Wednesday, December 29, 2010

Minggu buzy aku...

Dalam 2..3 arini aku agak jarang mengadap blog aku. Bukan ketandusan idea atau xde apa yg nk aku coretkan tp cuma keadaan dan situasi aku yang x brape nk beri keizinan.
Mana idak nya isnin lepas abah ngan emak dtg ke KL sbb abah aku tu terlalu excited nk p HAT KL...ala hospital tentera yang aku habaq aritu.
So biasa le bila org tua ada kat umah macam2 aktiviti le macam2 citer nk citer dn aku secara x langsung memegang jawatan jururawat khas kepada abah. Ha Ha Ha~
Lagipun abah dah cakap yang dia nk ke HAT dgn aku so terpaksa le aku berkorban masa utk abah. Nasib baik jugalah buat masa ni bos aku sedang bercuti so dapat le aku curi2 masa yang ada menemani abah ke HAT.
Pagi2 lagi aku dah bersiap untuk bawa abah ke HAT dengan bantuan sepupu aku yg juga kebetulan sedang bercuti. Sampai di HAT, aku beratur mengambil nombor giliran.
 Aduhaiiii aku plak yg pening ngan sistem giliran kt HAT ni...sekejap no 7020 kemudian 7012 lepas tu 7018....aikk itu macam le plak  yer...konpius mak nyah.
Nasib le aku p ngan akak so ada le teman berborak sambil gossiping. Abah pun dok tanya kt aku pesal nombor lagu tu. Jawapan aku senang je...sabar yer ...sabar.
Setelah sekian lama tunggu hampir sejam lebih skit nombor 7023 pun berkelip2 dan aku membawa abah ke bilik 2. Memasuki ke bilik rawatan...Mejar (Dr) Syahira yang merawat abah aku. Aku merangkap kepada PA abah pun menjalankan tugas dgn peuh dedikasi. Aku yg byk bertanya itu ini..iyalah abah aku tu dah makin pelupa dan ditambah plak pendengarannya kurang jelas jadi aku ni org penting abah. Dr Syahira beri penjelasan dan meminta abah dtg keesokkan hari untuk diambil darah dan sejenis ubat disuruh ambil.
Selepas itu aku membawa abah dan yg lain menghala ke tempat mengambil ubat. Dari bilik primier kena berjalan menuju ke bangunan lain di tingkat 3. Aku mcm biasa bertanya je sebab aku x familiar area HAT. Nasib ada mamat seorang ni mgkn dia berkerja disitu memberi tunjuk arah pada aku. So setelah berpimpinan tangan dengan abah sampai ke farmasi...macam biasa ambil nombor giliran dan tunggu lagi...

Proses nombor difarmasi ni pun sama ngan tempat rawatan..asyi meloncat2 je nombor nye...penat sih. Bila tiba nombor aku...aku terus menuju ke tempat panggilan. Penerangan diberi dan aku beredar dengan muka yang cuba menahan dari ketawa. Abah dan akak bertanya kenapa bila melihat aku sebegitu. Dan aku pun cakap le ubat utk abah cuma 6 biji tapi aku kena tunggu masa selama 45 minit hanya sekadar 6 biji ubat.
Memang aku ketawa besar dan besar le. Lepas hantar abah balik aku menuju ke ofis...buat keje ala kadar je.
Sok pagi aku teman abah ke HAT lagi untuk ambil darah dan check air kencing. Lusa pula aku akan pergi bawa abah untuk buat ECG...mmg minggu ni aku betoi2 agak cam buzy....ermmmm....

Saturday, December 25, 2010

Doa - Rahimah Rahim

Siapa kita untuk...

Bila perancangan yang kita rancang dan inginkannya sukses seperti yg kita idam TAPI bila tiba saat itu ianya menjadi sebaliknya lalu jgn lah kita berputus asa atau berprasangka buruk kerna setiap yang terjadi itulah yang terbaik utk diri kita.
Bukankah Allah itu Maha Mengetahui apa yg bagus untuk hambaNya. Mungkin bila kita bahgia atau suka kita jarang sekali mengingati Dia lalu mgkn kerna Dia marah dgn sikap kita dan kita dihadiahkan sebegini rupa. Merasa kesakitan..hidup dalam kesedihan...hati gundah gulan...kecewa dgn apa yg dimiliki dan selalunya bila kita ditimpa musibah barulah mulut menyebut namaNya...fikiran sentiasa mengingatiNya...hati selalu terhadapNya. Malah aku jua tergolong dlm golongan sebegitu..sering alpa dgn putaran nikmat dunia hingga ada ketika aku lalai dgn tanggungjawab yg terbeban dibahu.
Ya Allah...Kau Maha Mendengar Maha Melihat Maha mengetahui....ku pohon padaMu ya tuhan...janganlah Kau bebani aku dengan sesuatu yang tak mampu utk aku hadapi. Sesungguhnya diriku tak mampu untuk menghadapinya lagi. Betapa diriku terlalu lemah lalu ku mengharapkan agar Kau hadirkan seseorang yang bisa memimpin aku...yang bisa mengajar aku...yang akan selalu menjadi imam di saat aku sujud padaMu. 
Ya Allah...mungkin aku tidak layak untuk meminta namun kutahu bahwa Kau Maha Pengasih Maha Penyayang...tebarkan sedikit sinar kedamai sinar kebahgiaan didlm hidupku disaat ini agar aku bisa terus menghambakan diriku padaMu selagi hayatku masih ada....aminnn!!!

