Sunday, June 17, 2012

Rombongan Cik Kiah


Segala yang berlaku sememangnya bukanlah apa yang aku rancang walaupn aku tahu akan perancangan itu. So kali ini adalah perancangan dari kakak aku yang sulung dari segi erti kata nama yang lain Sis Ella, itulah nama yang menjadi panggilan didalam keluarga aku sekian lama. Namun betullah apa yang sering dikatakan manusia ni hanyalah merancang namun ketentuan itu adalah dari Yang Esa.

So dipendekkan cerita percutian yang dirancang tak dapat diikuti oleh Sis Ella sebab cutinya ditarik balik oleh Bos tempat kerja nya. Untuk mengelak dari pembaziran lalu aku pun jadilah bidan terjun didalam percutian yang aku namakan Rombongan Cik Kiah 2 hari 1 malam – KUL-KELATE-GANU-KUL. Jom ikuti cerita perjalanan aku bersama ahli keluarga yang lain juga yang mengikuti rombongan ini.


6 April 2012, jam 11 mlm  bas yang kami naiki perlahan-lahan mula meninggalkan kota metropolitan. Naik bas yang tertera Bas Persiaran didindingnya kira oklah pada pandangan mata kasar aku nak pula ada flat skrin didalamnya dan siap bleh berkaraoke plak tu...cayalah.
Sebelum naiki macam biasalah acara bergambar bersama-sama. Bas yang dipandu melalui jalan Gua Musang dan pernah jugalah aku melalui jalan itu namun ianya agak telah lama berlalu.
Dengan mengharungi kepekatan malam disamping kemudahan jalanraya yang masih didalam proses pembinaan membuatkan mata aku kian payah utk dilelapkan. Entah kenapa hati seolah menjadi begitu gerun tatkala setiap kenderaan bersilih ganti dan ditambah pun ekoran berita2 yang terpapar kian saban hari dimuka akhbar.
Mulut aku ni tak henti2 membaca ayat2 suci dan hati berdoa agar perjalanan ini selamat tiba ke destinasinya. Aduhai ketika dalam perjalanan ada ke pulak dipasangnya cerita seram sudah le aku ni sedikit agak penakut so bila tgk citer pun terpaksa aku melihat diselahan jari. Hahaha...
Akhrinya setelah  hampir menempuh 8 jam perjalanan, alhamdullilah bas yang kami naiki menghampiri destinasi pertama kami iaitu Rantau Panjang.
Masing-masing keluar untuk menyegarkan badan melonggarkan urat belikat yang telah terduduk utk sekian lama.
So apalagi aku dan keluarga yang lain pun mula le cari toilet yang berhampiran utk mencuci muka serta bersih diri seadanya. Bila dah segar dan perut berdendang keroncong apalagi yang harus dicari sudah pasti sarapan pagi. Hahhaa...aku bersarapan nasi kerabu diawal pagi cam x caya aje kan. Lagipun itu aje yang kami jmpa untuk dibuat alas perut.

Selesai bersarapan kami mula meredah dari satu kedai ke satu kedai. Maklumlah terlalu banyak kedai beserta pilihan membuatkan kami menjadi rambang mata. Namun Mak Kiah ataupun nenek yang menjad penganjur romongan ini byk membantu kami didalam proses membeli. Kebetulan pula kami mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis tahlil buat arwah abah dan bungkusan pelikat serta batik adalah menjadi pilihan kami untuk diberikan kepada tetamu yang bakal hadir.



So dikedai inilah kami membeli belah dgn harga yang berpatutan. Terima kasih Kak Noor, tuan kedai yang member harga cantek itu.




Hampir  3 jam di Rantau Panjang kami menuju ke Pengkalan Kubor dan apalagi shopping le tapi aku dan yang lain hanya sekadar cuci mata saja.





 



Iyalah badan dah terasa penat dan kali terkahir mandi adalah jam 9 mlm sebelum nye. Hahaha ada bau ke? Selesai disitu kami terus bertolak ke destinasi utk bermalam iaitu tempat yang telah ditempah terlebih awal oleh Mak Kiah.



Sesampai aje dibilik hotel walaupun bukanlah hotel berbintang tapi kira ok le dgn kos perbelanjaan yang dikeluarkan. Masing-masing sibuk bersiram sementara yang lain mula sibuk melingkarkan badan diatas tilam termasuk le aku.




Jam 6 petang aku dan family mula jalan-jalan mencuci mata dikawasan yang berhampiran. Kami ke pasar siti zubaidah dan kemedan selera. Sempat jua aku dan adik membeli 3 helai baju tidur kelawar. Bukannya kt KL xde tp aku kira harga nya murah le sedikit dan alang-alang sampai kesitu biarlah ada sedikit kenangan.



Menuju ke Medan Selera MPKB...so apalg makan dan terus makan. Macam2 makanan aje cuma tinggal bleh diisi ke idak lam perut tu...







Episod kedua pada 7 April 2012...kami telah bersiap untuk menuju ke Ganu kiter. 



So sebelum memulakan perjalanan yang agak jauh tu dah tentu le perut harus diisikan supaya takde le dlm perjalanan nnt berkeroncong plak.

Bersama Nenek Kiah yang menganjurkan rombongan ini...






Sempat ler singgah jenguk depan je Masjid Kristal...Pasar Besar so xde le membeli sgt sbb budget xde le byk mana...hahaha...alih2 bergambor le sakan.
Pit stop kat kedai Pak Su untuk membeli kopok losong...semua org dok borong sini. Ada yg dah siap grg tinggal ngap aje dan ada juga yg masih mentah.
 Ermm..masuk lam bas je ada bau kopok losong,,,haha mana idak nyer semua org dok makan kopok losong. sedap dohh...sos dia pun yummy....bleh dikatakan aku telah menghabiskan satu bungkus kopok losong tu sorang je....ater x pecah rekod makan aku dbuatnyer.
 Seharian di Ganu so masing2 dah siap sedia nk bertolak ke KL tapi dlm perjalanan tu pun masih sempat lagi singgat kat Kedai Kak Long Eika ni....masing-masing dok sibuk beli satar le plak...aku ni x pernah makan satar sbb aku x tahu apa dlm nye. So bila akak aku cakap lam tu isi ikan yang lebih kurang cam otak2 tu so aku pun barulah cuba makan and not bad rasanya...yumm!!



Sepanjang perjalanan pulang ke KL...aku tido je...iyalah perut dah penuh isi macam-macam...ibarat ular sawa yang kekenyangan. Tapi bagi yang lain tu amboi siap berkaraoke le plak...termasuk le akak aku yg sorang tu...layannnnn



No comments:

Post a Comment