Tengahari tadi aku bergegas ke IJN sbb abah ada appointment utk review result. So aku segera laksanakan semua keja yg masiih berbaki diofis. Walaupun sebenarnya aku rasa seolah kurang senang bila tinggalkan kerja begitu saja.
Alhamdullilah aku berpuasa hari ni so xde le terasa nk makan...hehehe..sampai di IJN adik aku br sampai bersama abah dan jua akak.
Sewaktu abah buka pintu utk keluar budak concierge dtg bertanya..."pakcik bleh berjalan ke? atau perlukan kerusi roda?"...aku tersenyum dan menggelengkan kepala. Baguslah begitu sbb prihatin mamat tu.
Aku pimpin tangan abah ke tempat temujanji. Mungkin sbb aku berpuasa jadi aku rasakan begitu kesejukan bila berada disitu. mata plak terasa ringan je nk katup tdo.
Hampir sejam aku menunggu akhirnya nom giliran abah tertera.
Akak dan adik aku menunggu kt luar sementara aku bw abah kedlm bilik. Setelah berbual itu ini akhirnya doktor mencadangkan agar abah menjalani pembedahan namun ianya ada risiko yg harus diambil tahu. Aku mohon kebenaran doktor untuk memanggil akak yg berada diluar.
Bila akak dah duduk...doktor tu menerangkan apa yg perlu abah jalani.
Kata doktor...saluran jantung abah dah tersumbat...dikiri dan kanan. Menurut doktor saluran dikanan sudah tidak berfungsi..sel dah mati katanya. kalau buat pun dah xde guna.
Doktor mencadangkan operation disebelah kiri supaya dpt dibuat blok yg terdpat. Aku dan akak mengangguk faham.
Namun menurut doktor operation tersebut punyai risiko yg harus di ambil kira iaitu kemungkinan pesakit akan dapat heart attack...buah pinggang akan problem atau badan akan dapat strok selepas itu.
Aku terdiam seketika bila mana akak bercakap ngan doktor...akak mohon agar hal ini dpt dibincangkan bersama ahli keluarga yg lain. Iyalah aku dan akak x mahu le dikatakan membelakangkan keluarga yg lain walaupun sakit pening abah tu cuma aku dan yg berada disini aje ambil tahu.
Akak mohon dlm sebulan utk diberi jawapan dan doktor mengizinkan. So aku berikan tugasan utk memberitahu hal ini pada yg lain kepada akak. Pandai2lah akak beritahu yg lain.
Apapun aku panjatkan moga semuanya akan pulih se[erti sediakala.
Ya Allah..semoga kesihatan abah kembali seperti dahulu.
No comments:
Post a Comment