Seharian bersama famili

Walaupun hari ini hari jumaat tp ofis aku dah tutup so kira aku pun cuti le. Tidur aku pagi tadi dikejutkan dgn panggilan dari mak. Nasib baik time tu aku dah bangun2 kucing so bila bercakap tu xde le suara cam org banguntidur terkejut.
Soalan mak dah aku jangka...pertanyaanya bila nak jemput abah dtg ke KL?...aku sebenarnya buntu dan hati aku sedih. Maaf yer mak sbb aku berbohong tadi dgn mengatakan yang En.MS masih sibuk dgn keje nye. Aku minta mak yg beritahu abah supaya sabar tunggu yg aku akan balik nnt.
Bukan aku x mahu bercakap dgn abah tapi aku x sampai hati...iyalah aku ni bila berjanji selalunya menepati tp bila dah begini jadinya aku rasa begitu serba salah. Maafkan aku wahai abah dan mak...aku terpaksa!
Aku ni bila hati dah resah mula le fikir yang bukan2...macam2 le yang nak aku buat diluar kemahuanku. Teruk juga perangai aku kan.
Nasib baik lepas aku siap bancuh air utk sarapan pagi tiba2 akak mengajak aku ke Carrefour...untuk melihat barang katanya. So apalg terus aku bersiap...bagus juga jika ada org bersama so xdelah aku buat benda yang bukan2.
Aku dn yang lain2...luqman..anak buah aku dan akak aku yg lagi seorg pun ikut juga. Kami naik teksi terus ke Carrefour Wangsa Maju.
Sampai sana terus pergi makan dulu sementara luqman sibuk bermain di playground kt situ. Selesai makan masing2 terus window shopping dan aku cam biasa masuk ke kedai yg jual brg2 perkahwinan. hehehee~
Penat berjalan aku terus ajak mereka nonton wayang kt Wangsa Walk. Apalg depa tu ikut je...i followwww. Amboiii ramai betoi org dok beratur nk beli tiket kt cinema TGV ni..so show movie kul 5.30 pm.
Sementara tunggu show time kami lepak2 kat Roti Boy corner sambil makan kacang rebus..makan buah berangan..minum hot choc...mocha....sedapnyeeee..
So movie yg kami nengok adalah "Hantu Kak Limah Balik Rumah"....hehhee cer citer...arahan Mamat Khalid. Lawak le juga sampai aku syik dok ketawa je jadinya lam panggung tu. Layannnn zassss..
Abis movie bila timekuar panggung si kecik luqman tertinggal beg silang yg aku beli sblm masuk panggung. Bila patah balik dok cari dah xde beg tu....ermmm melepas le nampak gaya nyer.. :(( xde jodoh le kan.
Singgah makan kt gerai tepi Sri Pelangi...aku rasa setiap 15 minit sekali aku syik dok kerling je kat handphone aku kot-kot le ada miss call ke sms ke dari En.MS tapi hampa xde pun...uwaaaa ;((
Sampai diumah..nengok plak "Anugerah Skrin 2010" kt TV3 tp cam hampreeess je xde nyer berprestij...aku rasa baik layan ultraman si luqman lagi baguih.
Sementara nk nunggu mata ni lelap...aku pun buat2 le bz yg ntah apa2 tp kat otak aku ni syik dok pk pasal En.MS je...ishhh nape le ngan nasib aku ni kan...cer cite...~

