Saturday, August 28, 2010

Permainan zaman kanak2 aku...

Tatkala aku lihat kanak2 bermain riang..penuh gelak ketawa..bergaduh sesama rakan...berkongsi bekalan yg dibawa serta merta aku teringat zaman kanak2 aku dulu. Aku juga pernah melalui apa yg sedang mereka lalui kini. Secara zahirnya proses yg kita alami sama saja cuma situasi kita yg berbeza.
Dulu ketika aku kecil disekitar rumah aku x punyai rakan sebaya ataupun kawan perempuan. Ketika itu aku lebih byk bersama2 dgn abang aku ataupun sepupu-sepupu aku yg kebetulan jarak umur kami tidak jauh berbeza. Dan pasti setiap kali emak membebel dia akan ckp yang aku ni dah serupa "jantan" baik dari segi perangai ataupun perilaku aku. Arghh!! ketika itu aku diusia remaja kadang kala dijiwa penuh perasaan ingin mencuba atau ada waktu aku suka memberontak. Aku pasti remaja sekarang pun seperti aku dahulu tapi au xdelah sampai disebut kurang ajar.
Waktu aku diusia remaja dulu. abah dan emak memang garang giler. Kalau dah marah tu tuhan ajelah yg dpt menyabarkan mereka. Tapi apapun sebenarnya bukanlah mereka itu suka nak marah x tentu pasal.
Dalam banyak2 kemarahan mereka masih terngiang dikotak ingatan aku bilamana itulah kali pertama dan terakhir emak memukul aku dan abang.
Aku rasa kalau dizaman sekarang ni tentu orang dah sebut penderaan sebab dah berbirat kat badan dgn cap mohor getah paip.

Ha Ha Ha...biler ingat kembali memang le aku ketawa tapi ditanya apa yg aku rasa diwaktu itu hanya tuhan yg tahu betapa peritnya sebatan yang kami terima dan itulah kemarahan emak yg pernah aku lihat sepanjang hidupnya.
Ceritanya begini...kuakui emak seorang yang begitu teliti dan suka mengemas rumah. Dalam erti kata lain emak akan bising bila lihat barang-barang dlm rumah berselerak. Bagi emak jika selepas bermain atau mengalihkan sesuatu barang selepas itu haruslah menyimpan ditempatnya kembali. Dan kini kusedari itulah salah satu perangai emak yang telah melekat dgn jiwaku hingga ke hari ini.
Kejadian ini berlaku sudah terlalu lama tapi mana mungkin aku dpt melupakannya cuma ingatanku tidak pasti diusia berapakan perkara ini berlaku.
Emak menyukai satu koleksi yang dipanggil koleksi ARMY...siap ada kereta kebal...askar2 yang berbagai aksi dan gaya...mgkn kerana abah adalah bekas seorang tentera yg bersara dipangkat sarjan maka emak terlalu menyukai koleksi itu.
Seperti biasa jua diwaktu petang bila aku dan abang jarang sekali dibenarkan bermain diluar rumah lalu kami akan mengambil koleksi itu utk bermain. Aku akan jadi pihak tentera yang baik manakala abang akan menjadi tentera yang jahat dan beberapa sepupu aku jua turut serta.

Kalau sekarang ini ada permainan seperti Ben 10, Transformer, Power Rangers, Ultraman tapi pada waktu itu permainan itulah yg paling berharga.
Setelah penat bermain kami mula menyusun kembali kesemua koleksi itu didalam almari. Bak kata emak...dari mana kita ambil..macaman kita ambil pulang dan letakkan seperti asalnya. Dan itulah yg aku dan abang lakukan. Selesai menyimpan semua barang itu kami beralih ke permainan yang lain.
Selang beberapa jam kami terdengar suara emak menjerit nyaring memanggil nama aku dan abang. Kami bergegas pulang kerumah dan pada ketika itu aku melihat muka emak begitu bengis. Ditangan emak terpegang getah paip warna oren.

