Aku tengok jam kt atas tv tu jarum pendeknya dah ke angka 1 yg panjangnya ke angka 5 so aku rasa cam 1.05 pagi dah kan tapi aku masih berjaga lagi. Bukan le sebab esok aku x bekerja so aku pun x tdo lagi tp sbb temankan abah. Nasib baik le ada nyawa aku yg satu ni sebagai peneman maka terisi le ruang kekosongan aku kala bulan mengambang embun jantan mengalir lalu...ishhhh apa aku merepek ni ler.
Bila malam abah mengadu susah nk tdo susah nk lelapkan mata. Abah cakap dia x tahu nk terangkan camne perasaan dia. Bukannya dia x mahu lelap macam org lain atau tdo berdengur cam adik aku tu tapi dia x boleh. Ermm susah jugak kan bila nk citer tp x tahu camner caranya. Badan aku ni pun bukannya sihat sepenuhnya masih ada batuk dan selsema tapi terpaksa le aku buat dek aje.
Aku lepak2 tepi pintu hall sambil layan perasaan...aduhhh cam syahdu le plak aku nih...well minah jiwang tp kekadang brutal...ahaks~
Lagipun kekadang bila abah terjaga dek kerna batuk dia akan cakap haus minta buatkan susu....dia akan cakap lapar perut ni bak mai biskut tiger....uishhh tu biskut peberet abah aku tu.

Alamak cakap tentang biskut tiger...tadi aku tengok tin besor tu dh kosong abis...so sok pagi aku kena le p membeli dan membayar.
Nasib baik tadi adik aku ada belikan burger ayam special Ramly so aku potong burger tu kepada 4...aku kasi kat abah bersama susu panas setengah cawan. Abah cuma makan sepotong kecil burger dan minum habis susu tu.
Sekarang ni abah melelapkan mata sambil bersandar 45 degree....katanya nnt dia akan baring. Aduhaiii camne le aku nk buatkan abah dapat tdo seperti biasa...aku betoi2 buntu...tersgt BUNTU.