Thursday, April 28, 2011

Kumohon diberi kekuatan..

Tengahari tadi aku bergegas ke IJN sbb abah ada appointment utk review result. So aku segera laksanakan semua keja yg masiih berbaki diofis. Walaupun sebenarnya aku rasa seolah kurang senang bila tinggalkan kerja begitu saja.
Alhamdullilah aku berpuasa hari ni so xde le terasa nk makan...hehehe..sampai di IJN adik aku br sampai bersama abah dan jua akak.
Sewaktu abah buka pintu utk keluar budak concierge dtg bertanya..."pakcik bleh berjalan ke? atau perlukan kerusi roda?"...aku tersenyum dan menggelengkan kepala. Baguslah begitu sbb prihatin mamat tu.
Aku pimpin tangan abah ke tempat temujanji. Mungkin sbb aku berpuasa jadi aku rasakan begitu kesejukan bila berada disitu. mata plak terasa ringan je nk katup tdo.
Hampir sejam aku menunggu akhirnya nom giliran abah tertera.
Akak dan adik aku menunggu kt luar sementara aku bw abah kedlm bilik. Setelah berbual itu ini akhirnya doktor mencadangkan agar abah menjalani pembedahan namun ianya ada risiko yg harus diambil tahu. Aku mohon kebenaran doktor untuk memanggil akak yg berada diluar.
Bila akak dah duduk...doktor tu menerangkan apa yg perlu abah jalani.
Kata doktor...saluran jantung abah dah tersumbat...dikiri dan kanan. Menurut doktor saluran dikanan sudah tidak berfungsi..sel dah mati katanya. kalau buat pun dah xde guna.
Doktor mencadangkan operation disebelah kiri supaya dpt dibuat blok yg terdpat. Aku dan akak mengangguk faham.
Namun menurut doktor operation tersebut punyai risiko yg harus di ambil kira iaitu kemungkinan pesakit akan dapat heart attack...buah pinggang akan problem atau badan akan dapat strok selepas itu.
Aku terdiam seketika bila mana akak bercakap ngan doktor...akak mohon agar hal ini dpt dibincangkan bersama ahli keluarga yg lain. Iyalah aku dan akak x mahu le dikatakan membelakangkan keluarga yg lain walaupun sakit pening abah tu cuma aku dan yg berada disini aje ambil tahu.
Akak mohon dlm sebulan utk diberi jawapan dan doktor mengizinkan. So aku berikan tugasan utk memberitahu hal ini pada yg lain kepada akak. Pandai2lah akak beritahu yg lain.
Apapun aku panjatkan moga semuanya akan pulih se[erti sediakala.
Ya Allah..semoga kesihatan abah kembali seperti dahulu.

Monday, April 25, 2011

Heart Valve Disease

What Is Heart Valve Disease?

Heart valve disease is a disease in which one or more of your heart valves don't work properly. The heart has four valves: the tricuspid (tri-CUSS-pid), pulmonary (PULL-mun-ary), mitral (MI-trul), and aortic (ay-OR-tik) valves.
These valves have tissue flaps that open and close with each heartbeat. The flaps make sure blood flows in the right direction through your heart's four chambers and to the rest of your body.

Healthy Heart Cross-Section


The illustration shows a cross-section of a healthy heart, including the four heart valves. The blue arrow shows the direction in which oxygen-poor blood flows from the body to the lungs. The red arrow shows the direction in which oxygen-rich blood flows from the lungs to the rest of the body.
Birth defects, age-related changes, infections, or other conditions can cause one or more of your heart valves to not open fully or to let blood leak back into the heart chambers. This can make your heart work harder and affect its ability to pump blood.

Overview

How the Heart Valves Work
At the start of each heartbeat, blood returning from the body and the lungs fills the atria (the heart's two upper chambers). The mitral and tricuspid valves are located at the bottom of these chambers. As the blood builds up in the atria, these valves open to allow blood to flow into the ventricles (the heart's two lower chambers).
After a brief delay, as the ventricles begin to contract, the mitral and tricuspid valves shut tightly. This stops blood from flowing backward into the atria.
As the ventricles contract, they pump blood through the pulmonary and aortic valves. The pulmonary valve opens to allow blood to flow from the right ventricle into the pulmonary artery. This artery carries blood to the lungs to get oxygen.
At the same time, the aortic valve opens to allow blood to flow from the left ventricle into the aorta. The aorta carries oxygen-rich blood to the body. As the contraction ends, the pulmonary and aortic valves shut tightly. This stops blood from flowing backward into the ventricles.

