Thursday, February 24, 2011

Dulu cakap lain sekarang dah lain plak..

Entah kenapa pesanan ringkas yang aku terima sebentar tadi membuatkan aku terdiam seketika. Namun tak lama selepas itu aku tersenyum. Bukanlah kerna aku rasa bangga dengan apa yang terjadi tapi itulah lumrah manusia kan. Biarlah aku imbas seketika apa yang membuatkan aku terdiam dan tersenyum. En.MS..jgn kau rasa gusar ngan apa yang aku notakan disini kerna dirimu tetap dihati aku dn aku masih memegang janji2 yang pernah kita katakan.
Peristiwa ni berlaku beberapa tahun yang lalu. Aku kenali seorang hamba Allah ni...dari perbualan biasa dan mula mekar mewangi dihati. Bila semua menjadi indah aku ingatkan diri dia tentang akan perbezaan umur antara kami. Dia begitu muda dari aku namun ada kala sikapnya menyembunyikan perbezaan itu.
Pernah dia katakan...apa ada pada angka dan aku menerima dirinya seperti mana dia terima aku.
Diawal segala nampak indah namun lama kelamaan dia mula menjarakkan diri dari aku. Puas aku bertanya dan aku sama sekali x menyangka yang dia akan mempersoalkan tentang umur. Aduhai terkedu aku seketika sedangkan dahulu dia yang begitu beria-ria dan kini dia seolah x pasti dengan semua itu.
Bila aku ajukan soalan dia diam seribu bahasa lalu aku undurkan diri. Buat apa le aku nk serabutkan kepala aku dengan masalah yang sebegitu.
tup! tup! kini dia memohon maaf diatas sikapnya yang lalu dan meminta aku untuk menerima dirinya kembali.
Hahaha...amboi senang sekali ucapannya itu...xpelah kome cari je yg seusia kome tu. Cuma nk aku nyatakan disini bahawasanya diwaktu ini tuhan telah ketemukan aku ngan En.MS...kasih dan sayang jua rindu aku ini untuk En.MS....biarlah kalau boleh hanya ajal yang memisahkan kami.

Saturday, February 19, 2011

Sibukkan diri....

Setelah hampir 3 bulan aku merehatkan diri dari aktiviti sambilan aku tapi kini aku kembali sibukkan diri. Tambahan En.MS juga agak bz dengan tugas harian dan berada diluar kawasan. Lagi le bosan dalam seminggu dua minggu baru aku dpt mengetahui akan keadaan dirinya disebabkan jarak yg jauh jua keadaan yang tak mengizinkan. Apapun yang boleh aku lakukan hanya memohon pada Yang Esa moga En.MS diberi kesihatan yang baik dan segala urusannya dipermudahkan...dan tak tinggal jua moga jodoh antara kami akan berkekalan kerna kita ni mampu merancang dan segala ketentuan itu dari Yang Esa.
Diatas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan lalu perancangan terpaksa ditunda...aku berfikiran positif setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Alhamduillah aku semakin dapat menerima keadaan ini.
Untuk membuatkan diri aku berasa kian sunyi lalu aku kembali menyibukkan diri dengan kerja sambilan aku dan sekurangnya poket aku pun akan terisi...ha ha ha~
Mungkin ianya agak penat kerna masa rehat aku semakin terhad tapi inilah yang terbaik untuk aku lakukan dari aku buat benda yang bukan2 plak.

