Thursday, September 01, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Memang agak lama aku x menerjah ke laman bicara aku. Setiap hari setiap masa ada saja butir bicara yang ingin aku titipkan tapi apa kan daya masa banyak menjadi penghalang untuk aku berbuat begitu dan terpaksa le aku pendamkan segalanya menjadi pekasam dihati.

30hb Ogos bersamaan 1 Syawal 1432...diumumkan sebagai Hari Raya Aidilfitri 2011.
aku dan famili yang lain pulang kekampung seawal 2 hari sebelum raya. Tapi bagi famili aku yang dah berkeluarga macam biasa mereka bergilir2 pulang berhari raya.

Secara zahir aku ketawa gembira tp batin aku berduka. Mengharapkan kepulangan En.MS namun tidak jua kunjung tiba. Tiada deringan mahupun pesanan ringkas darinya membuatkan aku makin menemui kepastian.

Soalan-soalan yang ditujukan pada aku makin membuatkan hati aku berduka. Yang mampu aku ucapkan memohon mereka mendoakan akan jodoh untuk aku. Semua nya membuatkan jiwa aku makin kacau...aduyaiii

Kesihatan abah juga membuatkan aku sedikit gusar dan berduka. Selera makannya makin tiada...badan terasa lenguh2 katanya. Ada ketika hati aku ingin sentiasa disisinya tapi akan daya aku. Aku hanya mampu berdoa moga kesihatan abah kembali seperti sediakala.

Malah kali ni raya aku pula yang dilanda demam dan selsema. Semuanya membuatkan hari2 yg aku lalui kurang meriah seperti sebelumnya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.