Wednesday, December 29, 2010

Minggu buzy aku...

Dalam 2..3 arini aku agak jarang mengadap blog aku. Bukan ketandusan idea atau xde apa yg nk aku coretkan tp cuma keadaan dan situasi aku yang x brape nk beri keizinan.
Mana idak nya isnin lepas abah ngan emak dtg ke KL sbb abah aku tu terlalu excited nk p HAT KL...ala hospital tentera yang aku habaq aritu.
So biasa le bila org tua ada kat umah macam2 aktiviti le macam2 citer nk citer dn aku secara x langsung memegang jawatan jururawat khas kepada abah. Ha Ha Ha~
Lagipun abah dah cakap yang dia nk ke HAT dgn aku so terpaksa le aku berkorban masa utk abah. Nasib baik jugalah buat masa ni bos aku sedang bercuti so dapat le aku curi2 masa yang ada menemani abah ke HAT.
Pagi2 lagi aku dah bersiap untuk bawa abah ke HAT dengan bantuan sepupu aku yg juga kebetulan sedang bercuti. Sampai di HAT, aku beratur mengambil nombor giliran.
 Aduhaiiii aku plak yg pening ngan sistem giliran kt HAT ni...sekejap no 7020 kemudian 7012 lepas tu 7018....aikk itu macam le plak  yer...konpius mak nyah.
Nasib le aku p ngan akak so ada le teman berborak sambil gossiping. Abah pun dok tanya kt aku pesal nombor lagu tu. Jawapan aku senang je...sabar yer ...sabar.
Setelah sekian lama tunggu hampir sejam lebih skit nombor 7023 pun berkelip2 dan aku membawa abah ke bilik 2. Memasuki ke bilik rawatan...Mejar (Dr) Syahira yang merawat abah aku. Aku merangkap kepada PA abah pun menjalankan tugas dgn peuh dedikasi. Aku yg byk bertanya itu ini..iyalah abah aku tu dah makin pelupa dan ditambah plak pendengarannya kurang jelas jadi aku ni org penting abah. Dr Syahira beri penjelasan dan meminta abah dtg keesokkan hari untuk diambil darah dan sejenis ubat disuruh ambil.
Selepas itu aku membawa abah dan yg lain menghala ke tempat mengambil ubat. Dari bilik primier kena berjalan menuju ke bangunan lain di tingkat 3. Aku mcm biasa bertanya je sebab aku x familiar area HAT. Nasib ada mamat seorang ni mgkn dia berkerja disitu memberi tunjuk arah pada aku. So setelah berpimpinan tangan dengan abah sampai ke farmasi...macam biasa ambil nombor giliran dan tunggu lagi...

Proses nombor difarmasi ni pun sama ngan tempat rawatan..asyi meloncat2 je nombor nye...penat sih. Bila tiba nombor aku...aku terus menuju ke tempat panggilan. Penerangan diberi dan aku beredar dengan muka yang cuba menahan dari ketawa. Abah dan akak bertanya kenapa bila melihat aku sebegitu. Dan aku pun cakap le ubat utk abah cuma 6 biji tapi aku kena tunggu masa selama 45 minit hanya sekadar 6 biji ubat.
Memang aku ketawa besar dan besar le. Lepas hantar abah balik aku menuju ke ofis...buat keje ala kadar je.
Sok pagi aku teman abah ke HAT lagi untuk ambil darah dan check air kencing. Lusa pula aku akan pergi bawa abah untuk buat ECG...mmg minggu ni aku betoi2 agak cam buzy....ermmmm....