Tuesday, February 15, 2011

sekadar teringat yg tiada mempunyai erti lain

Entah kenapa untuk sekian waktu ni aku rasa dunia aku makin sunyi dari helaian tawa teman-teman. Mungkin inilah akibat dari kelancangan kata-kata dan perbuatan yg mgkn menghiris hati mereka. Ataupun ianya sekadar ilusi dari aku sedangkan tiada apa-apa yg berlaku.
Tapi selalunya firasat hatiku 99% benar belaka. Apa yg aku rasa itulah yg terjadi. Andai benar kata2 aku menyakitkan hati mereka lalu biarlah aku sendirian kerna aku khuatir dimasa akan datang kata-kata aku akan lebih menyakitkan mereka.
Tiba-tiba aku mula teringat akan kata-kata seorang teman lama suatu masa dulu...kenapa kau lebih ramai kawan lelaki dari perempuan yer??
Sejujurnya aku katakan sbb hati perempuan ni terlalu sensitif...byk sgt persoalan...byk sgt anggapan...mudah merajuk..x boleh ditegur...selalunya depalah yg bagus dlm semua hal...ha ha ha...terkejut teman aku tu bila aku ckp camtu.
Maaf yer..aku bukan anti perempuan tp aku senang berkawan dgn lelaki kerna kehidupan lelaki ni ringkas...mereka berani..x mudah ambil hati...mereka selamba rock aje..mereka akan menolong tanpa kita meminta...itu antara ciri-ciri yg aku tahu.
Sebab itu dulu aku ramai kawan lelaki...dan pernah juga arwah mak aku ckp..." ko ni nk jadi tomboy ke?"...aku x terasa ngan kata-kata arwah mak sbb mgkn dia tgk cara aku berpakaian yg begitu ringkas dan berambut pendek. Arggg!!! itu semua dulu dan sekarang aku lebih kepada perwatakan feminin..ye ke???
Lantas aku teringat seorg kawan lelaki yg byk membantu aku dikala aku susah dan aku berkongsi sedikit kesenangan yg aku ada bersamanya. X semua benda yang terjadi didalam kehidupan ini akan kita kongsi bersama kawan-kawan. Mungkin aku x mampu untuk menabur kebendaan didlm persahabatan tp yang mampu aku lakukan sekadar sekudus doa setiap kali selepas solat utk kawan-kawan aku.
Cuma kini sedikit sebanyak aku sedih dan ianya makin membuat hatiku semakin tawar untuk bekerja.
Mungkin juga sudah tiba masanya utk aku beralih arah. Mencari persekitaran yang baru yang lebih mencabar minda aku. Mungkinkah penghijrahan yang aku idamkan akan terlaksa jua???
Aku biarkan seketika...biarlah selepas hadirnya En.MS lalu keputusan itu aku laksanakan.

Lesen memandu

Hahahaa...tahun lepas aku dah ambil lesen keta dah siap p ujian JPJ lagi. Kira bab jalan raya aku dah lulus cuma kantai tang bukit je.
Ishhh x baik betoi deme tu kan ater klach keta tu dibuat lagu tu. Ahtoii apa bleh buat bila aku x mampu menaiki bukit so dikira fail ataupun gagal.
Aku ni plak jenis baran gak bila dah fail 1 benda tu aku dah malas nk buat kali kedua. Padahal sebelum ni aku xde le camtu...aku akan buat sampai benda tu sukses. Apa kena le aku time tu agaknya kan.
So adik aku dah kuarkan keta Saga...ala kira ok le dari xde. bab emergency insyaAllah x perlu le nk risau lagi kan.
Sekarang ni akak aku dah kecoh2 tanya pasal bila lagi aku nk dptkan lesen memandu. Dia kata kot dik aku bz bleh le aku bw keta tu kot apa2 hal.
Ermm...mmg le betoi gak kata akak aku tu cuma kekdg aku ni takut gak klau dah ada lesen nnt panjang plak langkah kaki aku...hehehe.
Alahai setakat bw keta tu insyaAllah le aku bleh bawa cuma yelah bila xde lesen tu kira confident level tu xde le sgt.
Tetiba rasa cuak plak aku padahal dulu tu pernah je aku drive keta kancil mbr aku dari Pandan Indah ke Sentul ke Setapak ke Pandan Indah...xde pun gase gabra time tu aku pun xde lesen tp aku redah je.
Lagipun mbr aku tu kasi support...katanya ala ko bawa je...jgn risau...time tu dia minta tolong aku tgk kan keta dia sbb dia OS 5 ari. Dari keta tu tersadai camtu aku pun selamba badak je bawa keta tu.
Nak dijadikan ceter masuk hari kedua tayar keta tu pancit...ayoyooo...tercungap jap aku. Apalagi aku pun terus le call dia yg time tu ada kt ganu. Aku citer pasal tayar pancit time tu aku dah cuak giler sbb pancit tepi jalan nak plak ari minggu mana ada workshop buka. tayar spare plak xde angin x ke haru biru aku.
Tapi mbr aku tu cool je...dia kata rilek...jgn gelabah...kasi aku 5 minit nnt aku call balik.
Then bila dia call dia ckp...tunggu situ dia dah call mbr dia minta tolong aku. X sampai 10 minit mbr dia pun sampai....Pheww!! lega aku...tayar keta dah siap bertukar.
Since akak aku cakap yg dia nk support separuh dari ujian memandu aku tu so kali ni aku kena le betoi2 buat.
InsyaAllah..kali ni aku akan berjaya...doakan yer..