Dihati aku terasa begitu takut yang amat. Difikiran aku tertanya-tanya apakah salah yg telah kami buat. Emak dengan suara marah bertanya tentang koleksi ARMY yang bagi perkiraannya masih tidak mencukupi. Aku dan abang saling berpandangan antara satu sama lain.

Tiba-tiba emak meluru kearah kami dan sebatan getah paip itu menghinggapi dikakiku. Aku menjerit sakit. Emak bertanya lagi tapi aku dan abang begitu pasti yang kesemua koleksi itu telah kami susunkan kembali. Tapi kemarahan emak memang x dapat dibendung lagi dan satu lagi sebatan hinggap begitu perit.

Aku dan abang berlari mendapatkan kakak yang tidak jauh dari kami. Kami menyorok dibelakang kakak dan kakak meminta emak bersabar. Namun kata-kata kakak seolah mencurah air didaun keladi. Emak terus mengejar aku dan abang sambil melibaskan getah paip dan kami berlari mengelilingi kakak.

Mujurlah makcik datang dan menyabarkan emak supaya berhenti dari terus memukul kami. Sebaik saja emak berhenti mengejar aku dan abang terus berlari sembunyi. Masih kuingat lagi selepas itu aku telah menyorok dibawah katil. Itulah satu-satunya tempat yang aku rasa begitu selamat. Dalam pada aku menahan kesakitan dengan bersembunyi akhirnya aku terlelap dalam tangisan sambil perutku berdendang ala dondang.
Akhirnya bila aku sedari hari makin senja terdengar suara kakak sayup memanggil aku dan abang. Aku tidak pasti kemana abang menyorokkan dirinya. Perlahan-lahan aku keluar dari tempat persembunyian aku dan menghampiri kakak dengan perasaan takut yg emak akan melihat aku. Kepada kakak aku suarakan betapa perutku lapar belum makan. Sambil kakak menyuap aku dia bertanya tentang perkara yang membuatkan emak marah hingga sebegitu rupa. Namun aku tetap menafikan kerana aku tidak hilangkan koleksi itu dan aku telah menyusunkan kembali. Kakak mempercayai kata-kata aku dan meminta aku sama-sama mencari barang tersebut.

Akhirnya barang yang dicari kami jumpai dimana ianya tersorok dibawah kaki almari. Aduhaii kereta kebal yang comel kerana kaulah aku disebat sebegitu rupa. Kerana kaulah aku kelaparan dan terlelap sambil menahan sendu didada.
Mungkin ada orang berkata alahai benda yang kecil camtu pun nk naik angin. Tapi ketika itu ianya antara koleksi yg begitu berharga. Samalah juga aku kini jika apa barang yang aku suka diusik atau dialihkan pasti aku akan mengamuk tapi xdelah sampai aku nk memukul dengan getah paip oren tu. HA HA HA..
Kalau korang nak tahu kat kampung aku setiap permainan ada musim nya. Kalau musim padi dah abis dituai maka acara mencari ikan laga atau ikan keli pun bermula. Bila bendang dah kering nak pula angin kuat apalagi semua sibuk buat layang-layang. Sampaikan ada ynag kena kejar dek lembu kt bendang. Kalau air sungai melimpah ruah dari tebing apa lagi masing2 sibuk membuat rakit batang pisang. Kesian Pak Salim asyik mengamuk aje bila pokok pisangnya selalu dijadikan mangsa.
Dulu-dulu cukup popular dengan permainan "polis Sentri", "Baling kasut", "susun tin", "teng teng", "Getah", "pistol peluru terung bulat @ kertas" 
dan banyak lagi. Kalau aku cerita kat sini tahu ke korang jenis permainan itu. Kalau yang lahir dizaman aku pasti tahu tapi kalau zaman millenium mgkn agak kurang pemahamannya.

 

Sunday, August 22, 2010

Bukan Aku Tak Cinta...

