Setelah hampir 3 bulan aku merehatkan diri dari aktiviti sambilan aku tapi kini aku kembali sibukkan diri. Tambahan En.MS juga agak bz dengan tugas harian dan berada diluar kawasan. Lagi le bosan dalam seminggu dua minggu baru aku dpt mengetahui akan keadaan dirinya disebabkan jarak yg jauh jua keadaan yang tak mengizinkan. Apapun yang boleh aku lakukan hanya memohon pada Yang Esa moga En.MS diberi kesihatan yang baik dan segala urusannya dipermudahkan...dan tak tinggal jua moga jodoh antara kami akan berkekalan kerna kita ni mampu merancang dan segala ketentuan itu dari Yang Esa.
Diatas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan lalu perancangan terpaksa ditunda...aku berfikiran positif setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Alhamduillah aku semakin dapat menerima keadaan ini.
Untuk membuatkan diri aku berasa kian sunyi lalu aku kembali menyibukkan diri dengan kerja sambilan aku dan sekurangnya poket aku pun akan terisi...ha ha ha~
Mungkin ianya agak penat kerna masa rehat aku semakin terhad tapi inilah yang terbaik untuk aku lakukan dari aku buat benda yang bukan2 plak.