya mampu berdoa moga kesihatan abah kembali seperti sediakala.
Malah kali ni raya aku pula yang dilanda demam dan selsema. Semuanya membuatkan hari2 yg aku lalui kurang meriah seperti sebelumnya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Subscribe to:
Posts (Atom)