Kringgg! Kringggg! telefon dipenjuru kanannya berdering. Lama dibiarkan. Senyap namun kembali menjerit memanggil minta dijawab.
"Hello! itu Azrin ke?" satu suara dicorong jelas kedengaran.
"Ya, Azrin bercakap. Siapa disana?"
"Rin..ini ayahlah. Dah tak kenal suara ayah ke?" suatu itu ketawa.
"Ayah ke itu? Tapi kenapa suara ayah lain saja bunyinya. Apa ayah sakit ke?" Hati Azrin gelisah.
"Tak ada yang serius cuma selsema dan batuk-batuk sikit. Ayah ingat nak jumpa Rin hujung minggu ni. Rin kerja?" soal ayahnya kembali.
Tangannya segera mencapai diari hariannya lalu dibelek satu persatu programnya.
"Minggu ini Rin free. Kenapa ayah?"
"Ada hal yang ayah ingin bincangkan dengan kamu. Nantilah kita bercerita ya. Ok teruskan kerja kamu."
"Baiklah ayah. Ayah jaga dri baik-baik ya. Assalamualaikum," Pesan Azrin sebelum memutuskan talian.

Petang sudah semakin hilang dan yang pasti malam akan menjelma. Namun bayangan Azrin belum jua kelihatan.Dihati Tuan Sulaiman mula berputik kebimbangan. Dia berjalan mundar mandir disetiap sudut rumahnya dan sesekali melepas pandangan kearah jendela.
Matanya liar memerhati kereta yang lalu lalang namun tiada satu pun memasuki ke perkarangan rumahnya. Selang beberapa minit kemudian sebuah kereta ford laser berwarna hitam meluncur masuk.
“Apa khabar,ayah?” Azrin segera mendapatkan ayahnya lalu mencium tangan ayahnya.
“Kenapa lambat sampai bimbang ayah dibuatnya.” Tuan Sulaiman menyatakan rasa bimbangnya atas keselamatan anak gadisnya itu.
“Maaf ayah. Jalan jem sebab di simpang tiga tadi ada pokok tumbang menghalang jalan. Kebetulan pula disitu line telefon susah nk dpt. Maafkan rin ya ayah.” Pujuk Azrin.
“Susahlah. Kau dah makan? Mari makan dengan ayah. Mak munah ada masakan lagu kegemaran kau.”
“Ayah,makanlah. Rin belum lapar.”
“Jangan asyik kerja saja. Kalau badan sakit nanti kerja tidak jadi kau juga yang susah. Sekarang ini ayah tengok kau makin kurus. Dah tu mata pun dah cengkung. Banyakkan rehat tukar angin sekali sekala.” Rungut Tuan Sulaiman.
Azrin segera menarik tangan ayahnya ke meja makan. Dia tahu kalau dibiarkan akan berpanjanganlah leteran ayahnya itu.
Malam menjadi begitu sepi tanpa nyanyian sang cengkerik. Namun begitu matanya sukar untuk dipejamkan. Dia bangun dan berjalan menuju ke beranda. Hatinya menjadi pilu bila teringatkan arwah ibunya. Kini sudah hampir 12 tahun ibunya pergi tanpa sempat untuk dia merasai sepenuhnya kasih sayang seorang ibu. Mengapa terlalu cepat Kau mengambil dia dari hidupku....bisik hati kecilnya.
“Jauh termenung anak ayah seorang ini...dah sampai kemana? Jepun? Paris? tegur Tuan Sulaiman. Azrin tersentak dan tersipu malu ketika dihampiri ayahnya.
“Ayah belum tidur lagi?” Azrin memandang ayahnya.
“Dah tidur tadi tapi tiba-tiba bila tersedar terasa haus pula. Dan Nampak kau disini.”
“Kenapa? Ada sesuatu yang merunsingkan kau?” Tanya ayahnya pula.
“Tidak. Cuma saja rin nk rasa udara malam didesa berbanding udara di ibukota.” Azrin cuba berselindung dari ayahnya.
“Ermm..jangan disedut banyak udara itu nanti kembung pula perut kau. Ayah masuk tidur dulu.” Azrin ketawa sambil memandang ayahnya yg bergerak menuju kekamarnya.

