Thursday, August 19, 2010

Yg mengundang pelbagai rasa...

Ermm…lumrah kehidupan beginilah awak…ada masa kita berkata2…ada waktu kita pula diam seribu bahasa.

Andai apa pun sikap dan perilaku kita diharap semua tu x pernah mengundang rasa ketidakpuasan dihati teman2.
Kalau dulu bila nk sambut puasa…kitalah org yg paling sibuk disisi bonda…mula merancang menu utk berbuka.
Bila dah masuk pertengahan puasa…kitalah juga org paling sibuk…buka buku resepi…tp rasanya ntah le..
Bila dah kian ke ujung puasa…kitalah juga yg paling sibuk mencari membeli baju raya..
Bila puasa tinggal lagi seminggu…kitalah juga yg paling sibuk…mula mencari buluh untuk dibuat pelita…pasang pelita keliling rumah..semua terang benderang.
Bila esok atau lusa nk raya…kitalah juga yg paling sibuk…daun ketupat nk dianyam...nk direbus….lemang nk dibakar…langsir nk ditukar…baju raya nk diseterika…
Bila di pagi raya…kitalah juga yang paling sibuk…pagi2 lagi dah bangun…siapkan juadah utk semua….ziarah kubur atuk..nenek..saudara mara
Bila abah pulang dari solat raya…ketikalah kita juga sibuk beratur adik beradik..dpt duit raya…
Bila masing2 saling bermaafan...airmata menitis dipipi..ketika itu tiada lagi rasa malu atau segan 

ARGHhhhhhh!!!!! Itu semua dah berlalu….
Kini semua dah kurang bermakna bagi kita…selepas 10 tahun…semua nya dah berlalu…
Kini kita x tahu bagaimana nk hadapi…walau kita faham erti kehidupan perlu diteruskan…tapi hati kita tetap sebak.
Kini…ikhlas dari hati kita ckp…semua tu terlalu sunyi dan asing bagi kita…bilamana bonda pergi x kembali.
Dan yang pasti ramadhan akan terus membuatkan hati kita dipaut pilu…seolah aku berada didunia yg.. 

Ermm….