Saturday, November 13, 2010

Langkah pertama

Semalam selepas habis waktu kerja aku terus bergegas keluar ofis. Menaiki putra dari KLCC ke Masjid Jamek nasib diwaktu itu masih blum ramai org yang balik dari kerja..so aku x perlu nk berebut2. 
Sampai disana aku tukar menaiki Star LRT ke Cempaka Ampang. Sememangnya dah terlalu lama aku x menaiki LRT so banyak juga perubahan yang berlaku. Namun hampir semuanya masih didalam pembuatan.
Menaiki LRT x sama mcm naik Putra dimana org2 nya masih tertib beratur untuk memasuki. Tapi lain hal nya dgn LRT....aku terpaksa berebut-rebut atau dalam istilah lain kalau aku x cepat masuk alamak badan aku akan ditolak. Hai nasib le bila time peak hour camni. Bila dah masuk lam train...aduhai mcm2 haruman ada nk x nk terpaksa le menempuh hingga ke destinasi.
Sampai di stesen Cempaka aku menanti Ika dtg mengambil dan aku sempat membeli burger hotdog sebagai alas untuk aku berbuka puasa.
Aku singgah dirumah Ahcu untuk sembahyang maghrib dan kemudian selepas itu aku baru menuju ke tempat yang sepatutnya. So dua orang minah dibawah inilah merangkap secara x rasmi sebagai penasihat dan juga designer aku.
 
Ika dan Ahcu


Mulanya aku takut juga...mana le tahu kot xde tailor yang nk terima tempahan. Almaklumlah aku rasa cam agak pendek masa itu tapi lega aku bila Madam Lai a.k.a Aunty nk terima tempahan aku.
Madam Lai a.k.a Aunty >> tailoress aku
acara ukur mengukur

inilah baju nikah aku..."hitam dan putih"
 Entah tiba-tiba hati aku rasa berdebar...debaran takut ada suka pun ada. Arghhh! jgn buat pasal plak hati aku pujuk aku sendiri. 
Dan bila perut terasa lapar so apalg jom pekena nasi lemak kat Deq Corner area Taman Putra Cheras.
Nasib baik ada mereka ini yang sudi menemani aku hingga lewat malam sebegitu. Diotak ku seakan x boleh lagi nk berfikir seolah beku seketika.
Kemudian barulah aku terfikir byk lagi benda yg harus aku buat yang perlu aku laksanakan. Aku ingin meminta bantuan tp aku menjadi takut kalau ianya bisa menyusahkan mereka.
Sudah menjadi perangai aku untuk membuat sesuatu tanpa mengganggu masa lapang orang lain. Tapi apapun yang ini telah siap aku tempah dan Aunty kata aku bleh pickup pada 5hb Dec baju tu. Harapnya baju itu siap dan ianya tercipta seperti apa yang aku inginkan.
Terima kasih Ika dan Ahcu diatas masa lapang yang korang berdua luangkan untuk aku. Ada masa aku seolah tidak sabar untuk menanti saat-saat bahgia itu.
Tapi pada masa yang sama hati aku bergelodak...sudah hampir 2 hari sidia sepi tanpa sebarang berita. Bila keadaan sebeginilah yang sering membuatkan otak aku ligat berfikir. Adakah apa yang aku impikan selama ini bakal tercapai @ ianya sekadar omongan kosong????
AKU STRESSSSSSSSSSSSSSS