Dua hari sudah aku pulang kekampung. Hari ke55 aku tidak menjejakkan kaki kekampung halaman sejak kepergiaan abah tempohari. Aku balik sebab aku ingin ziarah pusara nya buat kali kedua. Namun masih ada halangan yang aku kira membuatkan segala urusan aku tertangguh. Mungkin kerna kecuaian aku atau sebaliknya aku pun x pasti tapi mungkin dari erti kata yang lain segala perancangan aku x seperti yang aku harapkan.
Ketika aku dirumah mak betapa aku terasa sangat tiada lagi suara arwah bergema. Seolah aku rasakan apa yang telah berlaku itu hanyalah sekadar mimpi yang bertandang tanpa diminta.
Betapa aku seakan sukar untuk percaya bahawa kini arwah sudah pergi buat selamanya. Ditambah pula bila ada ketika mak memberitahu ada juga antara kenalan arwah yang seperti tidak mengetahui akan pemergian arwah itu. Tatkala mereka melihat mak pasti tentang diri arwah ditanya. Aduh betapa sebak dihati hanya Allah yang Mengetahui.
Kata teman aku jika terasa rindu hadiahkanlah Al-fatihah buat arwah...biarlah ianya untuk setiap saat. InsyaAllah itulah yang akan aku selalu lakukan.
Aku sering bertanya pada diri bagaimanakah akan aku lalui hari seterusnya kerna kenangan itu sentiasa jelas diingatan. Terdayakah aku menunaikan apa yang telah diamanahkan pada diriku ini? Namun saban hari aku berdoa moga Allah akan sentiasa permudahkan urusan aku ini.
No comments:
Post a Comment