Friday, February 11, 2011

Bulan Februari

Bulan februari bulan cinta....itu kata org tp kata aku cinta itu tiada bulan cinta itu harus ada pada setiap hembusan nafas. Yang aku harapkan adalah kehadiran En.MS di dalam hidup aku. Aku bukanlah mengharapkan sepenuh jiwa raga dan menanti bagaikan bulan jatuh keriba tapi aku sentiasa berdoa moga antara kami ada jodoh dan takdir yang sentiasa menyebelahi kami. Andai kata jika jodoh itu tiada maka aku reda akan ketentuanNya dan seharusnya aku bersyukur kerna diberi peluang untuk mengenali insan yg bernama En.MS

Carca marba

Ermm..agak lama aku x terjah blog aku sendiri. Bukan dah xde cerita tp masa yg terluang agak terhad. Aicehh! dah ngalahkan PM le plak xde masa. Kalau nk diikutkan macam2 cerita yang aku nk coretkan kt sini..ada yg seronok ada yg kurang best tp aku x tahu kalau ianya bagus untuk tatapan umum. So biarlah aku simpan je yg tu better aku coretkan apa yg manis2 aje.
Tempohari masa CNY...aku ngan famili aku bercuti-cuti. Biasa le mmg seronok giler iyalah bukan selalu dpt luang masa camni. Tapi sedih jugak bila abah lebih suka balik kg dari mengikuti percutian ini. Xpelah aku ikut je apa yg abah inginkan kalau dia rasa balik ke kg itu lagi seronok so aku ngan adik hantar dia balik kg.
Lagipun abah di KL ni sebab kena berulang untuk rawatan susulan di IJN. Untuk next appointment bulan depan dan for sure aku kena le apply cuti. Almaklumlah aku ni kan merangkap PA abah.
Berbalik pada cerita holiday tempohari apalg bergelap le kulit aku. Cuaca agak terik dan nk pula kena wap laut lagi ler terasa tegang kulit. Kata org pakai sun block...alahai aku pakai pun sama gak gelap nyer...hehehe.
Lepas balik dari bercuti ngan famili...aku join plak family day yg dianjurkan oleh kelab ofis. Nak ikutkan aku malas nak join tp bila aku fikir balik mgkn ini tahun terakhir so aku join le. Ermm...biasa le kan ada yg ok..ada yg ko. Bukan le aku ni nk poyos bagus tapi aku ni selalu gak join event besar-besar dan tengok org handle camne so pengalaman lalu itulah yg selalu aku gunakan.
Kalau diri kita x bleh menerima kritikan atau sindiran baik kita x yah handle event camtu. Lagipun normal le setiap majlis apapun pasti xkan sempurna. Jadi dari situlah kita akan belajar untuk menerima dan memperbaiki.
Alahaii baru handle event ciput camtu pun dah nk ngeluh..dah nk tarik2 muka bila kena smash...bagi aku itu adat le. Xkan hidup asyik nk kena puji je. Sekali sekala ambil guna le pendapat orang ramai.
Biarlah malas aku nk ngomel panjang nnt kena boikot lagi...hahahaa...
Ermm ofismate aku merangkap jiran sebelah kiri aku x lama lagi dah nk bersalin...dah tentu cuti 2 bulan dan aku rasa akulah org yg paling terasa bosan diofis.
Camne le agak nya aku nk menempuh masa 2 bulan tu nanti yer...sape le yg nk bergurau ngan aku...berceloteh ngan aku...iyalah suasana dah berubah. Terpaksa le aku membizi bodykan diri aku rayau kesana sini...buat itu ini
Semua yg berlaku ni normal..putaran hidup...ada ketika kita ketawa ada ketika kita berduka. Ya Allah kumohon Kau permudahkanlah urusan En.MS dan segeralah hadirkan dirinya kesisiku...dan bawalah daku pergi dari suasana yg begitu membosankan harianku. Tolonglah hambaMu ini wahai tuhanku.