Tuesday, February 15, 2011

sekadar teringat yg tiada mempunyai erti lain

Entah kenapa untuk sekian waktu ni aku rasa dunia aku makin sunyi dari helaian tawa teman-teman. Mungkin inilah akibat dari kelancangan kata-kata dan perbuatan yg mgkn menghiris hati mereka. Ataupun ianya sekadar ilusi dari aku sedangkan tiada apa-apa yg berlaku.
Tapi selalunya firasat hatiku 99% benar belaka. Apa yg aku rasa itulah yg terjadi. Andai benar kata2 aku menyakitkan hati mereka lalu biarlah aku sendirian kerna aku khuatir dimasa akan datang kata-kata aku akan lebih menyakitkan mereka.
Tiba-tiba aku mula teringat akan kata-kata seorang teman lama suatu masa dulu...kenapa kau lebih ramai kawan lelaki dari perempuan yer??
Sejujurnya aku katakan sbb hati perempuan ni terlalu sensitif...byk sgt persoalan...byk sgt anggapan...mudah merajuk..x boleh ditegur...selalunya depalah yg bagus dlm semua hal...ha ha ha...terkejut teman aku tu bila aku ckp camtu.
Maaf yer..aku bukan anti perempuan tp aku senang berkawan dgn lelaki kerna kehidupan lelaki ni ringkas...mereka berani..x mudah ambil hati...mereka selamba rock aje..mereka akan menolong tanpa kita meminta...itu antara ciri-ciri yg aku tahu.
Sebab itu dulu aku ramai kawan lelaki...dan pernah juga arwah mak aku ckp..." ko ni nk jadi tomboy ke?"...aku x terasa ngan kata-kata arwah mak sbb mgkn dia tgk cara aku berpakaian yg begitu ringkas dan berambut pendek. Arggg!!! itu semua dulu dan sekarang aku lebih kepada perwatakan feminin..ye ke???
Lantas aku teringat seorg kawan lelaki yg byk membantu aku dikala aku susah dan aku berkongsi sedikit kesenangan yg aku ada bersamanya. X semua benda yang terjadi didalam kehidupan ini akan kita kongsi bersama kawan-kawan. Mungkin aku x mampu untuk menabur kebendaan didlm persahabatan tp yang mampu aku lakukan sekadar sekudus doa setiap kali selepas solat utk kawan-kawan aku.
Cuma kini sedikit sebanyak aku sedih dan ianya makin membuat hatiku semakin tawar untuk bekerja.
Mungkin juga sudah tiba masanya utk aku beralih arah. Mencari persekitaran yang baru yang lebih mencabar minda aku. Mungkinkah penghijrahan yang aku idamkan akan terlaksa jua???
Aku biarkan seketika...biarlah selepas hadirnya En.MS lalu keputusan itu aku laksanakan.