Setelah bersiap pagi itu Azrin terus bergegas menuju kearah ayahnya yang sedang menikmati sarapan pagi.
“Lena kau tidur semalam, rin?’ Ayahnya bertanya sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi dimeja makan. Dia tersenyum sambil mengangguk kepala.
“Tapi kenapa mak munah tidak kejutkan rin?” Mak munah memandang kearah Tuan Sulaiman. Sudah 25 tahun dia bekerja disitu sebagai pembantu rumah sebelum Azrin dilahirkan lagi.
“Ayah yang melarangnya.Ayah tidak mahu mengganggu tidur kau.Lagipun kau perlukan banyak rehat.” Pantas jawapan terbit dari mulut ayahnya.
“Betul itu, rin perlukan rehat. Mak munah tengok rin pun dah makin kurus.” Sokong Mak munah pula.



bersambung....

Thursday, August 19, 2010

Yg mengundang pelbagai rasa...

Ermm…lumrah kehidupan beginilah awak…ada masa kita berkata2…ada waktu kita pula diam seribu bahasa.

Andai apa pun sikap dan perilaku kita diharap semua tu x pernah mengundang rasa ketidakpuasan dihati teman2.
Kalau dulu bila nk sambut puasa…kitalah org yg paling sibuk disisi bonda…mula merancang menu utk berbuka.
Bila dah masuk pertengahan puasa…kitalah juga org paling sibuk…buka buku resepi…tp rasanya ntah le..
Bila dah kian ke ujung puasa…kitalah juga yg paling sibuk mencari membeli baju raya..
Bila puasa tinggal lagi seminggu…kitalah juga yg paling sibuk…mula mencari buluh untuk dibuat pelita…pasang pelita keliling rumah..semua terang benderang.
Bila esok atau lusa nk raya…kitalah juga yg paling sibuk…daun ketupat nk dianyam...nk direbus….lemang nk dibakar…langsir nk ditukar…baju raya nk diseterika…
Bila di pagi raya…kitalah juga yang paling sibuk…pagi2 lagi dah bangun…siapkan juadah utk semua….ziarah kubur atuk..nenek..saudara mara
Bila abah pulang dari solat raya…ketikalah kita juga sibuk beratur adik beradik..dpt duit raya…
Bila masing2 saling bermaafan...airmata menitis dipipi..ketika itu tiada lagi rasa malu atau segan 

ARGHhhhhhh!!!!! Itu semua dah berlalu….
Kini semua dah kurang bermakna bagi kita…selepas 10 tahun…semua nya dah berlalu…
Kini kita x tahu bagaimana nk hadapi…walau kita faham erti kehidupan perlu diteruskan…tapi hati kita tetap sebak.
Kini…ikhlas dari hati kita ckp…semua tu terlalu sunyi dan asing bagi kita…bilamana bonda pergi x kembali.
Dan yang pasti ramadhan akan terus membuatkan hati kita dipaut pilu…seolah aku berada didunia yg.. 

Ermm….

~Sifat Perempuan yang d minati Lelaki~

> Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

> Suka dimanja.
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

> Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

> Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

> Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

>Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

> Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

> Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

> Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

> Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

> Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

> Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

> Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

> Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

> Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

> Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

> Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

> Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

> Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

> Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

> Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

> Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

> Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

> Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

> Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

> Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

Sunday, August 15, 2010

Tangisan RINDU...

RINDU!!!! ermm sukarnya utk aku katakan atau utk aku nyatakan bagaimana perasaan itu. Padahal mulut selalu menyebut RINDU RINDU RINDU ha ha ha...mgkn hanya bagu sesiapa yg alami akan tahu bagaimanakah rasa hati tatkala RINDU itu diungkapkan.

Sejak aku kenali dia yg kini begitu teguh dan kukuh bertaut ditangkai hatiku perasaan RINDU ini begitu membuak buak dihati...lantas mengocak segala perasaan yg ada. Hingga tiba suatu saat dan ketika aku begitu sukar untuk menangkisnya.

Malah ada waktu tanpa aku sedari keRINDUan yg datang bertandang dihati turut mengundang air mata jernih menitis satu persatu. Aduhhh!! mengapa begitu rapuh dan tidak tegar nya diri aku didlm epilog RINDU ini?

