Petang tadi abah mengadu x bleh nk kencing dan kemudian adik bw abah ke HKL. Bila sampai sana terus refer ke klinik pesakit luar dan selepas dimasukkan tiub abah boleh kencing seperti biasa.
Kemudian misi check pernafasan abah tapi ternyata kurang memuaskan..ianya begitu lemah tiada tindak balas pada balang tiub.
Jam 2.40 pm adik call aku kt ofis beritahu pasal hal abah. Tersentap sekejap aku tp alhamdullilah aku berjaya tenangkan diri seketika. Pada second lady bos aku minta kebenaran utk keluar sebentar tapi dia minta aku terus aku pulang...terima kasih.
Sebelum aku keluar ofis segera aku menelefon adik aku yg seorang lagi sambil beritahu ttg abah dan dia juga seperti aku segera mendpt pelepasan awal.
Setiba aku di wad kecemasan abah dibawa kebilik x-ray dan aku yang lain menanti dgn penuh sabar dan berdoa agar semuanya selamat.
Sebetul nya aku agak trauma bila berada di hospital...ada ketika aku menjadi begitu takut dan ada ketika jua dihati aku timbul perasaan kasihan yg melampau.
Dalam pada menanti itu tiba2 muncul nurse memanggil dan memohon agar aku membuat pendaftaran untuk kemasukkan abah ke wad. Tak lama kemudian setelah selesai urusan aku dan yg lain mengekori katil abah yang ditolak untuk terus ke wad.
Bila setiba di Wad 18 hati aku merasa gusar dan aku mula tertanya2 adakah ini wad untuk abah atau sebaliknya. Malah adik2 aku pun turut mempersoalkan segalanya. Setelah aku bersoal jawab ngan nurse dan doktor disitu akhirnya pastilah disini abah akan diletakkan.
Aku pasti sesiapa jua ditempat aku akan bertanya soalan yang sama. Menagapa masih menerima pesakit jika katil untuk pesakit telah tiada dan akhirnya katil abah ditempatkan ditgh2 lorong yang mana ianya adalah laluan sesapa saja. Aduhai aku tahu abah x selesa sama sekali tapi begitulah yang telah terjadi.
Dan malam ini aku jadi peneman abah di wad. Aku dah pun sms second lady bos aku minta cuti utk esok. Tambahan adik aku pun kurang sihat jadi biarlah mlm ini dia rehat secukupnya seblm malam esoknya dia mengambil alih.
Jam 10.30 mlm aku sampai di wad...jumpa doktor pasal ubat abah. Aku buatkan abah susu dan pasti biskut tiger kegemaran abah pun ada. Setelah abah mkn ubat..aku sapukan minyak dikakinya dan perlahan-lahan aku minta dia pejamkan mata. Sebab aku tahu selagi dia memandang kekiri kanan pasti dia sukar utk tdo.
Hampir jam 2 am...alhamdullilah abah dpt tdo. dan aku macm biasa masih online mencari bahan2 utk bacaan. Sambil mata memandang kewajah tua abah...aku lihat betapa diraut wajahnya terselindung beribu makna. Sabar ye abah...semua ni dugaan kecil dari Yang Esa utk kita...
Aku menghilangkan rasa bosan dan mengantuk dgn dgr lagu2 dari handphone dan sememangnyaaku terusan berjaga sampai ke subuh.
Jam 5.30 am..aku basuh muka dan lap badan ala kadar. Iyalah nk mandi rasa x selesa pula maklumlah aku berada diwad lelaki.
Jam 6.30 am abah dah berjaga...aku buatkan abah oat dan susu panas juga biskut tiger. Abah suruh aku pergi bersarapan tapi aku takut utk biarkan dia sendirian dan aku hanya buatkan susu.
Jam 9 am..sarapan pagi abah dihantar tapi biasalah makanan dihospital dan abah hanya mkn separuh sahaja.Kemudian pegawai perubatan dtg menghampiri dan bertanya itu ini dgn aku ttg abah. Dan kemudian aku mendengar dia menyuruh abah ditukarkan ke wad kedua..lega hati aku mendengar. ada juga antarakawan2 yg menelefon ingin dtg melawat tp aku katakn jgn bukanlah aku bermaksud x sudi menerima kehadiran mereka tp kerna suasana dan tempat itu yg terlalu sesak x sesuai kurasakan.
Jam 7 pm..alhamdullilah abah dpt ditukarkan ke wad kedua. Tempat yang agak besar dan suasana yg begitu senyap. mata aku benar2 semakin pedih dan berat utk terus berjaga. Akhirnya mak menyuruh aku balik dan biarkan dia menjaga seketika sementara menanti akak aku pulang dari keje.
Sampai dirumah...selesai mandi terus aku tdo tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.