Aku masih lagi jadi peneman setia abah yg masih lagi setia di HKL. Serasa aku ini dah masuk hari ke 5 abah bermalam di sini. Nasib baik weekend ni aku x bekerja so dpt le aku bertukar ganti tempat untuk bermalam disini.
Nampaknya adik aku pun nk juga mencelah bersama dan akhirnya kami berdua bersama2 bermalam diwad.
Tadi misi tu periksa blood pressure abah dah bertambah naik..alhamdulillah kupanjatkan kesyukuran pada Ilahi. Semoga ianya beransur sembuh seperti sedia kala.
Tadi selepas abah tdo aku siapkan kerja yang tergendala di ofis. Lega terasa sbb suasana yang tenang dan sunyi betoi2 buatkan fikiran aku menjadi aman seketika.
Dah penat buat kerja aku lepak2 dan terlelap sekejap. Namun aku dikejutkan dgn bunyi batuk abah yg aku rasa akan kuat.
Adik segera bangun dan hulurkan plastik kepada abah supaya kahak yg terkumpul dpt dibuang. Sementara aku mengurut perlahan2 belakang abah. Secawan milo bercampur oat dihulurkan pada abah.
Lagipun sudah menjadi kebiasaan abah utk makan biskut diwaktu ini dan aku rasa oat itu mampu mengalas perut abah dari rasa kosong.
Sekarang abah dah kembali tdo...mata aku pun masih pedih. Pagi nnt aku nk ke ofis sekejap utk habiskan kerja yg masih berbaki ini.
HuargHhhhh!!!!...ngantuknya...hehe ~