Wednesday, December 22, 2010

Resah hatiku

Hari ini dah masuk hari ke4..En.MS sepi tanpa sebarang berita. Tiada sms ataupun panggilan telefon darinya. Aku tiba-tiba ingin menangis...airmata dah bergenang dikelopak. Bila aku bersendirian aku berbisik pada diri aku sendiri...apa yang sedang berlaku sekarang? mengapa tiada panggilan mahupun sebaris sms yang dikirimkan? Mengapa harus membuatkan aku tertanya-tanya sebegini?
Ini bukan kali pertama aku mengalami keadaan sebegini...mengapa mesti ada rahsia antara kita. Ahhh kalau aku menangis atau meraung sekalipun tiada siapa yang akan tahu ataupun mengambil tahu.
Aku x menggemari situasi yang sebegini. Tambahan diwaktu aku benar-benar inginkan En. MS disisi. Tapi apakan daya aku dan sememangnya aku tiada daya untuk menghalang apa jua yang bakal terjadi. Maka aku harus redha akan takdir buat diri aku.
Aku dah semakin berputus asa untuk semua ini. Untuk apa jua yang ingin aku miliki atau bakal aku miliki. Mungkin semua ini bukan untuk diriku. Mungkin hanya aku yang begitu menyimpan suatu impian yang entah kesampaian atau hilang separuh jalan.
Tuhanku...jika semua ini bukan milikku yang abadi maka Kau ambillah semuanya...hilangkan dari penglihatan dan ingatanku. Mungkin semua ini adalah suatu hukuman untuk setiap dosa yang telah aku lakukan.
Aku sudah x mampu untuk menghadapi semua keresahan dan pertanyaan hati malah ada kala aku buntu didalam setiap percaturan yang aku alami.
Oh hati...usah berduka usah bersedih...maafkn diriku kerna selalu membuatkan dirimu disakiti. Akan kujaga akan kubelai agar kau sentiasa gembira tatkala duka itu menjelma.

Monday, December 20, 2010

Hospital Gerik

Pagi tadi jam 9...aku, emak, abah, yin dan kak asmah pergi bawa abah ke Hospital Gerik untuk rawatan susulan. Yin anak kak asmah yang bawa kereta...bila aku fikirkan mnyesal pun ada sbb lesen aku blum lagi penuh tapi pada masa yang sama aku pun bersyukur gak sbb xde lesen. Iyalah karang kot ada lesen berdezup plak aku bw kete ntah kemana p nyer...hehhe


So sampai kat Hospital jam 10 pagi...hujan gerimis. Aku terus menuju ke klinik pakar untuk bertanya. Surat dari Hospital Taiping segera aku tunjukkan pada Misi yang bertugas.
Aku diminta membawa abah ke tempat ambil darah. Selesai ambil darah kena pula tunggu hampir 2 jam utk mendapatkan keputusannya. So apalagi kami terus mencari kedai makan dan terus ngapppp!
Jam 12 tghari kembali ke makmal dan terus mendaftar di JPL a.k.a Jabatan Pesakit Luar...hahaa jenuh aku tercari apa le makna JPL tu tp berjaya jua aku temui jawapan tanpa pertolongan sesiapa. yessss!!!
Bila angka giliran sampai aku teman abah berjumpa doktor. Aku bertanya itu ini...macam2 le. Iyalah sekurangnya aku faham dan aku bleh terangkan pada abah.
Selesai jumpa doktor...ambik ubat..biasa le kan proses kt hospital camtu le. So sabar ajelah sbb byk masa dan kesabaran yang amat diperlukan bila berada di Hospital...
Mohhh le kita gerak balik...pala aku dah semacam ponin ni...bisik lam hatiku le...ngeee :))

Sayu hatiku

Aku tiba dikampung semalam bersama En.MS...terima kasih syg sbb sudi hantarkan aku pulang ke kg. Hahaha klau ikut perancangan En.MS cuma hantar aku ke Ipoh saja tp entah kenapa tiba-tiba katanya xpelah dia terus ke Kuala saja. Aku xde hal..lagi le aku suka
Tapi tub! tub! tatkala sampai simpang kanan ke Kuala...En.MS terus memecut laju keretanya. Ehh! ehh! aku siap tanya...nape x belok ke kanan? tapi En.MS cuma tersenyum so aku tergelak sakan.
Amboi begitu hebat nya panahan asmara ini kan. Kita akan sanggup lakukan apa saja untuk insan yang kita sayang. Terima kasih syg...betapa aku begitu memerlukan En.MS didalam hidupku.
Bila aku sampai dirumah...mak tersenyum sinis. Yelah sbb tadi aku beritahu mak yang aku balik sendiri tapi tiba-tiba ada pula penemannya...ngeeee aku tersengih.
Hampir sejam En.MS dirumah aku...dia bergerak balik kerumahnya di Teluk Intan. Untung jua yer sbb jarak rumah aku dan dia xdelah jauh sgt pun.
Malamnya aku ke rumah Mak Yu...rumah mak saudara aku. Dalam blog yg lalu aku ada cerita ttg Mak Yu.
Alhamdullilah Mak Yu semakin sihat. Kaki tangannya yg x dpt digerakkan dulu semakin boleh bergerak. Cuma pertuturannya saja yg membuatkan aku masih sukar untuk memahaminya. Namun dari gerak geri tgn nya bercerita sedikit sebanyak membuatkan aku mengerti dengan apa yang ingin Mak Yu sampaikan.
Mak Yu cuma terlantar diatas katil dan bila aku bersalam ngan Mak Yu...dia menitiskan airmata dan akhirnya aku juga begitu menangis sambil memeluknya erat.
Tangannya kuurut perlahan...ubun kepalanya kuusap. Mak Yu sudah kuanggap seperti mak aku selepas mak aku pergi buat selamanya.
Kulihat gerak bibir Mak Yu dan bahasa isyaratnya...dia mahu aku menjaga diri..ditambah pula diri aku yang pernah dilanda sakit. Aku menangguk faham...airmatanya kukesat. Dan kukabarkan padanya..."Mak Yu jgn risau...jgn fikirkan yg bukan2...kami semua tahu jaga diri. Sekarang ni Mak Yu kena rehat tau...yelah dulu Mak Yu asyik keje je...masa rehatnya takde. Dah jgn pk pasal keje...rehat tau...kami sentiasa doakan Mak Yu sihat macam dulu..insyaAllah kan" Aku memeluknya namun airmata yang kuseka kembali mengalir deras.
Aku diberitahu yang esok paginya Mak Yu akan pergi ke Sg Petani dirumah anaknya, cik ani. Entah bila lagi dpt aku berjumpa dirinya. Aku berdoa moga diri Mak Yu akan kembali sihat.

