Saturday, December 11, 2010

Dugaan dtg lagi

Aduhaiiii...adakah itu tandanya aku mengeluh apabila setiap kali diri aku ditimpa musibah??? Kalau ia...maafkan aku kerna tidak pernah terniat dihati aku untuk begitu cuma sering kali aku terfikir mengapa diri aku sering didatangi permasalahan itu.
Namun aku bersyukur padaMu Ya tuhanku kerna bila diriku ditimpa malapetaka ketika itulah hati aku mula mengingati betapa hebatnya kebesaranMu Ya tuhanku.
Kau bisa membuatkan seseorang itu menitiskan airmata untuk perbagai cerita tidak kira suka atau duka. Dengan sekelip mata apa jua yang Kau inginkan akan terlaksana. Dan pasti hamba sepertiku tiada daya untuk menahan dan hanya mampu berserah dengan apa jua ketetapanMu.
Semalam tanggal 9 Dec....aku agak sibuk diofis...kesibukkan kerna diriku diantara mereka yang harus menyiapkan budget tahunan. Terima kasih kerna diri aku diberi kepercayaan sebegitu.
Waktu lunch terpaksa aku biarkan berlalu begitu saja. Cuma sekali sekala aku mengacau teman-teman yang begitu asyik membuat kerja.
Iyalah bayangkan jika korang harus duduk selama 7 jam...x kah boleh membuatkan punggung korang semua naik kematu??? ha ha ha
Ini kali pertama aku menyiapkan budget so byk yg perlu aku belajar dan bertanya. Ada waktu otak aku menjadi kabur dengan angka-angka yang tertera di skirn komputer aku. Cabaran betoi nih.
Bila tiba masa untuk aku bentangkan budget semua agak kelam kabut...iyalah ada boss yg perlu pulang segera..ada pulak yg ada hal yang harus diutamakan so untuk aku dipendekkan.
Oppss...perut aku berbunyi berdondang sayang...amboi bukan main meriah lagi kan. So menu nasi ayam penyet menjadi pilihan walau ianya agak lewat utk masa makan malam aku yg sepatutnya le kan.
Selesai makan aku kemabali menyiapkan apa ygharus aku siapkan. Jam 11 malam aku harus pulang...terasa begitu penat seharian mengadap angka-angka yang sentiasa bertukar-tukar.
Dalam perjalanan pulang tiba-tiba aku menyedari bahwa beg duit aku tiada di dalam beg sandana aku.Puas aku berfikir dan hati aku kuat mengatakan yang aku tertinggal didalam drawer.
Kukira dalam 1/2 jam sesampai aku dirumah aku dikejutkan dengan satu panggilan dari adik bongsuku. Katanya abah mengalami sakit dada dan dihantar ke hospital berhampiran. Tersentap aku sekejap dan mula membuatkan hatiku tidak senang duduk.
Setelah berbincang dgn adikku lalu kami membuat keputusan untuk ke hospital pada seawal pagi keesokkannya. Terpaksalah aku segera ke ofis untuk mengambil dompet yang tertinggal.
Pada awal pagi esoknya aku menerima sms mengatakan yang abah dihantar ke hosipital Taiping untuk rawatan selanjutnya.
Bagi aku jika bertukar hospital sudah pasti kes nya gak berat. Dan aku panjatkan sekudus doa moga abah kembali sihat seperti biasa.
10 Dec...jam 8.45 pagi....dari Hentian Duta aku bersama adik beradik yang lain bergerak menaiki bas menuju ke Taiping.
Hampir jam 12.30tghari sampai di Hentian Kamunting terus menaiki teksi ke Hospital.


Sesampai di wad 2A CCU ramai sanak saudara yg ada.
Cuma ketika itu doktor tidak membenarkan ahli keluarga datang melihat abah secara beramai. Hanya 2 pelawat dibenarkan dengan masa lawatan yang agak terhad.
Bila tiba giliran aku dan adik masuk melawat...aduhaiii terasa sayunya hati terasa bagai dipagut kesedihan bila mana mata ini melihat diri abah.
 Aku menyalami tangan abah...kukucup ubun rambutnya. Dihati aku berdoa moga kesihatannya makin pulih. Selepas itu masing-masing bergilir melihat abah. Mungkin kerna abah bekas tentera lalu abah berjaya menyembunyikan kesakitannya.
Aku menyuruh emak pulang kerumah kerana aku juga risau melihat keadaan emak yang juga agak kurang sihat.
Malam ini biarlah aku dan adik bermalam disini...kami mencari tempat bermalam dikawasan berhampiran. Kedua abang aku dan juga keluarganya turut bermalam dikawasan berdekatan.
Aku berjumpa doktor yang merawat abah dan sedikit penerangan tentang kesihatan abah diberikan. Menurut doktor..ini adalah kali pertama abah mengalaminya yang dipanggil serangan jantung. Doktor meminta perhatian dan penjagaan yang lebih terhadap abah dimana abah harus menjalani rehat yang cukup...jgn ada tekanan pada drinya...jgn biarkan hatinya bersedih atau pun susah hati. Aku mengangguk lalu aku menurunkan tandatangan pada helaian yang diminta.
Ya Allah aku bermohon padaMu semoga kesihatan abahku kembali pulih seperti sediakala. Aku jua mohon Kau peliharailah dirinya sentiasa...aminn