Dengan anggukan dikepala seolah aku mengerti bahawa arwah meminta aku mendekatkan telinga kemulutnya. Sejak arwah dimasukkan ke HKL kesihatannya adakala merundum tiba-tiba dan adakala sihat seperti biasa.
Aku mendekatkan cuping telinga aku kemulut arwah supaya ayat-ayat yg terucap akan bisa aku dengari.
"Ada kamera x?" soal arwah perlahan. Aku terkejut kerana itu bukanlah soalan yg selalu dituturkannya.
"Ada kat umah le abah. Nape nk kamera?" soal aku yg tersengih tiba-tiba.
"Nak suruh ambik gambar abah le...buat kenangan." Terhenti seketika degupan jantung aku tatkala bait terakhir itu jelas aku dengari. Segera aku keluarkan telefon aku untuk ambik gambarnya walau ada ketika takut juga jika disedari oleh jururawat maunya aku dimarah.
Dengan seberapa pantas terus aku mengambil beberapa keping gambar arwah dan kini itulah antara gambar terakhir yg masih kekal didlm simpanan aku.
Betapa kenangan lalu begitu menggamit perasaan aku tatkala gambar itu ditatap.
![]() |
Add caption |
No comments:
Post a Comment