Thursday, December 16, 2010

Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan

Tadi pagi aku bersama adik telah pergi ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju Sek 2. Kalau nk diikutkan dari tempat tinggal aku di Setapak...ianya xdelah jauh sangat.
Kami pergi menaiki teksi dengan bayaran RM6.30. Inilah kali pertama aku jejak ke tempat itu. Sebagaimana yang aku tahu ianya masih boleh dikategorikan masih baru.

Aku dan adik berjalan kearah cik abang yang segak bergaya berdiri tegap ditepi bilik pengawal. Kalau malu nak bertanya nnt sesat jalan...ala lagipun kalau bertanya xde nye rugi apapun kan.
Mesra betoi cik abang ni menjawab pertanyaan aku...baguslah begitu dan harapnya sikap sebegitu sampai bila2 kan.
So lepas tu aku terus menuju ke tempat yang dimaksudkan. Alamak...kt lam klinik ramai le plak org nya...ada yang agak berumur dan ada juga yg berseragam....opss sakit ke cik abang..bisik hati aku..ala saja nk cover gabra aku tu.
Aku dan adik menuju ke kaunter dan segera beberapa soalan aku ajukan.
"Ayah dulu ex-service ke?" soal Sister. Aku ckp sister sbb cik abang kat kaunter tu panggil camtu kt misi so aku ikut je le.
"Yer...ni salinan kad tentera dia." jawab aku sambil hulur salinan tu.
"Ada bawa ayah sekali?" tanya Sister tu lagi. Aku menggeleng dan ada soalan yang aku tujukan.
"Kalau bawa ayah sekali lagi senang...boleh terus jumpa doktor. Sebab pesakit tu yang penting." jawab Sister.
"Kita buka dari jam 7.30pg sampai 4.30 ptg...so dtg waktu tu yer."
Aku dan adik angguk2 dah macam burung pelatuk le plak. hehehe.
Selesai pertanyaan dan faham aku dan adik bergerak keluar dari tempat itu.
"Terima kasih yer encik." ujar aku dan adik tatkala kaki kami  melangkah keluar dari pintu pagar. Cik abang tu tersenyum sambil mengangguk.
Segera aku menahan teksi yang kebetulan lalu disitu dan terus menuju ke KLCC. Kitaorang masih ada kerja yang menanti di pejabat.

Radja - Maaf

Wednesday, December 15, 2010

Discharged

Semalam tengahari sis aku yang kitaorg telah amanatkan untuk menjaga abah di wad telah menalipon kasi tahu yang abah aku dah boleh keluar wad ptg nyer.
Alhamdullilah...syukur padaMu.
So sis aku sms lagi...katanya dah sampai umah...he he he...bagusss...