For more information on how the heart pumps blood and detailed animations, go to the Diseases and Conditions Index How the Heart Works article.

Heart Valve Problems
Heart valves can have three basic kinds of problems: regurgitation (re-GUR-ji-TA-shun), stenosis (ste-NO-sis), and atresia (a-TRE-ze-ah).
Regurgitation, or backflow, occurs when a valve doesn't close tightly. Blood leaks back into the chambers rather than flowing forward through the heart or into an artery.
In the United States, backflow is most often due to prolapse. "Prolapse" is when the flaps of the valve flop or bulge back into an upper heart chamber during a heartbeat. Prolapse mainly affects the mitral valve.
Stenosis occurs when the flaps of a valve thicken, stiffen, or fuse together. This prevents the heart valve from fully opening. As a result, not enough blood flows through the valve. Some valves can have both stenosis and backflow problems.
Atresia occurs when a heart valve lacks an opening for blood to pass through.
You can be born with heart valve disease, or you can acquire it later in life. Heart valve disease that develops before birth is called congenital (kon-JEN-i-tal) heart valve disease. Congenital heart valve disease can occur alone or with other congenital heart defects.
Congenital heart valve disease usually involves pulmonary or aortic valves that don't form properly. These valves may not have enough tissue flaps, they may be the wrong size or shape, or they may lack an opening through which blood can flow properly.
Acquired heart valve disease usually involves the aortic or mitral valve. Although the valve is normal at first, disease can cause problems to develop over time.
Both congenital and acquired heart valve disease can cause stenosis or backflow.

Outlook
Many people have heart valve defects or disease but don't have symptoms. For some people, the condition mostly stays the same throughout their lives and doesn't cause any problems.
For other people, the condition slowly worsens until symptoms develop. If not treated, advanced heart valve disease can cause heart failure, stroke, blood clots, or sudden death due to sudden cardiac arrest (SCA).
Currently, no medicines can cure heart valve disease. However, lifestyle changes and medicines can relieve many of the symptoms and problems linked to heart valve disease.
These treatments also can lower your risk of developing a life-threatening condition, such as stroke or SCA. Eventually, you may need to have your faulty heart valve repaired or replaced.
Some types of congenital heart valve disease are so severe that the valve is repaired or replaced during infancy, childhood, or even before birth. Other types may not cause problems until you're middle-aged or older, if at all.

Revised January 2010

Saat kebuhsanan menerjah..

Macam biasa macam selalu dlm hidup aku adalah KERJA KERJA KERJA...klau nk dihitung disimpul dihurai...kemana le simpanan aku ek...huhu..ntah aku pun x tau p kemana semuanya.
So kerja yg ada sekarang ni kira yg terlama aku berada disuatu tempat. So dahsyat le gak sbb aku berjaya memecah rekod sebelum nih.
Puas aku dok pk pesal le begitu setia aku kat sini..mgkn sbb faktor kawan2...mgkn sbb aku dah malas nk kuar masuk interview...mgkn aku dah malas nk pk pasal kawan2 baru...suasana kerja yg baru...mgkn sbb itu agaknya.
Tapi syg nya sekarang ni rasa kebuhsanan menerjah perlahan2 dan ianya semakin merebak didlm hati aku.
Aku dah rasa suasana sekeliling begitu hambar...tiada lagi keceriaan bilamana setiap tingkah laku asyik2 nk sentap mak nak...ArgHhhh...aku busan camtu.
Dulu tempat lama aku lagi bz...mcm2 karenah org aku jmpa...dari org biasa hingga le VVIP tp semua nya aku dpt tangani dgn adanya kawan2 yg selalu memberi kata2 semangat.
Kalau dulu bila time kerja sememangnya bekerja betoi2...bila abis kerja time lepak mmg dah x igt pasal keje...aduhai betapa bestnya saat itu bersama kawan2 yg mmg kepala giler2 remaja. Ermm..tu semua dulu dan keadaan dah berubah kan.
Sekarang ni kerja tu aku rasa ok sbb aku still bleh handle lagi...tp entahlah mgkn suasana sekeliling yg ada kala buatkan aku buhsan tahap cipan.
Kalau bercakap skit kena hati2..bila tegur tersentap tp bila tahap kutuk org xde plak pk samada org yg dikutuk tu sentap ke idak..asyik2 mengeluh bz le itulah...busan camtu kan.
So skrg ni aku cuba pujuk hati agar biarlah ini tugasan aku yg terakhir dan aku kekal disitu.
Ada juga kawan2 yg offer aku keje tp entah le dan jawapan yg aku kasi kt depa...aku nk jadi suri rumahtangga sepenuh masa. Aku dah penat berhadapan ngan karenah manusia yg x pernah nk hargai org lain.
Ha Ha ha...suri rumahtangga le sgt kan...insyaAllah mgkn masa itu akan tiba...akan tiba...amin!!

