Saturday, March 17, 2012

Pertanyaan itu datang lagi...

Apalg jawapan yang bisa aku berikan tatkala soalan-soalan cepumas itu diajukan pada aku. Seringkali aku menjaga akan perasaan mereka tapi bagaimana dengan perasaan aku sendiri. Perlukah aku biarkan diri ini menjadi seperti lilin yang membiarkan diri menjadi cair demi menerangi kehidupan org lain. Itulah lumrah kehidupan lilin tapi aku ni manusia yang bernyawa yang dianugerahi hati dan perasaan jua akal.
Bila kian aku berfikir semua kesalahan itu berpunca pada diri aku. Sekiranya aku tidak begitu memulakan perkenalan itu pasti semua ini tidak akan berlaku.
Arghhh!! mengapa aku sebegitu didalam mengutarakan hal sebegini. Niatku begitu ikhlas dan sebolehnya aku ingin membahgiakan kedua orgtua aku. Aku x ingin membuatkan hati mereka gelisah bila memikirkan akan anak-anaknya yang hingga kini masih bersendirian. Kata org itu kerna aku tidak berusaha dan bagaimana lagi usaha yang perlu aku lakukan demi memenuhi tuntutan hidup.
Seringkali juga aku katakan jika itu semua bisa diulang pasti aku xkan perkataan hal ini pada keluarga aku. Aku x pasti sampai bila harus aku menanti atau perlukah aku membuat keputusan sendiri. Serasa aku kian x mampu utk aku menjawap akan setiap pertanyaan yang diajukan. Aku tewas dan aku x sanggup untuk terus memberi mereka harapan.
Aku tahu mereka inginkan yang terbaik buat diriku dan pasti juga aku sebegitu. Namun ketentuaan Ilahi tidak siapa mampu menahannya. Yang mampu aku katakan kini aku hanya berserah dan memohon agar semua penantian ini berakhir seperti yang dirancang....amin!!!

Monday, March 12, 2012

Jika terasa rindu...

Dua hari sudah aku pulang kekampung. Hari ke55 aku tidak menjejakkan kaki kekampung halaman sejak kepergiaan abah tempohari. Aku balik sebab aku ingin ziarah pusara nya buat kali kedua. Namun masih ada halangan yang aku kira membuatkan segala urusan aku tertangguh. Mungkin kerna kecuaian aku atau sebaliknya aku pun x pasti tapi mungkin dari erti kata yang lain segala perancangan aku x seperti yang aku harapkan.
Ketika aku dirumah mak betapa aku terasa sangat tiada lagi suara arwah bergema. Seolah aku rasakan apa yang telah berlaku itu hanyalah sekadar mimpi yang bertandang tanpa diminta.
Betapa aku seakan sukar untuk percaya bahawa kini arwah sudah pergi buat selamanya. Ditambah pula bila ada ketika mak memberitahu ada juga antara kenalan arwah yang seperti tidak mengetahui akan pemergian arwah itu. Tatkala mereka melihat mak pasti tentang diri arwah ditanya. Aduh betapa sebak dihati hanya Allah yang Mengetahui.
Kata teman aku jika terasa rindu hadiahkanlah Al-fatihah buat arwah...biarlah ianya untuk setiap saat. InsyaAllah itulah yang akan aku selalu lakukan.
Aku sering bertanya pada diri bagaimanakah akan aku lalui hari seterusnya kerna kenangan itu sentiasa jelas diingatan. Terdayakah aku menunaikan apa yang telah diamanahkan pada diriku ini? Namun saban hari aku berdoa moga Allah akan sentiasa permudahkan urusan aku ini.