Sunday, December 05, 2010

Hari minggu aku

Cuaca pagi ni aku tengok macam xde tanda-tanda nk ujan petangnya. Dah macam ahli ramalan cuaca le plak aku nih. Aku pandang lama-lamake langit kulihat awa-awan yang bergerak sambil aku berdoa moga hari ini cuaca akan panas hingga ke petang.
Bukanlah aku x mahu hujan tp sbb byk baju yang aku nk basuh so kalau cuaca panas seronok le skit basuh baju.
Selesai membasuh...menjemur..aku kemas apa yang patut kat blik. Aku turun kat kedai bawah beli lauk utk memasak. Hari ni aku masak asam pedas ikan cencaru dan buat sayur sawi goreng aje.
Aduhai punyer le terlalu kusyuk memasak kat dapur x sangka pula ada 15 pangilan rindu dari En.MS. Alamakkkk sure En.MS berangin ngan aku tp iyalah nk buat camner kan sebb aku dok memasak. Xkan nk letak lam apron aku plak....hehee sori yer syg.
So membasuh pun sudah...mengemas pun sudah...memasak pun sudah then aku lepak2 depan tv. Tapi disebabkan sikecil tu dah konker tv seharian so terpaksa le aku layan citer "ultrama" aje...hahaha
Bila dah abis kartun dia...aku cepat2 alih siaran lain....ermmm rancangan "Nona" pun oklah aku layan zassss.
Tup!tup! aku tgk ada resepi kuih kaswi kt lam rancangan "Nona". Apa lg cepat je aku capai kertas ngan pen konon-konon salin resepi. Haaa...korang nk tahu entah apa kena ngan aku arini aku pun tiba2 teringin nk cuba buat kuih kaswi tu. So resepi yang aku buat tu nnt korang tgk lam helaian satu lagi ek.
X sangka kuih aku tu menjadi plak. Sambil lepak-lepak ngan sikecil tu teman dia dok main basikal aku suap kuih tu lam mulut dia.
"Mama...sedap le" alahaiii sikecil aku ni. Berbunga emas le plak hati aku ni bila ada pujian camtu. Tapi aku pun x sangka yang sikecil aku tu boleh abiskan lam 3 ketul kuih kaswi. Amboiii sedap sgt ke??? hehehe.

Semalam separuh hari keluar sambil bawa sikecil, anak buah dan adik menonton movie "Rapunzel" kat CapSquare.

"Mama...mama...best kan citer tu. sayang mamaaaa" sambil memeluk aku dan itulah kata-kata yang diluahkan sikecil semalam bila movie itu habis ditayangkan. Ermm ada-ada saja perangai sikecil ini.
"Mama pun sayangkan luqman juga" muahh satu ciuman singgah dipipinya.