Puas aku bertanya pada diri...mengapa kali ini hatiku tewas didalam keRINDUan. Untuk apa titisan ini mengalir membasahi pipiku? Untuk apa hatiku merintih merayu....duhai RINDU...kenapa hadirmu harus disusuli dgn airmata...mengapa hadirnya kau bisa membuat hatiku tidak keruan??

Bodohkah diriku kerna membiarkan RINDU menguasai diri? Dimanakah kekuatan diriku selama ini yg begitu amat payah utk menitiskan airmata? Apa yg terjadi kini pada hati yg selama ni begitu keras dlm menolak setiap bait2 RINDU yg diucapkan?

Aku x pasti jika apa yg aku alami ini sekadar satu perasaan yg sementara atau utk selamanya. Semakin kuat aku hindar semakin kuat perasaan ini hadir. Puas aku menidak semakin kerap ia menjelma. Bila aku buat endah x endah ada saja yg mengungkit...haru aku dibuatnya.

Tapi kini yg aku tahu dihatiku ada dia..kumohon agar perjalanan yg bakal kutempuh ini sentiasa dipermudahkan.

Aku ingin selalu disisinya x kira diwaktu suka mahupun duka. Akan ku belai rambutnya tatkala dia melepaskan penatnya diribaku,

Aku ingin berkongsi segala cerita dgn dirinya. Aku ingin menjadi pendengar yg begitu setia menanti kata2 yg terungkap dari bibirnya.

Aku inginkan pelukan hangat darinya dan biarkan kucupan dibibir ini sebelum tirai malam berlabuh.

Saturday, August 14, 2010

Debaran dihatiku..

InsyaAllah dan seringkali aku panjatkan didalam doa harianku moga kasih yg tercipta dan janji yg dilafaz akan termeterai jua.

Alhamdullilah...pilihan hatiku direstui oleh mak dan abah. Walau aku rasakan mgkn keputusan yg aku lakukan ini terlalu singkat dan seolah-olah kelihatan terburu-buru tapi hatiku memujuk berkata "benda yg baik yg elok harus dipercepatkan...lagi lama lagi byk dugaan...percaya pada diri..insyaAllah!
Sekarang dah bulan OGOS...insyaAllah DECEMBER nnt lafaz akan diucapkan dan bila ianya disahkan maka aku akan menjalani satu lagi proses kehidupan.
Lagi 4 bulan...aku rasa ianya dah x lama...byk persiapan yg perlu aku fikirkan. Klau bleh aku x mahu nk nyusahkan sesapa baik mak abah ataupun famili aku yg lain.
Ermm...list down apa yg perlu aku buat utk majlis aku ujung tahun ni.
Sijil kawin ......dah ambik. Aritu aku dah p kursus kawin 2 hari RM80 seorg tapi aku p ngan adik aku. Sijil ni bleh pakai utk biler2 sebb xde talian hayat.
HIV test........blum lagi sekarang nk kawin kena ambik test tu. Aku tunggu dia balik sini then p sekali ngan dia. Member aku ckp test ni ada valid utk 6 bulan je.
Baju nikah....dh beli blum antor tailor aku dah pilih lace hitam dan satin off white. Utk dia sampin will be black color.
Mini pelamin.....dh booking ngan kaksu berlatar belakangkan white dan bunga2 warna hitam putih.
Hantaran........dh plan blum beli dari pihak aku kasi dia 7 dulang berbalas 5 dulang dari pihak dia utk aku. Bekas hantaran pun blum ada tp aku nk warna gold dan silver utk dia dan warna black ngan silver utk aku.
Gift.......aku blum decide mak aku ckp kena le kasi buah tangan utk para tetamuyg dtg ke majlis aku nnt. Xde le ramai mana aku jemput sbb majlis sanding aku insyaAllah FEBRUARY br aku jemput semua org.

Ntah nape sekarang ni perasaan rindu aku membuak2 ukt dia. Ada kala kalau aku terlalu rindukan dia sampai hati aku sebak dan tiba2 jek bleh nangis. Aduyaiiii pelik aku dgn perasaan yg ada ni.

