Dari hospital aku bersiap2 terus ke ofis..aduhai mata aku terasa tersgt le pedih. Silauan suria pagi benar2 membuatkan mata aku menjadi kecil dan terkecil. Namun bila terfikir janji yang aku akan siapkan kerja tertunggak memaksa aku bukakn mata seluasnya.
Aku tinggalkan adik sebagai peneman abah diwad.Setiba diofis teman sekerja aku sudah terpacak membuat kerja. Mgkn kerna suasana lampu diofis yg suram dan kesejukan yg aku rasa menceceh ke tulang telah berjaya memperdayakan aku lalu untuk seketika aku terlelap....hehee
Kerja yg siap aku tinggalkan diatas meja bos. Sekurangnya jika ada pembetulan yg harus aku lakukan ianya tidaklah terlalu sukar.
Setiba dirumah selesai mkn tanpa byk ceritaaku terus merebahkn diri diatas tilam ku yg empuk dan tiada mimpi2 indah yg dtg.
So mlm ni turn aku lagi menjaga abah. Tadi pagi menurut doktor jika tiada aral melintang mgkn esok abah dah boleh kuar...insyaAllah kan.
Pesakit didepan abah iaitu Dato` Yahya Sulong telah pun keluar dari wad dan kini diganti dgn pesakit yg lain.
Suasana disini sememangnya begitu sunyi hanya kedengaran bunyi kipas yg berputar ligat disiling.
Aku seperti biasa bersama peneman setiaku sikecil molek ini. Nasib baiklah En.MS sudi belikan sikecil molek ini untuk aku so kira aku xde le mati kutu.
Ok..time to play games atau dlm erti kata yg lain...aku xde idea nk tulis apa lagi...Selamat malam semua...salam kerinduan yg amat utk En.MS...love u..
dlm duka ada airmata dlm ketawa ada riang dlm suka ada bahgia dlm derita ada sendu....
Sunday, March 27, 2011
Saturday, March 26, 2011
Hari ke 6 di HKL
Aku masih lagi jadi peneman setia abah yg masih lagi setia di HKL. Serasa aku ini dah masuk hari ke 5 abah bermalam di sini. Nasib baik weekend ni aku x bekerja so dpt le aku bertukar ganti tempat untuk bermalam disini.
Nampaknya adik aku pun nk juga mencelah bersama dan akhirnya kami berdua bersama2 bermalam diwad.
Tadi misi tu periksa blood pressure abah dah bertambah naik..alhamdulillah kupanjatkan kesyukuran pada Ilahi. Semoga ianya beransur sembuh seperti sedia kala.
Tadi selepas abah tdo aku siapkan kerja yang tergendala di ofis. Lega terasa sbb suasana yang tenang dan sunyi betoi2 buatkan fikiran aku menjadi aman seketika.
Dah penat buat kerja aku lepak2 dan terlelap sekejap. Namun aku dikejutkan dgn bunyi batuk abah yg aku rasa akan kuat.
Adik segera bangun dan hulurkan plastik kepada abah supaya kahak yg terkumpul dpt dibuang. Sementara aku mengurut perlahan2 belakang abah. Secawan milo bercampur oat dihulurkan pada abah.
Lagipun sudah menjadi kebiasaan abah utk makan biskut diwaktu ini dan aku rasa oat itu mampu mengalas perut abah dari rasa kosong.
Sekarang abah dah kembali tdo...mata aku pun masih pedih. Pagi nnt aku nk ke ofis sekejap utk habiskan kerja yg masih berbaki ini.
HuargHhhhh!!!!...ngantuknya...hehe ~

Wednesday, March 23, 2011
Hari kedua di HKL
Hari ni abah ada temujanji di IJN...tapi terpaksa ditunda sbb blood pressure abah begitu rendah hingga doktor tidak berani untuk memberi pelepasan keluar. Menurut doktor abah terpaksa guna oxygen untuk membantu pernafasannya yang begitu perlahan. Aku mengangguk faham. Keadaan abah diperiksa setiap 1 jam dan ternyata ianya masih ditahap rendah.
Aku dan adik menemani abah diwad...sekali sekala aku lihat abah tdo dan terjaga tiba-tiba.
Aku dan yang lain bergilir2 datang menjaga abah. Tadi mak beria2 sgt nk jaga abah diwad so aku dan yang lain mungkin akan biarkan utk mak bermalam diwad. Lagipun mak bukannya sihat sangat dan aku x mahu kesihatan mak pula yg terganggu.