Super heroin...

Tengahari tadi cam biasa aku buat ushering...arini ramai usher yg x turn up so akibatnya terpaksa le masing2 mempertahankan diri masing2. Apapun good job utk semua yg begitu tabah bekerja arini.
So hari ni ada 2 kes yg aku hadapi. Iyalah dah hari ni aku HU so biasa le yg teruk2 aku le kena jawab. Anyway itu semua biasa bagi aku. Kadang kala aku ni suka gak saiko org...haha jahat gak aku.
So kes yg pertama...aku tolong stall tiket T2..bila sebelum concert start akan ada last call utk guest so aku cam biasa rounding tup! tup! aku nmpk sorang mamat ni aku rasa Indian guy kot..ahaks..berdiri baik punyer kt tepi ladies. So aku ngan hormatnya bertanya samada dia dtg utk tgk concert ke saja2 lepak situ. Dia jawab yg dia nk tgk concert then aku beritahu dia pasal dress code sblm masuk ke hall sbb aku nmpk dia pakai jeans. Berangin le dia then dia stori mori pasal dia dr penang drop kt KL sblm transit ke german..ater masalah aku ke tu....huhuhu.
Aku pun dgn sopan santun kasi tau pasal clockroom tp dia terus bebel dan minta aku panggil manager...ala aku x heran aku panggil je DM dtg. Then jawapan yg sama gak dia trima dr DM aku...lps tu sibuk tanya kt mana nk tukar seluar.
Aku pun nk tunjuk courtesy aku bw ke clockroom sambil mulut dia terus ngomel pasal dress code...dia kata stupid rules le..bla! bla! bla!..dah bertahun aku dgr jwpn2 camtu..aku buat dek je..ko nk complain kt management...go ahead...my pleasure!
Selesai yg tu...ni kes kedua selepas interval..utk latecomers dah x bleh slot in. so bila concert start je..tup! tup! lam 5 minit camtu ada usher yg kasi tau pasal latecomer and ckp "help me"...hahaa...aku taw dah sure bermasalahnye tu.
Macam biasa le super heroin dtg segera. Aku nmpk 1 couple chinese kt pintu belakang so sambil tersenyum aku ckp le dh x belh masuk sbb piece ni xde masa yg sesuai. Tapi dia ni mmg jenis x reti bahasa ngan selamba nk terjah masuk so apalg super heroin pun ngan tangkasnya menahan pintu ngan kaki...hahahaha...lawak betoi aku kan.
Aku ngan senyuman terus explain kt dia yg dia dah x bleh masuk so cam biasa mcm2 le alasan yg aku dgr. Malas aku nk layan aku minta super hero dtg cover aku...hehehe dlm citer mesti ada hero dan heroin kan.
Then super hero pun berdiri sebelah aku. Aku ngan baiknya explain lagi dan lagi tp x makan saman betoi...dari tone yg rendah aku kasi up skit tone aku..tp tetap degil betoi le minah ni...apalg aku terus le buat lontaran suara sambil tgn aku depa ke arah pintu minta dia kuar...lallala..uhuk~
So depa berdua kuar...aku lepak kt luar je...tup! tup! dia x puas hati lagi dia mari kat aku sambil dia tanya nape org lain bleh masuk sambil dia kata dia bleh tunjuk sapa. Aikkk! suspen gak aku kot2 aku tersalah pandang ke idak tadinya.
Then aku tanya dia bile..sbb seingat dan senampak aku xde le plak. tanya punya tanya..alih2 dia ckp time piano tadi...cisss! buang karan betoi.
Aku explain kat dia...yg tadi tu sbb time tu mmg dibenarkan masuk dan skrg ni x dibenarkan masuk even dia punya seat tu kt blkg skalipun. So aku kata kot dia x puas hati nk complain ke management silakan. Biasa le aku pun create le stori mori...hahahhaa...
Sbb permintaan dia aku x layan so dia blah smbil ngomel2 mulut dia...ermm lega sbb arini situasi dpt super heroin tangani dgn jayanya...syabar utk semua yg bekerja arini...

