Tuesday, February 15, 2011

Lesen memandu

Hahahaa...tahun lepas aku dah ambil lesen keta dah siap p ujian JPJ lagi. Kira bab jalan raya aku dah lulus cuma kantai tang bukit je.
Ishhh x baik betoi deme tu kan ater klach keta tu dibuat lagu tu. Ahtoii apa bleh buat bila aku x mampu menaiki bukit so dikira fail ataupun gagal.
Aku ni plak jenis baran gak bila dah fail 1 benda tu aku dah malas nk buat kali kedua. Padahal sebelum ni aku xde le camtu...aku akan buat sampai benda tu sukses. Apa kena le aku time tu agaknya kan.
So adik aku dah kuarkan keta Saga...ala kira ok le dari xde. bab emergency insyaAllah x perlu le nk risau lagi kan.
Sekarang ni akak aku dah kecoh2 tanya pasal bila lagi aku nk dptkan lesen memandu. Dia kata kot dik aku bz bleh le aku bw keta tu kot apa2 hal.
Ermm...mmg le betoi gak kata akak aku tu cuma kekdg aku ni takut gak klau dah ada lesen nnt panjang plak langkah kaki aku...hehehe.
Alahai setakat bw keta tu insyaAllah le aku bleh bawa cuma yelah bila xde lesen tu kira confident level tu xde le sgt.
Tetiba rasa cuak plak aku padahal dulu tu pernah je aku drive keta kancil mbr aku dari Pandan Indah ke Sentul ke Setapak ke Pandan Indah...xde pun gase gabra time tu aku pun xde lesen tp aku redah je.
Lagipun mbr aku tu kasi support...katanya ala ko bawa je...jgn risau...time tu dia minta tolong aku tgk kan keta dia sbb dia OS 5 ari. Dari keta tu tersadai camtu aku pun selamba badak je bawa keta tu.
Nak dijadikan ceter masuk hari kedua tayar keta tu pancit...ayoyooo...tercungap jap aku. Apalagi aku pun terus le call dia yg time tu ada kt ganu. Aku citer pasal tayar pancit time tu aku dah cuak giler sbb pancit tepi jalan nak plak ari minggu mana ada workshop buka. tayar spare plak xde angin x ke haru biru aku.
Tapi mbr aku tu cool je...dia kata rilek...jgn gelabah...kasi aku 5 minit nnt aku call balik.
Then bila dia call dia ckp...tunggu situ dia dah call mbr dia minta tolong aku. X sampai 10 minit mbr dia pun sampai....Pheww!! lega aku...tayar keta dah siap bertukar.
Since akak aku cakap yg dia nk support separuh dari ujian memandu aku tu so kali ni aku kena le betoi2 buat.
InsyaAllah..kali ni aku akan berjaya...doakan yer..