Tuesday, March 22, 2011
Abah admitted at HKL
Petang tadi abah mengadu x bleh nk kencing dan kemudian adik bw abah ke HKL. Bila sampai sana terus refer ke klinik pesakit luar dan selepas dimasukkan tiub abah boleh kencing seperti biasa.
Kemudian misi check pernafasan abah tapi ternyata kurang memuaskan..ianya begitu lemah tiada tindak balas pada balang tiub.
Jam 2.40 pm adik call aku kt ofis beritahu pasal hal abah. Tersentap sekejap aku tp alhamdullilah aku berjaya tenangkan diri seketika. Pada second lady bos aku minta kebenaran utk keluar sebentar tapi dia minta aku terus aku pulang...terima kasih.
Sebelum aku keluar ofis segera aku menelefon adik aku yg seorang lagi sambil beritahu ttg abah dan dia juga seperti aku segera mendpt pelepasan awal.
Setiba aku di wad kecemasan abah dibawa kebilik x-ray dan aku yang lain menanti dgn penuh sabar dan berdoa agar semuanya selamat.
Sebetul nya aku agak trauma bila berada di hospital...ada ketika aku menjadi begitu takut dan ada ketika jua dihati aku timbul perasaan kasihan yg melampau.
Dalam pada menanti itu tiba2 muncul nurse memanggil dan memohon agar aku membuat pendaftaran untuk kemasukkan abah ke wad. Tak lama kemudian setelah selesai urusan aku dan yg lain mengekori katil abah yang ditolak untuk terus ke wad.
Bila setiba di Wad 18 hati aku merasa gusar dan aku mula tertanya2 adakah ini wad untuk abah atau sebaliknya. Malah adik2 aku pun turut mempersoalkan segalanya. Setelah aku bersoal jawab ngan nurse dan doktor disitu akhirnya pastilah disini abah akan diletakkan.
Aku pasti sesiapa jua ditempat aku akan bertanya soalan yang sama. Menagapa masih menerima pesakit jika katil untuk pesakit telah tiada dan akhirnya katil abah ditempatkan ditgh2 lorong yang mana ianya adalah laluan sesapa saja. Aduhai aku tahu abah x selesa sama sekali tapi begitulah yang telah terjadi.
Dan malam ini aku jadi peneman abah di wad. Aku dah pun sms second lady bos aku minta cuti utk esok. Tambahan adik aku pun kurang sihat jadi biarlah mlm ini dia rehat secukupnya seblm malam esoknya dia mengambil alih.
Jam 10.30 mlm aku sampai di wad...jumpa doktor pasal ubat abah. Aku buatkan abah susu dan pasti biskut tiger kegemaran abah pun ada. Setelah abah mkn ubat..aku sapukan minyak dikakinya dan perlahan-lahan aku minta dia pejamkan mata. Sebab aku tahu selagi dia memandang kekiri kanan pasti dia sukar utk tdo.
Hampir jam 2 am...alhamdullilah abah dpt tdo. dan aku macm biasa masih online mencari bahan2 utk bacaan. Sambil mata memandang kewajah tua abah...aku lihat betapa diraut wajahnya terselindung beribu makna. Sabar ye abah...semua ni dugaan kecil dari Yang Esa utk kita...
Aku menghilangkan rasa bosan dan mengantuk dgn dgr lagu2 dari handphone dan sememangnyaaku terusan berjaga sampai ke subuh.
Jam 5.30 am..aku basuh muka dan lap badan ala kadar. Iyalah nk mandi rasa x selesa pula maklumlah aku berada diwad lelaki.
Jam 6.30 am abah dah berjaga...aku buatkan abah oat dan susu panas juga biskut tiger. Abah suruh aku pergi bersarapan tapi aku takut utk biarkan dia sendirian dan aku hanya buatkan susu.
Jam 9 am..sarapan pagi abah dihantar tapi biasalah makanan dihospital dan abah hanya mkn separuh sahaja.Kemudian pegawai perubatan dtg menghampiri dan bertanya itu ini dgn aku ttg abah. Dan kemudian aku mendengar dia menyuruh abah ditukarkan ke wad kedua..lega hati aku mendengar. ada juga antarakawan2 yg menelefon ingin dtg melawat tp aku katakn jgn bukanlah aku bermaksud x sudi menerima kehadiran mereka tp kerna suasana dan tempat itu yg terlalu sesak x sesuai kurasakan.
Jam 7 pm..alhamdullilah abah dpt ditukarkan ke wad kedua. Tempat yang agak besar dan suasana yg begitu senyap. mata aku benar2 semakin pedih dan berat utk terus berjaga. Akhirnya mak menyuruh aku balik dan biarkan dia menjaga seketika sementara menanti akak aku pulang dari keje.
Sampai dirumah...selesai mandi terus aku tdo tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Saturday, March 19, 2011
"Mana papa nih...lambatnya balik..."
Hanya tinggal beberapa hari aje lagi aku dan yang lain menyambut hari lahir Daniell Aliff Luqman yg ke 4 tahun. Aduhai begitu cepatnya masa berlalukan hingga kadang kala aku terasa baru aje smlm aku mendodoikan dia yang masih kelihatan merah. Itulah penawar duka dan suka didalam keluarga aku.
Syukur aku dengan kehadiran dia didlm kehidupan keluarga kami. Semuanya terlalu menyayangi dia..keletah dan sikapnya benar2 mencuit hati dan perasaan.
Tahun ni seperti juga tahun sebelumnya aku dan yang lain akan membuat majlis kecilan utk dia dan pastinya dia terlalu suka untuk memotong kek.
X kiralah klau hari lahir sesiapapun yg pasti dia yg akan beria2 memotong kek. Dalam pada aku berbincang dgn yang lain pasal majlis nya...tiba2 dia pun menyampuk " Nak buat kek ye...daniel nk kek daia ngan ben 10 lah.."..semua mata memandang pada dia.
"Ala x payah le buat kek ye...kita goreng bihun aje ye" balas aku. Apalagi mulanye mukanya berubah.."kedekut sangat.." jawab luqman. Yang lain dah ketawa tergolek2 dgn ayat power dia tu.
Luqman merajuk disebalik sofa sambil cakap "Daniel nk kek le...ni haa daniel lapar ni" sambil memegang perut dia.
"Mamaaa..nnt mama beli kek utk luqman ye. Luqman nk kek besarrrrr..kek ben 10 ngan daia ya." aduhai pandai plak dia dtg memujuk aku. Aku mengangguk kepala.
"Terima kasih mama...syg mama" sambil menghadiahkan ciuman dan pelukan. Ermm sapa lah yg ajar semua ni..bisik hatiku.
"Ma...mama...mana papa nih...lambatnya balik. Luqman nk suruh papa beli kek besar nih." Soal luqman sambil dtg kearahku. Terkejut beruk juga aku sbb entah apa anginnya tiba2 soalan tu bleh plak kuar dari mulutnya.
"ermm..papa ada work..nnt papa balik kita ajak papa beli kek besar ok." jawab aku.
"ok mama...promise yer" sambil mengangkat ibu jarinya tanda promise pada aku.
Si kecil aku ni kalau dah berjanji akan dituntut nya sampai dapat dan harap2 janji yg aku lafazkan itu akan tertunai jua..insyaAllah.