Saturday, April 23, 2011

My love is En. MS

Terima kasih yer syg sbb sudi webcam tempohari..sikecik luqman sibuk dok tanya bila papanye nk balik ke sini. Katanya nk ajak p jalan2 then tengok wayang....ha! ha! bab wayang tu for sure aku le yg ajar dia. Kira ada gak peel aku kt dia...wow! kaki wayang.
Sememangnya terlalu lama penantian aku..ehh!! lama le sgt...huhu ok arr dlm 5 bulan tu bagi yg menunggu kira lama le kan. Anyways malam tu aku happy sgt2 sampai menitik manik jernih dikelopak mata aku.
Hati aku gembira dan syukur kerna Allah memakbulkan permintaan aku. Dan aku benar2 berdoa moga kasih sayang ini akan berkekalan hingga selamanya.
Kadang kala terfikir gak kt benak aku ni nape ler aku sampai jadi camni...ha!ha! merindui En.MS macam separuh nyawa nk hilang.
Wahai En.MS...aku ni x sabar sesgt nk jumpa dia. Gelodak dihati ni dah x mampu utk aku bendung cam dah nk meletup je. Pheww! dahsyat gak ayat aku ni.
Apapun aku ikhlas mencintai En.MS dan kuterima dia seadanya...insyaAllah moga janji antara kita kelak akan terpetri dengan satu ikatan yg bakal menghalalkan kita selamanya...love u En.MS...♥♥♥♥♥♥♥

Abah..lelaki

Ermm...klau nk diikutkan dari zaman remaja aku kurang rapat dgn abah dan aku lebih kepada arwah mak. Selalunya klau aku minta apa2 dari abah...ada aje alasan yg menidakkan permintaan aku dan akhirnya aku akan kecewa.
So arwah mak yg byk membantu aku dan kalau aku ingin beli sesuatu arwah mak selalu pesan usaha sendiri dapatkan duit sendiri. So pastinya aku akan menolong arwah mak membuat kuih atau tanam sayur utk dibawa jual. Duit dari jualan tu nnt selalunya arwah mak akan beri aku sikit dan aku akan simpan kumpul hingga aku dpt beli apa yg aku inginkan.Arwah mak byk mengajar aku berdikari dan selalu ckp usaha sendiri utk apa yg kita hendak dn jgn harapkan dari org.
Tapi sikap abah lain...abah agak kedekut utk anak2nya bkn aje aku tp anak2 yg lain. Malah kadang kala aku rasa abah suka lebihkan org lain dari anak2nya. Ha ha ha!!
Bila arwah mak pergi selamanya barulah abah rapat ngan aku. Ditambah pula bila skrg ni abah kurang sihat so bila nk p jmpa doktor dia lebih inginkan aku yg temankan dia.
Sejak abah x sihat ni semuanya menguji kesabaran aku dan yg lain. Ada aje karenah abah yg kadang kala hingga timbul rasa geram dihati.
Bukanlah niat ingin kurang ajar atau ingin menderhaka kepada abah tapi semua ni dek kerna sikap abah yg dari dulu hingga sekarang ttp x berubah.
Kalau A katanya A lah jawapanya. Kalau dia inginkn sesuatu segeralh benda tu didpn matanya. Kadangkala bertekak jua abah ngan adik beradik yg lain dan alhamdullilah hingga ke hari ini kesabaran masih dihati aku untuk aku melayan karenah abah.
Kata org tanggungjawab keatas org tua kita harus ditanggung oleh anak lelaki dan aku bknnya tiada abang cuma aku x pasti dapatkah mereka menjaga abah seperti mana aku dan anak2 perempuan menjaganya.
Masih ku ingat waktu abah masuk wad dahulu hingga sekarang xde lagi le abang2 aku nk dtg bermalam dihospital yg ada hanya anak2 perempuan yg begitu setia menjaga abah.
Hati aku sedikit tersentap ngan sikap abang2 aku yg lain. Ketika abah di CCU...tatkala doktor meminta tandatangan mengapa agak sukar hingga aku yg perempuan menandatanginya. Ketika abah terlantar dikatil bertanya dimana mereka mengapa begitu payah utk dtg dan memberikan alasan sibuk. Aku sendiri x faham dan biarlah Tuhan aje yg membalas sikap acuh x acuh kalian kerna kalian juga mempunyai anak2.
Apapun aku bersyukur kerna aku diberi peluang utk membalas jasa mereka selagi hayat dikandung badan. Semoga setiap apa yg aku lakukan ini diterima olehNya.
Untuk setiap yg berlaku itu ada hikmah cuma kadang kala kita tersalah pandang dan salah tanggapan. Jika kita berfikir ngan rasa kelak kita binasa...jika kita berfkir ngan hati kelak akhirannya mengecewakan. Kita diberi akal dan fikiran yg waras utk kita berfikir secara rasional...itulah yg selalu aku katakan pada diri.
Bilamana saat diri didatangi musibah aku selalu mencari apakah hikmah yg terselindung kerna setiap kejadian yg berlaku itu ada sebabnya.
Alhamdullilah...semakin hari aku belajar sesuatu yg baru. Kesabaran dan keikhlasan dihati itu penting.