Monday, December 13, 2010

Alhamdullilah...terima kasih diatas doa2 kalian

Alhamdullilah semalam agak lewat mlm aku terima panggilan dari doktor mengatakan yang abah akan ditukarkan ke wad yang biasa. Ini bermaksud bukan lagi akan berada didalam wad CCU a.k.a Unit Rawatan Jantung. 
Aduhai...terasa agak kelegaan dihati...syukur ke hadratMu Ilahi kerna Kau sering memperkenankan doa2 kami.
Tapi sewaktu aku menerima panggilan dari doktor ketika itu benar2 membuatkan hati aku resah dan sedikit ketakutan.
Iyalah siapa tahu kan segala berkemungkinan..setiap panggilan biasa menyatakan apa jua cerita. Tapi alhamdullilah ianya suatu berita yang gembira pada diri aku dan yang lain.
Jam 5 ptg...bila aku menjenguk abah diwad C4...dia bertambah sihat dari ketika di wad CCU tempohari. Bila abah kian boleh ketawa dan tersenyum...selera makan agak bertambah hati aku keriangan.
Adik aku ada saja membuat lawaknya yang bisa mengundang ketawa dari abah. Tadi agak byk juga abah makan...mula2 makan buah..kemudian adik menyuapnya bubur...selepas itu aku pula suapkan putu mayang..adik buatkan abah air milo...akhirnya abah cakap...ermm dah kenyang dah...alhamdullilah.
InsyaAllah semua akan bertambah pulih seperti biasa..itu yg sering aku doakan saban hari. Jua terima kasih pada teman2 semua yang turut mendoakan kesejahteraan abah aku. Semoga doa2 itu dikembalikan pada kalian.
Malam ini mungkin tidurku akan menjadi sedikit lena dari 3 hari yang lalu. Terima kasih jua buat En. MS yang sudi datang menemani aku diketika ini. Sesungguh aku begitu mengharapkan akan sokongan dari dia. 
En.MS.....sayang dan rindu aku insyaAllah buat dirimu selamanya...amin!!

Saturday, December 11, 2010

Dugaan dtg lagi

Aduhaiiii...adakah itu tandanya aku mengeluh apabila setiap kali diri aku ditimpa musibah??? Kalau ia...maafkan aku kerna tidak pernah terniat dihati aku untuk begitu cuma sering kali aku terfikir mengapa diri aku sering didatangi permasalahan itu.
Namun aku bersyukur padaMu Ya tuhanku kerna bila diriku ditimpa malapetaka ketika itulah hati aku mula mengingati betapa hebatnya kebesaranMu Ya tuhanku.
Kau bisa membuatkan seseorang itu menitiskan airmata untuk perbagai cerita tidak kira suka atau duka. Dengan sekelip mata apa jua yang Kau inginkan akan terlaksana. Dan pasti hamba sepertiku tiada daya untuk menahan dan hanya mampu berserah dengan apa jua ketetapanMu.
Semalam tanggal 9 Dec....aku agak sibuk diofis...kesibukkan kerna diriku diantara mereka yang harus menyiapkan budget tahunan. Terima kasih kerna diri aku diberi kepercayaan sebegitu.
Waktu lunch terpaksa aku biarkan berlalu begitu saja. Cuma sekali sekala aku mengacau teman-teman yang begitu asyik membuat kerja.
Iyalah bayangkan jika korang harus duduk selama 7 jam...x kah boleh membuatkan punggung korang semua naik kematu??? ha ha ha
Ini kali pertama aku menyiapkan budget so byk yg perlu aku belajar dan bertanya. Ada waktu otak aku menjadi kabur dengan angka-angka yang tertera di skirn komputer aku. Cabaran betoi nih.
Bila tiba masa untuk aku bentangkan budget semua agak kelam kabut...iyalah ada boss yg perlu pulang segera..ada pulak yg ada hal yang harus diutamakan so untuk aku dipendekkan.
Oppss...perut aku berbunyi berdondang sayang...amboi bukan main meriah lagi kan. So menu nasi ayam penyet menjadi pilihan walau ianya agak lewat utk masa makan malam aku yg sepatutnya le kan.
Selesai makan aku kemabali menyiapkan apa ygharus aku siapkan. Jam 11 malam aku harus pulang...terasa begitu penat seharian mengadap angka-angka yang sentiasa bertukar-tukar.
Dalam perjalanan pulang tiba-tiba aku menyedari bahwa beg duit aku tiada di dalam beg sandana aku.Puas aku berfikir dan hati aku kuat mengatakan yang aku tertinggal didalam drawer.
Kukira dalam 1/2 jam sesampai aku dirumah aku dikejutkan dengan satu panggilan dari adik bongsuku. Katanya abah mengalami sakit dada dan dihantar ke hospital berhampiran. Tersentap aku sekejap dan mula membuatkan hatiku tidak senang duduk.
Setelah berbincang dgn adikku lalu kami membuat keputusan untuk ke hospital pada seawal pagi keesokkannya. Terpaksalah aku segera ke ofis untuk mengambil dompet yang tertinggal.
Pada awal pagi esoknya aku menerima sms mengatakan yang abah dihantar ke hosipital Taiping untuk rawatan selanjutnya.
Bagi aku jika bertukar hospital sudah pasti kes nya gak berat. Dan aku panjatkan sekudus doa moga abah kembali sihat seperti biasa.
10 Dec...jam 8.45 pagi....dari Hentian Duta aku bersama adik beradik yang lain bergerak menaiki bas menuju ke Taiping.
Hampir jam 12.30tghari sampai di Hentian Kamunting terus menaiki teksi ke Hospital.