Dulu2 pun aku pernah gak bercinta tp xde le sampai tahap gaban camni. Aku takut gak seandainya perasaan itu cumalah seketika ataupun godaan yg dtg saja nk menjahanamkan aku...hahaha~

Tapi kita hidup kena selalu prasangka yg baik2 aje kan. InsyaAllah yg baik tu selalunya tuhan akan permudahkan.

Biarlah dia insan terakhir didalam pencarian hidup aku. Biarlh dia yg menjadi nakhoda didalam pelayaran ini mengemudi bahtera membelah lautan suka duka kehidupan ini. Biarlah dia yg menjadi teman dikala suka duka aku harianku. Biarlh dia yg menjadi papa kepada anak2 yg bakal aku lahirkan kelak.

Ya Allah kau permudahkanklah setiap urusan kami didunia dan diakhirat. ku jadikanlah kami diantara hamba2Mu yg soleh..Kau jauhilah kami dari sebarag kecelakan. Kau berkatilah setiap pekerjaan yg kami lakukan. Kau kejutkanlah kami tatkala kami tersasar dari laluanMu..Kau murahkanlah rezeki kami...sejahteralah hidup kami semua...amin ya rabbal alamin.

Friday, August 13, 2010

2 hari 1 mlm..

Tempohari aku pulang kekampung...xde urusan penting pun cuma aku ni jenis bila teringat atau terasa nk buat sesuatuaku harus buat. IsshHH!! so far xde le buat benda yg bukan2. Cuma aku takut kalau aku x buat aku akan rasa nyesal dikemudian hari itu aje. So kali ni aku balik sbb aku tiba2 rindu ngan mak abah aku...hahhaa bkn selama ni x rindu..aku igt depa tu selalu cuma rindu kali ni rasa begitu mencuit hati. So macam biasa aku balik sorang je..naik bas turun bas naik bas haa br sampai umah.
Aku sampai kt pekan kg aku...biasa le aku tepon mak minta suruh abah jemput aku kt stesen bas. Yang best bila mak aku tanya "balik sorang aje ke?"...adoiii buat lawak le plak mak aku nih"yelah mak..berdua nyer lambat lagi" jawab aku selamba je.
Macam biasa gak bila sampai umah ..yg pertama aku buat buka tudung salji. Ada ikan goreng..ada ikan masin goreng..sup sayur petola..sambal belacan..phewww! itu dah buatkan aku melantak sakan. Kalau kt KL ni jarang aku nk pandang sambal belacan ngan ikan masin tu...kekeke poyo le plak aku nih.
Petang tu aku lepak2 sambil tgk tv ngan mak abah aku. Tiba-tiba juga terkeluar pertanyaan kt aku pasal persiapan aku utk majlis aku December ni..mak tanya dah tahu ke warna apa nk pakai? baju nya dah siap ke? jemputannya mcmana? barang2 dah beli ke? jgn tunggu last minit semua tu..rancang dari sekarang kata mak aku lagi...sekali sekala abah aku pun menyampuk gak...yg ni nnt aku stori ok.Kemudian mak ajak aku p jln2 tgk umah baru yg hampir nk siap. Mak kata ini rumah saja2 je...utk lepak2..amboi mak aku nih...hahaha.