Tuesday, April 19, 2011

Senyum

Alhamdulillah syukur aku yg x terhingga bilamana doa2 aku dimakbulkan Allah. Apa yang aku impikan apa yg aku mohon makin hampir menjadi kenyataan.
Hari ini aku kian mampu tersenyum lebar. Terasa sebak didada makin beredar pergi. Terasa cahaya sang suria makin menyinari perjalanan hidup aku.
"Mama...cuba senyum...senyum macam ni" tunjuk sikecil pada mimik mukanya.
"Nape nk suruh mama senyum pulak?" soal aku.
"Tu papa x senyum pun...ckp le papa senyum" jawab sikecil lagi
"Iyalah mama tanya nape nk kena senyum?"
"Ala senyum le macam ni haaa....tengok ni...macam ini" balas sikecik yg masih x mahu mengalah. Akhirnya aku mengukir senyuman dibibir.
"Haaaa..kan mama cantik...ermm cantiknya mama" aduhaiii tersentuh hatiku.
Sesungguhnya itulah penawar hati...dan aku sama sekali x mengerti mengapa masih ada insan yg ingin membuang sikecil yg x berdosa itu.
Tidakkah mereka tahu betapa indahnya kehidupan jika mereka terus bersama. Apakah dosa sikecil hingga ada yg sanggup membuang dan menidakkan darah daging mereka sendiri.
Kehadiran sikecil ini benar2 membuatkan betapa lapang dan tenangnya jiwa aku tatkala bersamanya.
terima kasih Ya Allah utk kurniaan ini...izinkan kami terus melakar kebahgiaan bersama hingga selamanya...amin~....senyum itu harus ikhlas barulah dinamakan sedekah!!

Friday, April 15, 2011

Suka...sedih...gembira

Bila ada pertemuan pasti ada perpisahan kan. Aduhh agak lama juga aku x coretkan bait2 kata kat sini. Klau nk diikutkan macam2 yg aku nk coretkan..yg nk aku karangkan agar ianya bisa jadi sesuatu cerita yang dpt aku baca diwaktu lapang.
Bagi aku untuk menulis aku perlukan ruang masa yang begitu lapang. Memang benar macam2 didalam kepala otak aku yg mana ingin aje aku karangkan tapi utk apa jika semuanya hampir sama. Kalau x sedih aku gembira..kalau x benci hati aku berbunga sayang dan berputik kerinduan.
Dari cerita gembira dimana aku bercuti dipulau tempohari yang benar2 buatkan hati aku lapang fikiran aku tenang. Yang ada didlm diri aku saat itu betapa aku menikmati ciptaan Yang Esa.
Namun sekembalinya aku dari bercuti aku dirundung sedih bilamana abah sekali lagi dimasukkan kehospital. Aku dan yg lain bergilir2 menjaga abah. Bila saat aku tatap wajah tua abah hati akusedih..sayu pandangan aku. Betapa berat bahu ini menggalas tanggungjawab sebagai anak lagi le berat nya abah menanggung akan kesakitannya.
Hampir seminggu abah dihospital. Mujur puan dan teman sekerja memahami situasi aku dan sedikit kelapangan dihati aku terasa bila mana abah telah pun keluar dari hospital.
Dan semalam teman sekerja aku mula mengorak langkah ke alam kerja yg baru. Bagi aku dia bukan sekadar kawan tp lebih kepada seorg kakak yg byk memberi sokongan buat aku. Tatkala bersalam aku gagal menahan sebak didada lalu gugurlah air jernih ini membasahi pipi. Terasa pilu mematuk dihati aku entah nape begitu sebak aku terasa.
Apapun aku doakn yg terbaik utk dia..semoga perjalanannya sentiasa dipermudahkan kelak.
Hingga disaat ini apa yg kutunggu belum jua kunjung tiba. Berita yang kunanti senyap begitu saja. Biarlah ku pinjam kata teman yang sorang tu...redha ajelah...

