Sunday, August 22, 2010

Bukan Aku Tak Cinta...

Kringgg! Kringggg! telefon dipenjuru kanannya berdering. Lama dibiarkan. Senyap namun kembali menjerit memanggil minta dijawab.
"Hello! itu Azrin ke?" satu suara dicorong jelas kedengaran.
"Ya, Azrin bercakap. Siapa disana?"
"Rin..ini ayahlah. Dah tak kenal suara ayah ke?" suatu itu ketawa.
"Ayah ke itu? Tapi kenapa suara ayah lain saja bunyinya. Apa ayah sakit ke?" Hati Azrin gelisah.
"Tak ada yang serius cuma selsema dan batuk-batuk sikit. Ayah ingat nak jumpa Rin hujung minggu ni. Rin kerja?" soal ayahnya kembali.
Tangannya segera mencapai diari hariannya lalu dibelek satu persatu programnya.
"Minggu ini Rin free. Kenapa ayah?"
"Ada hal yang ayah ingin bincangkan dengan kamu. Nantilah kita bercerita ya. Ok teruskan kerja kamu."
"Baiklah ayah. Ayah jaga dri baik-baik ya. Assalamualaikum," Pesan Azrin sebelum memutuskan talian.

Petang sudah semakin hilang dan yang pasti malam akan menjelma. Namun bayangan Azrin belum jua kelihatan.Dihati Tuan Sulaiman mula berputik kebimbangan. Dia berjalan mundar mandir disetiap sudut rumahnya dan sesekali melepas pandangan kearah jendela.
Matanya liar memerhati kereta yang lalu lalang namun tiada satu pun memasuki ke perkarangan rumahnya. Selang beberapa minit kemudian sebuah kereta ford laser berwarna hitam meluncur masuk.
“Apa khabar,ayah?” Azrin segera mendapatkan ayahnya lalu mencium tangan ayahnya.
“Kenapa lambat sampai bimbang ayah dibuatnya.” Tuan Sulaiman menyatakan rasa bimbangnya atas keselamatan anak gadisnya itu.
“Maaf ayah. Jalan jem sebab di simpang tiga tadi ada pokok tumbang menghalang jalan. Kebetulan pula disitu line telefon susah nk dpt. Maafkan rin ya ayah.” Pujuk Azrin.
“Susahlah. Kau dah makan? Mari makan dengan ayah. Mak munah ada masakan lagu kegemaran kau.”
“Ayah,makanlah. Rin belum lapar.”
“Jangan asyik kerja saja. Kalau badan sakit nanti kerja tidak jadi kau juga yang susah. Sekarang ini ayah tengok kau makin kurus. Dah tu mata pun dah cengkung. Banyakkan rehat tukar angin sekali sekala.” Rungut Tuan Sulaiman.
Azrin segera menarik tangan ayahnya ke meja makan. Dia tahu kalau dibiarkan akan berpanjanganlah leteran ayahnya itu.
Malam menjadi begitu sepi tanpa nyanyian sang cengkerik. Namun begitu matanya sukar untuk dipejamkan. Dia bangun dan berjalan menuju ke beranda. Hatinya menjadi pilu bila teringatkan arwah ibunya. Kini sudah hampir 12 tahun ibunya pergi tanpa sempat untuk dia merasai sepenuhnya kasih sayang seorang ibu. Mengapa terlalu cepat Kau mengambil dia dari hidupku....bisik hati kecilnya.
“Jauh termenung anak ayah seorang ini...dah sampai kemana? Jepun? Paris? tegur Tuan Sulaiman. Azrin tersentak dan tersipu malu ketika dihampiri ayahnya.
“Ayah belum tidur lagi?” Azrin memandang ayahnya.
“Dah tidur tadi tapi tiba-tiba bila tersedar terasa haus pula. Dan Nampak kau disini.”
“Kenapa? Ada sesuatu yang merunsingkan kau?” Tanya ayahnya pula.
“Tidak. Cuma saja rin nk rasa udara malam didesa berbanding udara di ibukota.” Azrin cuba berselindung dari ayahnya.
“Ermm..jangan disedut banyak udara itu nanti kembung pula perut kau. Ayah masuk tidur dulu.” Azrin ketawa sambil memandang ayahnya yg bergerak menuju kekamarnya.

Setelah bersiap pagi itu Azrin terus bergegas menuju kearah ayahnya yang sedang menikmati sarapan pagi.
“Lena kau tidur semalam, rin?’ Ayahnya bertanya sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi dimeja makan. Dia tersenyum sambil mengangguk kepala.
“Tapi kenapa mak munah tidak kejutkan rin?” Mak munah memandang kearah Tuan Sulaiman. Sudah 25 tahun dia bekerja disitu sebagai pembantu rumah sebelum Azrin dilahirkan lagi.
“Ayah yang melarangnya.Ayah tidak mahu mengganggu tidur kau.Lagipun kau perlukan banyak rehat.” Pantas jawapan terbit dari mulut ayahnya.
“Betul itu, rin perlukan rehat. Mak munah tengok rin pun dah makin kurus.” Sokong Mak munah pula.



bersambung....