Assalamualaikum.
Sememangnya sudah terlalu lama aku tak menjengah ke halaman yang bisa menceritakan pelbagai rasa yang ada dalam diri ini.
Dan hari ini diwaktu yang terluang lagi dengan suasana yang begitu mendamaikan menggamit seribu kenangan serta kerinduan yang kian padat didalam jiwa. Ianya seakan meronta minta dilepaskan namun teman tidak pasti kemana harus aku halakan semua ini.
Yang pasti dan teramat pasti bila mana diakhir solat teman akan selalu melontarkan akan segala yang tersirat didalam hati teman ini kepada Dia Yang Esa. Aku curahkan segala keperitan..kesedihan atau kegembiraan yang aku hadapi saat itu. Pasti manik2 jernih akan jua turut mengiringi disetiap cerita teman.
Kini Ramadhan menjelma lagi seperti tahun sebelumnya dengan hati yang penuh rasa kerinduaan. Rindu pada segala yang aku ada atau yang telah pergi dari hidup teman.
Aku terlalu rindu pada kedua arwah mak dan abah dan hanya sekalung Al Fatihah teman kirimkan. Mungkin aku bukan anak yang soleh tapi aku tetap mencuba untuk menjadi yang terbaik dikalangan terbaik.
Aku berdoa agar aku sentiasa diberi kekuatan diri serta hati yang tenang disaat ditimpa apa jua bencana. Semoga aku akan selalu bermuhasabah diri mencari kesilapan diri dan lantas memperbaiki segala kekurangan.
No comments:
Post a Comment