Wednesday, March 16, 2011
Perkhabaran..
Semalam tatkala aku hampir memejamkan mata untuk beradu satu sms yang kuterima begitu membuatkan aku memanjatkan rasa kesyukuran yang tak terhingga ..terima kasih tuhanku diatas perkhabaran yg kuterima ini.
Dengan rasa sebak didada ketika itu juga berderai manik2 jernih kepipi. Tak dpt untuk aku gambarkan akan rasa kegembiraan itu. Tiba2 fikiran ku terasa lapang seketika seolah telah lenyap semua masalah. Hati dan minda ku bergabung menjadi begitu harmonis detik itu.
Apa yang mampu kulakukan dan akan terus aku lakukan berdoa moga segala penantian ini akan berakhir dengan suatu kebahgiaan dan kegembiraan bagi semua yang x pernah jemu dan sering disisiku memberi kata-kata semangat pada aku.
Terima kasih Ya Allah...Kau telah permudahkan segalanya..kutahu perjalanan hidupku masih jauh dan kumohon Kau lemparkan sedikit cahya untuk menerangi jalan-jalan yg bakal kulalui serta jgn lekakan diriku dengan keindahan duniawi...
Buat En. MS...ikhlas dari hatiku betapa aku mengharapkan dirimu..rindu dan rindu ♥♥♥