Friday, April 01, 2011

Bila privacy kita diceroboh!!!

Untuk seminggu dua ni aku agak sibuk menolong siapkan SOP...hampir lewat malam br aku balik. Tapi aku xde hal sbb benda ni bukannya selalu...mgkn setahun sekali jadi x salahkan...nk plak aku dah dpt green light utk claim OT....hehehee.
Sewaktu aku dok cuba siapkan SOP yg lain...tiba-tiba tersentap mak nak bile dgr story mori ptg tadi.
Difikiran aku cuba ada persoalan..."apakah tujuan org tu menceritakan? dan mengapa begitu "busuk hati" nya org tu?"
Apakah perasaan korang bila tiba-tiba privacy korang dijaja kepada org lain sedangkan apa yg korang buat dan lakukan tidak seperti apa yg disangka oleh seseorg itu?
Terkedu aku seketika dan ianya2 benar membuatkan aku makin takut untuk berkata-kata. Maklumlaah zaman sekarang ni terlalu moden...ke mana2 pun cctv dah ada....org x guna laptop lagi tp org skrg dah pakai ipad...hahaa sedangkan aku br terkial2 nk pakai iphone rupanya depa lagi gedebang dari aku.
Sabar ajelah kawan...itulah adat dlm pergaulan. Ada yg benar2 ikhlas dan ada jua yg sekarang melepas batuk ditangga didlm erti persahabatan.
Di mulut bilang kawan..telah dianggap sebagai keluarga tp dimana kebenaran akan kata2 yg terluah? Bila salah kita sering nmpk dimata tp salah diri kalau dpt diselindung maunya dipakaikan jubah berterusan.
Mungkin sape tahu kan kalau2 sok lusa privacy aku pula dibongkar hingga ke akar umbi...hahahaa apa ada hal...aku pun x heran sbb depa blum jumpa buku dan ruas...so kita lihat aje selebihnya...mari kita buat sembahyang hajat memohon petunjuk dari Yang Esa...bilamana kebenaran ini terserlah pasti disaat itulah kita akan tahu siapa sahabat siapa yg kena hambat dek perasaan bersalah.....ha ha ha~

Abah dah discharge

29hb Mac...
Alhamdullilah...genap seminggu abah dihospital hari ni abah dibenarkan keluar. Apalg biasa le abah bila dgr aje dah bleh keluar siap suruh mak packing barang2 hingga buatkan mak x senang duduk.
Mak telefon aku diofis dan aku tahu itu pasti abah yang menyuruh. Kata mak misi minta mak isi borang tapi mak suruh tunggu aku aje yg dtg.
Sebab aku tahu perangai abah lalu waktu lunch aku skip dan segera aku pergi ke hospital. Tapi biasalah kan kena menanti surat pelepasan dari doktor dan ianya memakan masa jua.
Kulihat jam didinding seolah tak mengizinkan aku untuk lebih lama menanti. Mujur jua akak br abis kerja dan dlm perjalanan menuju ke hospital.
Bila aku bersiap mengemas abah bertanya "nk ke balik ke ofis ke lagi?" "Ya abah..byk keja lagi nk kena buat. Nanti akak dtg uruskan." sambil aku meyalami tangan abah dan mak lalu aku beredar pulang keofis.
Terasa sedikit kelegaan untuk aku bercuti yg mana sememangnya aku rasakan aku perlu cuti untuk merehatkan otak aku yg semakin sarat dgn pelbagai bahan2 yg x sepatutnya berada....terima kasih Ya Allah...

Happy Birthday....DAL!

Tahun ni sambutan utk hari lahir luqman aku x buat. Sebenarnya semua dah plan tp begitulah yg selalu org kata kita ni cuma merancang tapi Yang Esa menentukan. Kebetulan seminggu sebelum hari lahir luqman tiba-tiba abah dimasukkan ke wad di HKL so kira semua tergendala. Semua org sibuk dok menjaga abah diwad...xpelah semuanya ada hikmah kan.
Apapun pada malam 28hb tu aku dan yg lain tetap juga buat sambutan hanya kecilan sahaja. Aku dan adik beli kek kecil...beli hadiah utk dia.
Amboi bila tiba nk tiup lilin bukan main seronok dia....dan sesungguhnya bila setiap kali yg sambut hari lahir pasti luqman yg akan tiup lilin.






Happy 4th birthday my sweet lil boy...DANIELL ALIFF LUQMAN...we all love u so much!