Wednesday, November 17, 2010

Tabahkan hati.

Kini segala persoalan yang berkecamuk difikiran jelas kelihatan. Kini jua aku mengerti mengapa semua ini berlaku. Kini jua aku harus kuatkan hati teguhkan pendirian walau apapun yang bakal aku lalui. Kini jua aku harus fahami bahawa pasti apa yg berlaku ini ada hikmah yang menanti.
Terima kasih En.MS kerna kau masih sudi berkongsi cerita dengan diriku. Sekurangnya rasa rindu dengan dirimu agak sedikit terubat tatkalau kau sudi menghubunngi aku walau ianya sekejap cuma. Hampir seminggu aku kehilangan arah dek kerna pelbagai persoalan tentang perkabaranmu yang sepi begitu.
Syukur kehadrat Ilahi kerna En.MS masih tercipta untuk aku. Sejujurnya aku katakan bahwa aku menjadi terlalu rindu pada En.MS. Syukur kerna rasa rindu ini masih menjadi milik kita berdua.
Aku mengerti bagaimana perasaan yg En.MS hadapi sekarang. Bilamana kepercayaan yang diberi dibalas sebegitu rupa. Aku faham diri En.MS begitu kecewa dengan segala tindakan yang mereka lakukan. Aku tahu betapa hati En.MS terlalu sukar untuk terima hakikat ini.
Cuma pintaku pada En.MS...berfikirlah dengan waras untuk apa jua tindakan yang bakal kau lakukan nanti. Jangan biarkan kesakitan hati menguasai mindamu. Aku akan sentiasa disisi kau....x kira ketika kau susah atau senang kerna bagi diri aku...apa yang aku kata itulah yang aku kotakan.
Aku akan sering merindui En.MS...aku akan terus menyayangi  En.MS. Aku tahu ini cumalah dugaan kecil yang Allah ciptakan untuk menguji ketabahan dan kesabaran kita. Jangan sekali kita marah atau benci kerna semua itu bukan milik kita yang abadi.
Apa yang aku inginkan dan harapkan moga diri En.MS akan kembali kepangkuanku untuk kita terus melayari kehidupan yang akan datang.
Aku bersyukur sekali kerna rasa rindu dan sayang ini begitu kuat untuk diri En.MS. Lalu aku percaya Allah merestui akan hubungan kita dan kerna kita antara yg disayangi lalu musibah ini harus kita lalui.