Hari ni abah ada temujanji di IJN...tapi terpaksa ditunda sbb blood pressure abah begitu rendah hingga doktor tidak berani untuk memberi pelepasan keluar. Menurut doktor abah terpaksa guna oxygen untuk membantu pernafasannya yang begitu perlahan. Aku mengangguk faham. Keadaan abah diperiksa setiap 1 jam dan ternyata ianya masih ditahap rendah.
Aku dan adik menemani abah diwad...sekali sekala aku lihat abah tdo dan terjaga tiba-tiba.
Aku dan yang lain bergilir2 datang menjaga abah. Tadi mak beria2 sgt nk jaga abah diwad so aku dan yang lain mungkin akan biarkan utk mak bermalam diwad. Lagipun mak bukannya sihat sangat dan aku x mahu kesihatan mak pula yg terganggu.