Sesampai di wad 2A CCU ramai sanak saudara yg ada.
Cuma ketika itu doktor tidak membenarkan ahli keluarga datang melihat abah secara beramai. Hanya 2 pelawat dibenarkan dengan masa lawatan yang agak terhad.
Bila tiba giliran aku dan adik masuk melawat...aduhaiii terasa sayunya hati terasa bagai dipagut kesedihan bila mana mata ini melihat diri abah.
 Aku menyalami tangan abah...kukucup ubun rambutnya. Dihati aku berdoa moga kesihatannya makin pulih. Selepas itu masing-masing bergilir melihat abah. Mungkin kerna abah bekas tentera lalu abah berjaya menyembunyikan kesakitannya.
Aku menyuruh emak pulang kerumah kerana aku juga risau melihat keadaan emak yang juga agak kurang sihat.
Malam ini biarlah aku dan adik bermalam disini...kami mencari tempat bermalam dikawasan berhampiran. Kedua abang aku dan juga keluarganya turut bermalam dikawasan berdekatan.
Aku berjumpa doktor yang merawat abah dan sedikit penerangan tentang kesihatan abah diberikan. Menurut doktor..ini adalah kali pertama abah mengalaminya yang dipanggil serangan jantung. Doktor meminta perhatian dan penjagaan yang lebih terhadap abah dimana abah harus menjalani rehat yang cukup...jgn ada tekanan pada drinya...jgn biarkan hatinya bersedih atau pun susah hati. Aku mengangguk lalu aku menurunkan tandatangan pada helaian yang diminta.
Ya Allah aku bermohon padaMu semoga kesihatan abahku kembali pulih seperti sediakala. Aku jua mohon Kau peliharailah dirinya sentiasa...aminn

Tuesday, December 07, 2010

Baju dah siap!

Petang tadi aku ke pandan mewah p ke kedai Cozy Tailor. So apa lg p ambik baju yang aku tempah aritu le. Aku dah cuba kt kedai tadi kira ok le. Ala nk vouge camner kan ni kira biasa dah le. Sekurangnya baju tu aku bleh pakai klau ada majlis lain.
So kat bawah ni adalah baju yang telah aku tempah aritu...he he he~
Tapi kot biler tiba masanya hati aku x berkenan nk pakai aku beli je yg lain yg dah siap. Biasa le kan aku ni pun peel lain skit. Harap xde le camtu jadinya.
Sekarang ni tunggu En. MS jer yg perlu ditempah bajunya. Tapi baju untuk En.MS ni senang je aku rasa...iyalah baju melayu untuk lelaki...kat kedai mana2 pun bleh ditempah tp jgn p kedai basikal plak.
He he he~

Monday, December 06, 2010

Doa dan Harapan

InsyaAllah kita bakal melangkah ke tahun baru 1432 Hijrah beberapa jam lagi. Semua org sibuk mempunyai azam utk tahun baru. Semua sibuk membaca doa2 akhir tahun dan juga awal tahun.
Aku pun terdiri didalam golongan itu dan yang pasti doa dan harapan aku terlalu menggunung tingginya. Aku x pasti samada ianya bakal termakbul atau dibiarkan seketika. Tapi aku yakin yg Allah itu Maha mendengar Maha mengetahui apa yg kita hambaNya tidak tahu.
Ya Allah...aku antara hamba2Mu yang terlalu kerdil...yang sering alpa dan lalai dgn tanggungjawab yang Kau amanahkan buat kami. Terlalu malu terlalu takut kerna aku masih meminta dari Mu sedangkan aku jarang menunaikan apa yg Kau perintahkan.
Ya Allah...sesungguhnya Kau Maha Pengampun Maha Mengasihi...lalu kumohon kusujud pada Mu kasihanilah aku tebarkan sedikit nikmatMu pada diriku. Kumohon Kau permudahkan urusan kami untuk menghalalkan perhubungan yang terbina ini.
Ya Allah...murahkanlah rezeki kami....semoga kami bahgia hingga akhir hayat...semoga kami sentiasa mendapat keredhaan dariMu.
Ya Allah...tiada pada yang lain aku memohon hanya padaMu Yang Esa. Tolonglah kami ...bantulah kami..
Ya Allah...sesungguh kami menyayangi antara satu sama lain dan hanya takdir dariMu yang bisa memisahkan kami. Lalu kami mohon akan belas ikhsanMu agar ikatan kami disatukan dan kami memohon jua agar Kau hadirkan putera dan puteri sebagai penyeri kehidupan kami kelak.
Ya Allah...kami tidak layak untuk mencium bau haruman dari syurga tapi kami juga takut untuk menghadapi bara dari neraka...sesungguhnya yang terbaik utk dariMu dan yang serba kekurangan itu dari kami...aminn!

