Alhamdulillah syukur aku yg x terhingga bilamana doa2 aku dimakbulkan Allah. Apa yang aku impikan apa yg aku mohon makin hampir menjadi kenyataan.
Hari ini aku kian mampu tersenyum lebar. Terasa sebak didada makin beredar pergi. Terasa cahaya sang suria makin menyinari perjalanan hidup aku.
"Mama...cuba senyum...senyum macam ni" tunjuk sikecil pada mimik mukanya.
"Nape nk suruh mama senyum pulak?" soal aku.
"Tu papa x senyum pun...ckp le papa senyum" jawab sikecil lagi
"Iyalah mama tanya nape nk kena senyum?"
"Ala senyum le macam ni haaa....tengok ni...macam ini" balas sikecik yg masih x mahu mengalah. Akhirnya aku mengukir senyuman dibibir.
"Haaaa..kan mama cantik...ermm cantiknya mama" aduhaiii tersentuh hatiku.
Sesungguhnya itulah penawar hati...dan aku sama sekali x mengerti mengapa masih ada insan yg ingin membuang sikecil yg x berdosa itu.
Tidakkah mereka tahu betapa indahnya kehidupan jika mereka terus bersama. Apakah dosa sikecil hingga ada yg sanggup membuang dan menidakkan darah daging mereka sendiri.
Kehadiran sikecil ini benar2 membuatkan betapa lapang dan tenangnya jiwa aku tatkala bersamanya.
terima kasih Ya Allah utk kurniaan ini...izinkan kami terus melakar kebahgiaan bersama hingga selamanya...amin~....senyum itu harus ikhlas barulah dinamakan sedekah!!