Friday, April 01, 2011

Abah dah discharge

29hb Mac...
Alhamdullilah...genap seminggu abah dihospital hari ni abah dibenarkan keluar. Apalg biasa le abah bila dgr aje dah bleh keluar siap suruh mak packing barang2 hingga buatkan mak x senang duduk.
Mak telefon aku diofis dan aku tahu itu pasti abah yang menyuruh. Kata mak misi minta mak isi borang tapi mak suruh tunggu aku aje yg dtg.
Sebab aku tahu perangai abah lalu waktu lunch aku skip dan segera aku pergi ke hospital. Tapi biasalah kan kena menanti surat pelepasan dari doktor dan ianya memakan masa jua.
Kulihat jam didinding seolah tak mengizinkan aku untuk lebih lama menanti. Mujur jua akak br abis kerja dan dlm perjalanan menuju ke hospital.
Bila aku bersiap mengemas abah bertanya "nk ke balik ke ofis ke lagi?" "Ya abah..byk keja lagi nk kena buat. Nanti akak dtg uruskan." sambil aku meyalami tangan abah dan mak lalu aku beredar pulang keofis.
Terasa sedikit kelegaan untuk aku bercuti yg mana sememangnya aku rasakan aku perlu cuti untuk merehatkan otak aku yg semakin sarat dgn pelbagai bahan2 yg x sepatutnya berada....terima kasih Ya Allah...