Wednesday, August 17, 2011

Kasih seorang abah..

Saat coretan ini aku titipkan betapa didadaku sarat ngan rasa kesyahduan lalu dikelopak mata kian bergenang air jernih yg bakal menitis bila-bila masa sahaja.
Betapa besar sungguh pengorbanan seorang ayah yg mana aku lebih selesa memanggilnya abah. Walau jauh dari mata kasar sesungguhnya ego seorang lelaki begitu ketara pada wajahnya namun jauh disudut hatinya jelas menunjukkan betapa dia seorang penyayang.

Aduh untuk seketika betapa sebak didada terasa hingga membuatkan aku sukar untuk bernafas lantas hilang kata-kata untuk aku gambarkan segalanya. Setiap tutur yang pernah terluah olehnya sering menunjukkan betapa dirinya seorang yang kelihatan begitu bangga atau ego akan sifatnya. Malah itu terjadi mungkin kerna cara didikan sewaktu usia remaja nya yg penuh dgn displin dan sifat tegas. Hingga ada kala membuatkan setiap org yg berbicara dengannya merasa sedikit gentar tapi pada batinnya masih tersemai dengan perasaan kasih dan sifat penyayang yang begitu mendalam. Mungkin juga sememangnya dia tidak pandai didalam menunjukkan rasa sayangnya secara zahir.

Tapi itulah abah...dan aku cumalah salah seorang dari anak-anaknya yang aku kira makin rapat dgn dirinya. Alhamdullilah kerna aku masih diberi kesempatan untuk merasai akan saat-saat itu. Disaat ini betapa aku merasakan begitu besarnya rasa kasih sayang abah yang mana selama ini hati aku begitu buta untuk menilai.

Tengahari tadi abah menelefon aku menyatakan sesuatu yang membuatkan hatiku tersentuh. Setiap cerita yang disampaikannya benar-benar menginsafi aku dan aku seperti biasa cuba menyusun setiap barisan kata2 sebelum kuluahkan kerna aku tidak mahu hatinya terasa.

Walau abah sendiri kurang sihat tapi kerna rasa kasih pada seorang anak abah masih sanggup bersusah payah. Kukira abah sudah bisa melepaskan akan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan seharusnya disaat ini diri abah yang harus diberi perhatian. Namun kasih sayang seorang ayah tiada batasannya. Walau sikap seorang anak itu selalu saja menimbulkan akan kemarahan padanya namun sayangnya pada anak itu tetap tidak berubah. Dan kasihnya kini terlihat dgn setiap pengorbanan yang dilakukan.

Arghhh! betapa hatiku benar2 sebak seketika dan yang mampu kulakukan berdoa moga abah sentiasa diberi kesihatan yang baik2...semoga setiap urusannya dipermudahkan....bukan kemewahan yang kupohon tapi keredhaan yg ingin kumiliki...

No comments:

Post a Comment