Puas aku dok jerit kat sikecik tu minta dia mandi. Ermm boleh dia jawab kt aku camni "mama...jap ek. abih ter ni ti andi ye." dlm erti kata lain maksudnya selepas habis cd yang dia dok tengok tu baru le dia mandi. Amboiii pandai plak dia ckp camtu. Sekarang otak dia makin geliga. Kalau aku marah tu ada aje jawabnya. Aku diamkan aje buat-buat sibuk tatkala sikecik aku memanggil "mama oh mama" aku buat-buat tak dengar tapi dia terus mengekori aku. "mama...iter tu dh abih" beritahunya tapi aku pura-pura tak dengar. "mama....mama...luqman mandi ya" beritahu dia lagi. Aku memandang dia...dia tunduk dia tahu yg aku marahkan dia. "dah cepat p mandi...mama tak larat nk cakap banyak kali tau." ha ha ha aku bebel kt dia macam le dia faham erti kata aku tu. Tup! tup! dia terus buka baju dan masuk kebilik air mandi sambil menyanyi. Aduhaiiii sikecik ni bisa buatkan aku ketawa dalam kemarahan.
Sambil menunggu mesin basuh tu berhenti dari berpusing trus aku bersiram. Adoiii nyamannya terasa badan sedikit kesegaran membuatkan mataku terbuka besor...hehhee.
Dah masuk tengahari sikecik tu sibuk dok ajak aku kuar berjalan-jalan. Tapi aku tahu sikecik tu sekejap jek jln nya bila dah boring nnt sure dia akan ckp "mama...jom arr balik"....sabor ajelah kan.
Setelah semua baju siap kusidai dijemuran bagus betoi cuaca arini matahari terik harap-harap semua baju ni kering nnt. Sememangnya aku tidak berapa suka kalau baju yang aku basuh lembab utk 2 ke 3 ari...maklumlah time tu kewangian baju akan bertukar.
Sikecik tu bila aku ckp nk keluar jer trus dia jawab "mama...luqman ikut ek" haha kadang-kadang aku suka menyakat dia. Time tu bila aku suruh je laju dia buat sbb baiknya ada makna tu.
Aku membawa luqman ke Jaya Jusco menaiki bas. Bukan main lagi dia siap pilih tempat duduk lagi. Ronda-ronda kt shopping mall sambil cuci-cuci mata. Berhenti makan difood court bilamana luqman mengadu lapar. Menu nasi ayam dan teh ais kami berkongsi makanan.
Selesai makan kami berjalan-jalan dan pastinya mata dia terpandang ke arah taman hiburan permainan untuk kanak-kanak. Apalagi terus tangan aku ditariknya kedalam. Hendak tak hendak terpaksa le aku melayan karenahnya.
![]() |
naik taxi |
![]() |
dah jadi drebar bas |
![]() |
jom round the world |
![]() |
i'm the hero |
![]() |
peace |
Aku melayan karenahnya lagipun bukan selalu aku dapat meluangkan masa bersama dia. Mungkin kerna dia sudah keletihan akhirnya dia ckp kt aku "mama jom balik...sejuk arr" Ha ha ha...dlm hati aku jwb...dah abis ko main semua br nk ajak balik ye siap ada alasan lagi...cerdik sungguh akalmu.
Keluar dari shopping mall aku terlihat gerai menjual pisang goreng dan dek sudah terlalu lama aku tak mkn pisang goreng terus aku membeli RM2.
Sambil berjalan menuju ke hentian bas kami bersama makan goreng pisang. Sekali sakala terasa begitu amannya suasana itu. Kami menaiki bas pulang...mujurlah tak perlu tunggu lama.
Sebaik tiba dirumah aku buatkan luqman susu coklat sebab aku tahu pasti sebentar lagi dia akan terlelap. Benar sekali akan ramalanku tatkala coretan ini ditulis Daniell Aliff Luqman telah pun terlantar lena disofa kerna kepenatan sehariannya bersama aku....ha ha ha~