pondok-pondok
Aku x kisah apa pun asalkan orgtua tu seronok. Ala lgpun bkn aku yg kena keluarkan duit itu semua tu so buat apa aku nk bangkang plak kan. Lepas ronda2 tgk "tapak projek" ni...kitaorg p lepak kt benteng. Kalau kt kg aku tu namanya medan selera tp yg aku diberitahu raya nnt tempat makan ni akan berpindah. Aku harap tempat yg baru tu lagi bagus dan yg pasti berhampiran ngan umah aku...ahahhaa~
Dalam pada tu sempat juga aku menyinggah satu butik. Saja nk tgk apa kata survey dan aku rasa kt situ ok gak dan yang penting dekat xde ler buatkan aku rasa susah.
Malam nye mak aku ngadu pening2..kaki sakit...ermm apa lagi abah aku pun bebel le.."x yah nk buat2 keje dok diam2..kamu tu bkn sihat sgt.."
Biasa le kan bila dah berumur camtule. Ntah sok bila time aku camner le kan...ishh! sempat ke nk rasa hari tua??? InsyaAllah doakan aje.
So mlm tu aku buatkan nasi goreng utk abah...mak kata dia dah kenyang nnt kot dia lapar dia minum susu je. Aduhai dok kt kg ni terasa masa begitu lambat berlalu. kejap kejap aku kerling jam kt dinding..aik macam mati jek jarum jam tu...bisik hati aku. Dan juga jadi kebiasaan mak abah aku tdo awal lalu tinggal le aku sorang2 ngadap tv. Nak tdo mata blum mau pejam. Nasib baik le buah hati pengarang jantung aku tepon so ada le peneman aku malam tu. Tapi aku kesian jugak sbb dia ngan aku bkn dekat jauh siottt...sure bil dia melambung2 mcm tayar getah.
Adooiii...aku ni slalu camtu...kalau nk tido mlm pertama tu mmg susah sgt. Macam2 mmpi yg dtg...gerosss..lastly aku tertdo gak cuma tersedar jap bila mak selimutkan aku...kekeke ngada2 gak aku nih.
Pagi nya...aku sempat lagi mengintai kat butik semalam tu. Aku ni selagi x puas hati selagi tu le aku nk buat. hampir 5 jam aku kt situ sampai le abah aku tepon cakap dia nk mai ambik aku. So biler "jeneral" dah ckp camtu aku kena le akur...
Petangnya aku dah siap2 nk balik KL. Kira cuti aku cam x cuti le..ala2 penginapan 2 hari 1 malam mana ada rasa kan...sabor ajelah.
Perjalanan ke KL agak lama pesal tadi kt satu area tu ada buat sambutan apa ntah so jln raya mengalami kesesakan. Adoiii aircond bas ni sejuk nyerrr...grrrrr...aku tertdo tdo dibuatnya.
Sampai umah KL...kepenatan le plak cadang nk iron baju keje..nk basuh baju stok 2 ari lalu semua x jalan..sKrohhh..ZzzZZzz

Thursday, August 12, 2010

Jatuh Cinta??

