Friday, October 28, 2011

Teman @ Kawan @ Sahabat

Apakah erti sebenarnya persahabatan itu?
Adakah cukup dengan hanya mengenali dan menjadikan sesorang itu hanya tempat untuk bergurau senda atau berkongsi masalah?
Apa yang dikatakan teman...kawan...sahabat?
Kalau nak diikutkan aku pun x dapat nak memberi penjelasan erti tentang teman..kawan mahupun sahabat.
Aku percaya setiap orang mempunyai pandangan maksud tersendiri. Biarlah apa jua tanggapan orang atau istilah orang tapi ini apa yg aku rasakan untuk ketiga2 nya..

Teman...
Bagi aku ianya bermaksud seseorang yang boleh kita berkongsi pendapat..pandangan..bercerita apa jua mengenai seharian kita tetapi bukanlah sesuatu yang begitu kearah peribadi hidup kita. Malah ada ketika mereka ni bukanlah pendengar yang baik...hehe

Kawan...
Ermm..mungkin lebih kurang sama saja dengan pengertian teman yang adakala boleh menjadi lawan atau pun kawan yang baik cuma ianya bukanlah yang terbaik. Cam pepatah ada mengatakan "jangan jadi kawan yang makan kawan"

Sahabat..
Mungkin ini yang perlu kita ada atau kita miliki. Sesorang yang sentiasa berada disisi kita walau suka mahupun waktu duka mengundang. Bak kata orang susah senang bersama sama.

Malah dizaman Rasullah S.A.W juga ianya disebut sahabat Rasullah iaitu yang sanggup bersama waktu susah dan senang...xde pula aku terbaca disebut teman atau kawan kan. Sekiranya pernyataan aku salah mohon dibetulkan yer...sesungguhnya itulah yang dinamakan sahabat yang akan menegur dan memberi nasihat...