Thursday, March 10, 2011
For the rest of my life
Entah kenapa aku menjadi terlalu sukakan lagu ni. Bait2 yang ada didlm nye jika dihayati betapa menyentuh hatiku.
Dan yg paling pasti tatkala aku terdgr lagu ini...air jernih bisa bergenang dikelopak mata dan tiba-tiba perasaanku terlalu sayu dan difikiran jua hatiku akan terus mengingati dia.
Sudah pasti apa jua dugaan yang kuhadapi saat ini adalah kerna aku disayangi dan kerna diriku seorang yang tabah menghadapi ujian sebegini.
Tuhanku...terima kasih utk setiap saat rasa rindu dan sayang yg Kau hadirkan dihatiku untuk dirinya..sesorang yg terlalu istimewa didalam hidupku...amin!
Tuesday, March 08, 2011
Hati ini...
Dihati ini kerinduaan sentiasa ada x pernah pudar walau utk sesaat. Dihati ini jua aku memendam pelbagai rasa ingin aku luahkan tapi aku sukar utk mempercayai. Aku luahkan apa yang termampu untuk jemari aku lakarkan diatas coretan ini.
Sememangnya hati aku begitu rindu akan En.MS. Seringkali aku bertanya pada diri bagaimanakah keadaan dirinya dan apa khabar dirinya yg kini berada diperantauan org.
Aku tak tahu bagaimana untuk aku katakan yang aku perlukan dia disisi aku. Selalu aku impikan andai impian jadi kenyataan pasti aku antara insan yg begitu gembira dikala ini. Aku ingin disisi dia x kira kemana saja dia pergi. Aku inginkan sebuah kehidupan yang serba kesederhanaan. Punyai dia disamping anak-anak kembar yang seringkali aku katakan pada diri aku sendiri. Entah kenapa hati kecil ku begitu kuat mengatakan bahwa pasangan kembar itu bakal kumiliki....namun segalanya kuserahkan pada takdir.
Tuhanku....mohon Kau makbulkan impian kami...betapa aku rindukan dia dan ingin sekali aku memeluknya erat untuk menyatakan bahwa kerinduan itu akan terus ada hingga nafas terakhirku...

Monday, March 07, 2011
Workshop with librarian members - 3D2N------ Day 3
Ahad, 6hb Mac
Pagi cam biasa bfast jam 7.30am...kemudian masuk dewan jam 9am bermula sharing info dari presenter.
Aduhai untuk presenter yang pertama aku masih boleh bertahan lagi mata ni tapi bila bab presenter yang kedua ni mata aku gase cam nk terkatup rapat je.
Udah le slide nye melintang tegak susah untuk aku nk nengok ngan keadaan mata aku yg kian kecil.
So abis2 pun aku conteng kertas kt riba aku. Apa yg aku dengar masuk telinga kanan kuar telinga kiri..sabar ajelah.
Bila masuk presenter yang ketiga...aku terasa sikit segar mungkin cara penyampaiannya yang bersahaja disamping beberapa isu semasa so aku rasa not bad.
Sambil mendengar aku angguk2 kepala konon cam faham sesangat le kan.
Presenter keempat bersamma slide yang dipamerkan lebih membuatkan mata aku kian segar. Membar aku kt hujung tu siap cakap apa ler yg aku dok ratib tadi sambil tertunduk tp jemari bergerak2...ha ha ha~ perasan gak deme tu ngan keadaan aku tadi.
Selepas abis semua maka ucapan penutup diberikan dan penyerahan sijil diserahkan. Oleh sebab dah masuk lunch time so apalagi selesai sessi bergambar semua masuk ke coffee house mengisi perut yg berdangdut.
Sebelum bersurai masing2 bertukar email dan bersalaman dengan harapan akan ada lagi workshop yg sebegini...
Selamat tinggal semua...selamat jalan berhati2 dijalan raya. Bila bas bergerak meninggalkan perkarangan hotel so aku sambung tdo hingga sampai ke destinasi...PENATnyer tp untuk seketika aku HAPPY...terima kasih sbb beri peluang aku mengikuti workshop ini...

