Aku berusaha memujuk hati dan membiarkan segala persoalan itu terjawab dikemudian hari. Tapi aku hanya seorang insan yang dirinya sentiasa penuh dgn sifat ingin tahu. Tapi aku harus menghormati permintaan En.MS walau dihatiku memberontak dengan pelbagai soalan.
Hari ini walau aku cuba bersifat pendamai tapi pertanyaan dari rakan2 membuat hatiku sedikit kegelisahan. Aku sudah x kuat lagi untuk mempunyai sekeping hati yang keras yang bisa menutup segala kesedihan dihati dan seringkali aku pancarkan kegembiraan.
Namun aku tetap cuba melindungi keresahan difikiran. Berbagai cara aku lakukan agar ianya tidak kelihatan betapa disaat ini hati aku meronta menangis.
Esok...aku masih belum tahu apa akan terjadi. Namun kuharap Allah sentiasa memberikan kekuatan dihati ini untu menghadapi apa jua sebarang kemungkinan.
Rindu...setiap saat hati ini merindui En.MS.
Sayang...dari dulu hingga kini perasaan itu tidak pernah berubah.
Kasih...kasihnya aku pada En.MS kerna dia mengasihi aku dan menerima aku seadanya.
Berdoa...hanya itu yang termampu aku lakukan kerna Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk aku dan En.MS
Ya Allah Ya tuhanku,seandainya telah kau catatkan dia milikku,tercipta buatku,dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, permudahkanlah urusan kami, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.....amin...