Doa akhir tahun dan awal tahun



DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakanaku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"  


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan  dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


 

  

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang terkutuk, dari sekalian kroni-kroninya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan dari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak bermanfaat daripada mendekatkan diriku kepadaMu. amin...


Maaf yer bos..

Hari ini hari Isnin..selalu org kata "Mood Monday Blues" tapi bagi aku hari-hari blues...hahaa. Ofis agak sunyi sebab ramai yang bercuti...ala selalu pun mmg camni bkn setakat Isnin je kan.
Tapi iyalah sok 1 Muharram 1432 so cuti lagi....jadi ramai yg sambung cuti. Ermm kalau ikut hati aku pun nk cuti gak tp apa kan daya cuti aku dah keHABISan...uwaaa :(( kalau nk gak cuti potong gaji je.
Aper MC??? ishh kot MC tu aku akan guna bila aku betoi2 dlm kesakitan yg amat sangat. Kot klau suka-suka nk MC memang x le aku nk ambik.
Alahai bukan nyer sbb aku ni poyo bagus ke apa tp sbb aku tahu erti "sakit " itu apa. Cukup le dulu-dulu aku terlantar sebulan lebih...nk buat apa pun terhad...nk makan itu ini kena ikut jadual....keinginan kena pendamkan. So skrg ni aku kena le betoi2 jaga kesihatan..moga sentiasa sihat
Ermm...arini kt ofis..x banyak keja nk buat. Untuk stok Dec aku dah siap order..Puan pun dah approve. Tunggu je barang-barang sampai. Budget plak Ms.Bos aku tolong check kan...lagipun aku rasa cuma kena tambah budget skit je.
Ishh..bab budget ni pening skit pala nk buat. patut arr Ms.Bos aku tu asyik migrane je...sabar yer Ms.Bos. So apa lg yg aku nk buat kt ofis sbb ramai yg bercuti so xde permintaan yg bukan-bukan aku trima. Aku lepak-lepak sambil buat research....hehe biasa le kan.
Abis tu xkan le aku nk ngulat kuar ofis plak...ishhh x elok utk poket. Kat luar tu byk sgt godaan...pusing kanan nmpk...pusing kiri nmpk...pandang dpn lagi le nmpk.
Aku rasa cam elergy plak perkataan "SALE"....ohhhh Tidakkkkk....kuatkan iman ku dari terpengaruh.
Maaf yer bos...sbb arini aku lepak2 depan PC je tp xde le x buat langsung keje. Aku still cover keje org dpn...buat itu buat ini tp semua tu aku berjaya handle...maklumlah aku kan buat ikut sistematik...aicehhh puji diri le kan.....lalallalala♥♥♥

Sunday, December 05, 2010

Kuih Kaswi

Bila aku tengok rancangan "Nona" sebentar tadi x sangka plak yang aku tiba-tiba teringin nk buat kuih kaswi.
Aku segera ke kedai berhampiran untuk membeli acuan yg kecil untuk diletak dlm pengukus. Acuan yang ada ni agak besar so aku beli 2 acuan yang agak kecil dn muat didalam pengukus aku yang comel itu.
Nasib baik bahan-bahan yang aku perlukan semua dah ada..so apalg..blasah je buat.
So ni resepi yang sempat aku salin sepintas lalu dan telah kucuba dan ternyata ianya berhasil...cayalahhhh!!

Bahan-bahannya ;
  • 1 1/2 cawan tepung gandum [diayak]
  • 1 1/2 cawan tepung ubi [diayak]
  • 1 cawan gula melaka / gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 5 cawan air
  • daun pandan
  • garam
  • kelapa parut [yang putih]
Cara-caranya:
  1. Masukkan 5 cawan air kedalam periuk guna api sederhana. Campurkan gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sebati dan masukkan daun pandan. Kacau hingga ia benar2 sebati dan mendidih.
  2. Tapiskan air gula kedalam bekas yang bersih dan biarkan ia sejuk seketika.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum kedalan air gula yang telah sejuk sedikit demi sedikit sambil mengacau sebatikan.
  4. Masukkan pula tepung ubi. kacau hingga sebati.
  5. Tapis dan tuang ke dalam acuan yang disediakan.
  6. Letak pengukus diatas api yang sederhana dan biarkan airnya mendidih.
  7.  Masukkan acuan yang telah diisi kedalam pengukus dan biarkan selama 1/2 jam.
  8. Setelah masak keluarkan dan sejukkannya.
  9. Bila dah sejuk potong mengikut kesukaan.
  10. Tuang kelapa parut kedalam bekas dan gaulkan bersama secubit garam.
  11. Masukkan kuih yang telah dipotong kedalam bekas kelapa parut. Digolek-golekkan kuih supaya disalut kelapa dan hidangkan.
yg telah siap dimasak
kelapa parut yg telah digaul garam
Kuih Kaswi

