Thursday, September 16, 2010

Beraya 2010..

Alhamdulillah...raya ni aku masih berpeluang utk beraya bersama keluarga dikampung tanah kelahiran aku. Walau kampung kian kehilangan kemesraan dikalangan penduduknya namun sambutan raya masih seperti dulu. Cuma kali ini ianya tidaklah begitu happening sgt.
Dan pasti bagi aku utk beberapa tahun kebelakangan ini sambutan hari raya dah makin kekurangan. Malah ada ketika hati aku terlalu berat utk pulang beraya. Kalau dulu akulah antara insan yg paling tidak sabar utk beraya tp hari ini mgkn akulah yg sudah hilang seri utk menyambut ketibaan syawal.
Masih terngiang ditelinga aku sewaktu hayat bonda masih ada. Keriuhan suaranya sudah cukup membuat kami ketawa berdekah-dekah. Persiapan utk raya bonda yang uruskan. Langsir dan baju raya dijahit...kuih raya siap dibuat...lemang siap utk dibakar dan menjadi kebiasaan akulah antara org yg paling sibuk menganyam daun ketupat...bonda akan mengisi beras dan aku yang merebus.
Adik2 aku yang lain sibuk membuat pelita buluh utk dipasang keliling rumah. Tatkala dikaca televisyen mengumumkan tarikh utk ketibaan syawal semua penghuni mendiamkan diri...waktu itu terasa begitu sepi dan perasaan utk menyambut syawal begitu dinantikan.
ArGGhhh!!! itu dulu aku rasa 10 atau 11 tahun yang lalu. Semua nya berubah bilamana bonda pergi utk selamanya. Dan utk syawal seterusnya kami cuma beraya bersama abah.
Syawal 2010...rumah penuh anak2 buah riuh rendah bermain bunga api..mercun..meriam "kabad" kini cuma agak sepi tanpa suara bonda.
Kesepian itu membuatkan aku terasa bertambah kehilangan bilamana setelah abah berkahwin lagi abah berpindah kerumah emak baru.
Cuma dipagi raya selepas sembahyang raya abah dan emak akan dtg kerumah pusaka itu...beraya seketika sebelum kembali kerumah emak.
Kalau dulu rumah pusaka itu riuh rendah dgn suara abah tp tiada lagi. Ada ketika aku sebak bilamana kemesraan yg dulu terlalu aku rindui.
Ada ketika jua hatiku berbelah bagi...aku sendiri tidak pasti kearah mana harus aku tuju...rumah yang mana harus aku diami....hatiku menangis siapa yg tahu????