Diri aku mudah dijangkiti virus ini kerana antibodi badan aku dah x macam dulu. So kali ni aku dapat selsema lagi...itulah satu penyakit yang memang aku x gemar. Puas aku fikir dari siapa aku dapat jangkitan ini sebab selalunya bila org yg mengidap berhampiran aku pasti aku akan terkena tempiasnya.
Tahun baru masih lagi baru dan aku memang berharap agar tahun ni aku kurang ambil cuti sakit. Tapi selagi kita bernafas dan digelar insan kita x dpt nk melarikan diri dari fitrah kehidupan.
Sehari sebelum tu aku dah mula bersin so mlm nya aku dah mula telan ubat dengan harapan keesokkan harinya aku ok. Bila masuk ofis aku dah mula rasa kurang selesa. Asyik bersin dan hidung ku berair aje. Dah bergulung tisu aku guna tapi air jernih yang berada dalam rongga hidung aku tetap juga nk menonjolkan diri.
Aku cuba sibukkan diri dengan harapan sakit ini aku x terasa. Tapi bila nk masuk tengahari badan aku rasa lain so aku terpaksa le segera ke klinik untuk mengambil antibiotik. Disebabkan badan aku sekarang terlalu sensitif dan sememangnya sudah menjadi arahan doktor untuk aku segera mengambil antibiotik bila selsema. Ini adalah kerana takut bakteria akan menjangkiti kepada injap aku. Kata orang mencegah itu lebih baik kan~
So aku menuju ke klinik dengan keadaan selsema dan juga badan yang kian lemah. Mujurlah sesampai aku disana tiada pesakit lain kecuali aku so kira cepatlah. Doktor berikan ubat antibiotik, batuk dan juga utk hidung aku.
Aku makan ubat yang diberi dan aku rasa seperti kurang bermaya so tanpa aku sedari aku landing baik punya kat ofis. Inilah bahana ubat yang aku makan. Nasiblah time balik kerja adik aku yang datang jemput.
Sesampai dirumah tanpa sempat menukar baju aku terus landing diatas tilam sambil menyembunyikan diri dibwh timbunan toto. Saat itu aku rasa sejuk sesgt...x cukup ngan toto aku ambil pulak selimut. Diluar bilik aku mendengar sayup-sayup suara mak bertanya pada adik.
Aku terlelap seketika dan bila terjaga aku kembali makan ubat. Tapi sayang selepas itu aku kian sukar untuk melelapkan mata. Bila saat aku ingin baring aku terasa seperti kurang oksigen utk aku. Serba serbi menjadi x kena pada aku. Pusing kekanan salah pusing kekiri pun salah. Dalam pada aku duduk bersimpuh aku terlelap seketika. Aku menjadi begitu penat dan terasa sejuk.
Belum pernah aku rasakan keadaan yang sebegini. Boleh dikatakan setiap 1 jam aku akan terjaga dan selepas itu agak sukar untuk aku melelapkan mata. Ada masa badan aku panas dan ada ketika aku menjadi sejuk hingga aku terasa betapa lenguhnya badan aku.
Keesokkan paginya aku ke klinik yang berhampiran dan doktor mengatakan kemungkinan ubat yang aku ambil semalam kurang serasi dengan diri aku. So doktor memberikan ubat baru untuk aku makan. Alhamdullilah ubat yg baru itu membuatkan diri aku sedikit lega. Seharian aku dirumah hanya baring saja. Makan pun bila ketika aku nk makan ubat.
Tekak aku pahit dan aku tiada daya untuk bergerak laju. Bahaya jugakan kalau tersilap makan ubat ataupun ubat x serasi dengan badan kita. Aku dah hampir sesak nafas dibuatnya Tapi selepas beberapa jam mkn ubat baru aku kian beransur baik so esok harapnya aku akan dapat kembali ke ofis.