Hari minggu aku

Cuaca pagi ni aku tengok macam xde tanda-tanda nk ujan petangnya. Dah macam ahli ramalan cuaca le plak aku nih. Aku pandang lama-lamake langit kulihat awa-awan yang bergerak sambil aku berdoa moga hari ini cuaca akan panas hingga ke petang.
Bukanlah aku x mahu hujan tp sbb byk baju yang aku nk basuh so kalau cuaca panas seronok le skit basuh baju.
Selesai membasuh...menjemur..aku kemas apa yang patut kat blik. Aku turun kat kedai bawah beli lauk utk memasak. Hari ni aku masak asam pedas ikan cencaru dan buat sayur sawi goreng aje.
Aduhai punyer le terlalu kusyuk memasak kat dapur x sangka pula ada 15 pangilan rindu dari En.MS. Alamakkkk sure En.MS berangin ngan aku tp iyalah nk buat camner kan sebb aku dok memasak. Xkan nk letak lam apron aku plak....hehee sori yer syg.
So membasuh pun sudah...mengemas pun sudah...memasak pun sudah then aku lepak2 depan tv. Tapi disebabkan sikecil tu dah konker tv seharian so terpaksa le aku layan citer "ultrama" aje...hahaha
Bila dah abis kartun dia...aku cepat2 alih siaran lain....ermmm rancangan "Nona" pun oklah aku layan zassss.
Tup!tup! aku tgk ada resepi kuih kaswi kt lam rancangan "Nona". Apa lg cepat je aku capai kertas ngan pen konon-konon salin resepi. Haaa...korang nk tahu entah apa kena ngan aku arini aku pun tiba2 teringin nk cuba buat kuih kaswi tu. So resepi yang aku buat tu nnt korang tgk lam helaian satu lagi ek.
X sangka kuih aku tu menjadi plak. Sambil lepak-lepak ngan sikecil tu teman dia dok main basikal aku suap kuih tu lam mulut dia.
"Mama...sedap le" alahaiii sikecil aku ni. Berbunga emas le plak hati aku ni bila ada pujian camtu. Tapi aku pun x sangka yang sikecil aku tu boleh abiskan lam 3 ketul kuih kaswi. Amboiii sedap sgt ke??? hehehe.

Semalam separuh hari keluar sambil bawa sikecil, anak buah dan adik menonton movie "Rapunzel" kat CapSquare.

"Mama...mama...best kan citer tu. sayang mamaaaa" sambil memeluk aku dan itulah kata-kata yang diluahkan sikecil semalam bila movie itu habis ditayangkan. Ermm ada-ada saja perangai sikecil ini.
"Mama pun sayangkan luqman juga" muahh satu ciuman singgah dipipinya.

Thursday, December 02, 2010

December...2010

Sekarang dah masuk bulan December...pejam celik hitung kira dah hampir ke penghujung tahun 2010. Bila kenang bulan-bulan yg sebelum ni aku rasa aduhai begitu pantas sungguh masa ini berlalu.
Adakah aku telah berjaya membuat sesuatu yang aku idamkan? Sudah tercapaikah apa kemahuan dihati? Sebelum ini terlalu banyak kepahitan yg aku rasa bila mana manis yg kuharap tp pahit yg kuterima. Arghhh! semua itu adalah ketentuan dari Yang Esa.
Tapi sekurangnya apa yang aku miliki kini dan insyaAllah bakal aku kecapi itulah yang paling terindah...sesuatu pemberian yang tiada tandingan nya.

Aku mengharapkan moga sinar tahun baru akan lebih menyerlah didalam kehidupan aku kelak. Aku kini sedang menghitung hari untuk mengecapi saat-saat ungkapan yang bakal terluah untuk aku. Sudah semestinya ia bakal merubah apa jua akan keadaan sekeliling aku.
Saat-saat itulah yg telah sekian kali aku nantikan untuk menyempurnkan istilah kehidupan seorang insan yang bernama wanita.
Ya Allah...Kau berkatilah kami...rahmatilah kami...permudahkanlah apa jua urusan kami utk menuju kejalan yg Kau redai...semoga impian kasih yg dibina ini akan kekal selamanya.
Ya Allah...betapa disaat ini aku terlalu mengharapkan agar Aziman terus dihatiku..satukanlah kami restuilah kami...sesungguhnya kami tiada daya untuk menolak apa jua ketentuan dariMu yang Maha memiliki.
Ya Allah...betapa kami merayu padaMu...betapa kerdilnya diri kami untuk meminta dariMu namun sesungguhnya Kau Maha Mengasihi...Maha mengetahui.
Ya Allah...berilah kami peluang untuk menyatakan akan kasih sayang yang telah Kau hadirkan didlm hati kami kepada pasangan kami. Semoga kami akan terus menyayangi dengan keizinan dariMu...amin!