Saturday, March 05, 2011
Workshop with librarian members - 3D2N------ Day 2
Sabtu, 5hb Mac
Jam 7.30 pg...breakfast di coffee house bersama rakan yang lain sebelum memulakan sessi program.
Jam 9.00 pg...acara bermula dengan ice breaking....menarik dan tertarik bila mana perlukan komunikasi kedua pihak.
Nama group aku "STARS"...hahaha lawak betoi le time present group...nk tergolek2 aku dok ketawa.
Ohhh...ada tea break le...ada snack disediakan...ngap! ngap!
Kemudian acara memberi pertolongan....time ni aku wakil group berucap kt depan...aduyai sojuk giles jari jemari aku...gigil beb...tp mmg best...bertekak ngan masing2 yang punya pendapat sendiri.
Now is lunch time....makan aje le apa yg ada didepan mata kan...So far food dia biasa2 aje..xde yg menarik pun. Kekadang aku rasa better aku masak lagi...hehehe.
Ok nk rest kejap sblm outdoor activities bermula...cuaca panas betoi...kena standby ayor kosong.....
Diantara task yg perlu semua peserta kumpulan buat...best..
Task demi task berikutnya...membuat2 layang dan perlu naikkan layang2...kemudian mencari coin didlm swimming pool...Ha ha ha..apalg aku pun terjun juga le. Nasib baik le bleh gak aku berenang dan menyelam.
Selesai semua task...berendam le aku dan yg lain dlm pool tu...Balik ke bilik aku terlelap kejap.
Selepas makan mlm masih ada beberapa task yg perlu dibuat sebelum kata-kata terakhir dari fasilator sebagai penutup majlis.
Bila dah abis so aku nyer plak sesi online internet...hihihi~

Workshop with librarian members - 3D2N------ Day 1
Jumaat, 04 Mac bersamaan 4.30pm.
Mengikuti group librarian ke Port Dickson untuk menghadiri workshop selama 3 hari 2 malam. Menaiki bas dari KLCC bersama 11 member yang lain menuju ke Selesa Beach Resort, Batu 5 PD. Jalan yang agak mengundang kesesakan membuatkan perjalanan ke PD agak perlahan. Alhamdulillah jam 6 pm sampai ke lobby hotel terus aje check in. Pihak penganjur bagi door gift berupa t-shirt dan juga backpack...cantik kan.
So tibalah masa utk lepak2 dan bermalasan diatas katil sementara menunggu seisi networking dinner.
Aku berkongsi bilik dengan teman dari UTP bernama Ruhil. Sewaktu aku sampai teman aku ni dok pe merayau ke Teluk Kemang dgn yang lain2 so aku dok le sorang2 layan tv.
Jam 7.30..berkumpul di Pool Side ada dinner dan juga salam perkenalan. Berbual-bual dan kenal cam tu je....so makan dan terus makan.
Jam 10 mlm dah penat makan maka beredar le dari situ. Yang lain masuk bilik tapi aku biasa le lepak kt lobby sambil online. Terpaksa guna wifi hotel sebab line broadband DG aku cam hampress jek.
Jam 12 mlm...aku masuk bilik...lepak2 dan berborak ngan room mate aku sampai le kul 1.15 pg....HurGggHHhhh!!! ngantuk der...jom tido...

Wednesday, March 02, 2011
Moga tafsiran ini benar
Yang mampu aku lakukan sekarang moga apa yang bakal aku lakukan ini tidak dipersia-siakan. Puas aku dok berfikir dan berfikir apa yang harus aku lakukan.
Aku bertanya pada seorang teman untuk aku minta pendapat darinya...soal teman itu pada aku bagaimana perasaan aku sekarang? Apa yang gerak hati aku katakan?...aku terdiam seketika.
Lalu aku jawab.."hati aku semakin rindu pada dia...ingatan aku sentiasa utk dia..kdg2 bila aku ingat atau sebut nama dia tiba2 air jernih bergenang"....
"Kau buat le sembahyang hajat atau istikarah...mohon petunjuk" pujuk teman itu. Aku sekadar mengangguk...insyaAllah..
Aku katakan pada diri aku apa yang aku lakukan aku ikhlas semuanya. Kerna suatu masa dahulu kesusahan yang melanda diriku pernah ditolong seseorang. Maka tiada salahnya untuk aku berbuat begitu
Dan aku berdoa moga setiap urusan ini dipermudahkanNya dan moga sinar kebahgiaan yang sekian lama aku nantikan akan muncul jua.
Terima kasih tuhanku untuk setiap detik yang aku lalui...

Subscribe to:
Posts (Atom)