Thursday, February 24, 2011

Dulu cakap lain sekarang dah lain plak..

Entah kenapa pesanan ringkas yang aku terima sebentar tadi membuatkan aku terdiam seketika. Namun tak lama selepas itu aku tersenyum. Bukanlah kerna aku rasa bangga dengan apa yang terjadi tapi itulah lumrah manusia kan. Biarlah aku imbas seketika apa yang membuatkan aku terdiam dan tersenyum. En.MS..jgn kau rasa gusar ngan apa yang aku notakan disini kerna dirimu tetap dihati aku dn aku masih memegang janji2 yang pernah kita katakan.
Peristiwa ni berlaku beberapa tahun yang lalu. Aku kenali seorang hamba Allah ni...dari perbualan biasa dan mula mekar mewangi dihati. Bila semua menjadi indah aku ingatkan diri dia tentang akan perbezaan umur antara kami. Dia begitu muda dari aku namun ada kala sikapnya menyembunyikan perbezaan itu.
Pernah dia katakan...apa ada pada angka dan aku menerima dirinya seperti mana dia terima aku.
Diawal segala nampak indah namun lama kelamaan dia mula menjarakkan diri dari aku. Puas aku bertanya dan aku sama sekali x menyangka yang dia akan mempersoalkan tentang umur. Aduhai terkedu aku seketika sedangkan dahulu dia yang begitu beria-ria dan kini dia seolah x pasti dengan semua itu.
Bila aku ajukan soalan dia diam seribu bahasa lalu aku undurkan diri. Buat apa le aku nk serabutkan kepala aku dengan masalah yang sebegitu.
tup! tup! kini dia memohon maaf diatas sikapnya yang lalu dan meminta aku untuk menerima dirinya kembali.
Hahaha...amboi senang sekali ucapannya itu...xpelah kome cari je yg seusia kome tu. Cuma nk aku nyatakan disini bahawasanya diwaktu ini tuhan telah ketemukan aku ngan En.MS...kasih dan sayang jua rindu aku ini untuk En.MS....biarlah kalau boleh hanya ajal yang memisahkan kami.