JATUH CINTA??? ermm seringkali aku dgr org sebut benda tu..tp fahamkah apa ertinya??? lain org lain pengertian dan lg pun terpulang pada diri masing2 nk sebut apa nak faham apa.
Tapi bagi aku...jatuh cinta ni sesuatu yg berkait dgn hati dan perasaan. bila dekat rasa benci tp bila berjauhan semacam serba x kena hati....resah...gelisah bak kata org dulu mkn x kenyang tido x lena...siang rasa lambat berlalu. Tapi bila kita disisi sesorg yg bisa buatkan kita tersenyum...happy...ketawa x igt org lain..waktu tu kita rasa aduhaiiii! nape le masa itu berlalu dgn cepatnya. Padahal dah berjumpa seharian tp terasa baru setgh jam....Ha Ha Ha indahkn saat jatuh cinta ni.
Cuba klau putus CINTA.....bedebusssss! terasa tuhan itu x adil....terasa org sekeliling dengki dgn bahgia yg kita ada...merasakan apa jua disekeliling seolah begitu menjengkelkan.Masa ni br le terasa lapar asyik mkn je so x igt dulu badan ramping tp skrg badan mcm alahaiiiii.
Tentu tertanya-tanya nape le aku asyik bicara pasal CINTA kan???? pernah ke aku ni jatuh cinta ataupn putus cinta??? sebenarnya dah byk kali aku merasa kedua-dua nya. Putaran hidup ini terlalu adil buat kita.
Dan x salah klau aku kata yg sekarang ni aku sedang dilamun CINTA. Biarlah aku citer skit pasal CINTA yg aku ada skrg nih.
Segala yg berlaku sememangnya tanpa aku duga mahupn aku minta. Benarlah kata org...jgn kita terlalu mencari cinta kerna cinta itu akan dtg sendiri. Tapi kadang2 takut gak kot xde sape yg nk jatuh cinta kt kita kan...tp bersabar itu adalah baik utk diri. ha ha ha.
Okey berbalik pada CINTA aku ni rasanya ini bukanlah kali pertama aku merasa suka dan syg pd sesorg. Tp yg dulu tu dah berkubur tanpa batu nisan...buat pe nk letak batu peringatan kalau ianya menyakitkan hati. Lebih baik lupakan aje dan menanti yg baru. Mgkn jua bkn jodoh aku dan bukan rezeki aku agaknya kan.
So bila dah jadi "lone ranger" ni...aku dah jadi malas utk kenal atau dlm erti kata ada couple. Kalau ikut faktor umur mmg le aku ni agak2 begitu matang...tp klau dilihat pada peel kira aku ni happy go lucky..easy going...aicehh...prasan le plak.
So one day tu kt ofis...aku ada trima 1email. Bagi aku biasa...ala email biasa aje dan disebabkn masa aku byk terluang waktu tu dgn kegatalan jari jemari aku membalas...ala suka2 apa salahnya...kata hati aku le.
Opocott...hari seterusnya email dr org yg sama terpacul di dlm inbox aku....hehhee kegatalan jemari aku makin menjadi2 le plak...berbalas2 email gitu. Amboi siap tukar2 no tepon lagi. Tapi aku xde le jadikan satu pengharapan utk menjalinkan hubungan.
Habis email...berdering plak tepon aku. Saban hari ada je sms dari mamat tu. Aikkk! ni kes parah nih...bisik hati aku. Mana idaknya...dah le mamat tu jauh nun diseberang sana. Sekali sms...mak ooii bersen sen le aku.
X puas ngan sms mamat tu plak rajin tepon aku...iyelah org tepon berckp bertanya so aku jawab le x salahkan? Bila kerap dia tepon ringan plak mulut aku bertanya..."x mahal ke bil tepon ni?" konon nya aku ni prihatin le.
Dari email ke sms ke call....lama2 hati mula berdetik. Kalau nk ikut aku ni cam payah nk rasa "sumthing" camtu. Tapi aku buat2 dek tambah plak bila mamat tu asyik berbicara ttg msa depan. Betoi ke mamat nih? Waras ke aku? Camne kalau setiap kata2 nya itu adalah salah satu umpan dia?? Macam2 le lam otak aku kira otak aku bekerja keras memikirkan nya.
Didalam berbual tanpa mengenali wajah...byk kali juga aku dan dia bertegang urat..berselisih pendapat. Nak plak aku ni jenis cepat naik angin....angin sepoi2 manja gitu...
Apapun aku tabik spring toing! toing! kt mamat ni sbb dia brani dtg jumpa mak abah aku kt kampung demi menyatakan hasrat hatinya. Mak abah aku pun ok jek aku tgk...cam bleh trima le mamat nih. Inilah kali pertama aku berkwn...mak abah akulah org pertama yg aku perkenalkan dulu. Org kata restu ayahanda bonda ni penting dan aku begitu mengharapkan moga restu itu berkekalan sampai akhir hayatku.

Terima Kasih.

Salam to uols,
Terdahulu aku panjatkan doa dan terima kasih kepada Yg Maha Esa kerna aku masih bernafas ditika dan saat ini. Jua terima kasih aku pada mak dan abah yg x pernah bertanya atau membantah apa jua bait kata-kata yg aku lafazkan.
Dan pastinya terima kasih aku yg teristimewa buat kekasih hatiku "Aziman" yg menghadiahkan dlm erti kata lain aku yg minta hadiah net book ni. Aku sebut je tp dia yg bayor. Alahai begitu tersentuh hatiku atas apa yg dia lakukan.
Akhirnya kini pasti dan bukanlah rahsia lg yg mana boleh le aku menitipkan apa jua cerita..luahan baik kata madah pujangga disini...di blog aku sendiri. Macam x percaya tp percayalah inilah realiti dan bukan lagi fantasi.
Terima kasih sayang kerna menunaikan setiap permintaan aku.Terima kasih juga pada sesiapa yg sudi meluangkan masa membaca apa jua yg tertera diblog aku.