Yes!!!! setelah sekian lama aku mencari dan ingin cuba membuat sendiri kini tercapai juga dan hasil yang begitu memuaskan hati aku sendiri. Terima kasih pada teman aku yang sudi berkongsi resepi untuk membuat kuih cucur jawa. Masih teringat sewaktu dikampung arwah Mak Yu iaitu adik kepada arwah abah begitu rajin membuat dan pastinya mulut aku juga begitu suka mengunyah. Kalau ke pekan sabtu pasti inilah antara kuih yang akan aku cari. Keinginan dihati untuk mencuba begitu kuat sekali ditambah pula akan mulut yang begitu sudah terlalu lama inginkan nya...ha! ha! mcm mengidam le plak kan. So this is the receipe of cucur jawa...check it out..
Bahan-bahan:
*1 1/2 cwn gula merah#
*1/2 cwn gula pasir#
*2 cwn air#
*2 cwn tepung beras
*2 cwn tepung gandum
*sedikit garam
Cara Memasak:
1. Satukan bahan bertanda # didalam periuk dan masak sehingga larut dan sejukkan.
2. Didalam bekas lain masukkan tepung beras, tepung gandum dan garam.
3. Tuang adunan yg telah disejukkan kedalam adunan tepung.
4. Kacau hingga sebati dan perapkan selama lebih kurang 3 jam. Kalau semalaman lagi elok kejadian cucur itu bila dah digoreng.
5. Panaskan minyak sedikit agak2 cukup untuk goreng sebiji cucur jawar.
6. Api jangan terlalu kuat.
7. Bila minyak dah panas sendukkan adunan dan tuang kedalam kuali.
8. Bila ditengah cucur itu membuak keluar terbalikkan cucur itu. Sebaiknya guna lidi didalam proses ini.
Trada inilah hasilnya...yummy
No comments:
Post a Comment